puisi gila: apa perasaannya menjadi diri sendiri?

23:18 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: www.redbubble.com

"mengapa kamu takut dengan diri sendiri?kamu itu hebat,percayalah...potensi diri kamu itu terbaik!gunakan sepenuhnya sehingga nafasmu sudah tiada...ok?walaupun aku ini berupa setan...kamu kena faham satu perkara,aku tidak berani menganggu kalau kamu itu asli,malah kamu memiliki hormatku..."

apa perasaannya menjadi diri sendiri?

hihi.

aku terasa sangat comel bila menulis ayat seperti ini...
ohhh,maaf!

sumber gambar: stmarkpress.org

"kamu mahu tahu apa ayat motivasi untuk hari yang indah ini?ohhh,jangan letih menunggu ayat pujian dari manusia lain...pujilah diri sendiri...kamu pasti gembira...haha!"

3 comments:

puisi gila: hapuskanlah mereka...

19:46 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: weheartit.com

"diberi muka,ternyata mereka semakin melampau...hapuskanlah mereka..."

hidup ini karma.
apa yang kita beri akan kembali kepada kita semula nanti.

pernah aku terbaca,
puisi ini ayat2 iblis...
sedang ayat tuhan itu kitab yang diagungkan itu...

tuhan,
kau lihat apa yang mereka sedang katakan,
betapa mereka bodoh dalam memahami,
menuduh tanpa ada usulnya...

tuhan,
mereka mengutuk iblismu,
sedang perangai mereka lebih iblis dari iblis itu sendiri...
makhluk apakah mereka itu semua?
Kau beri akal fikiran,
tetapi mereka campakkan akal mereka ke longkang,wahai tuhanku.

tuhan,
jika bala sahaja mampu beri mereka kesedaran,
kau turunkanlah...

wahai sekalian dewa dewi yang aku hormati,
bersiapsedialah kalian...


sumber gambar: vi.sualize.com

"asingkan mereka wahai tuhan...asingkan mereka..."





0 comments:

puisi monolog: mana pergi 10% lagi?

18:57 puteri jalanan a.k.a annur 5 Comments

sumber gambar: sciencelakes.com

"tuhan, setiap orang punya pendapatnya sendiri...jika Kau tanya apakah nikmatMu yang paling hebat, aku akan katakan dengan keyakinan menghampiri 90%...DIRI SENDIRI...mana pergi 10% lagi?rahsia."

hmm.
lama rasanya jari jemari tak bermain dengan papan kekunci,
untuk menulis puisi.
ohhh...
kembalikan sentuhan itu.

kehilangan jejak atau mimpi?
entah.
kamu tahu perasaannya?

kamu mahu hidup.
tapi kamu buntu.
kamu mahu makan tetapi kamu tak tahu.

terasa seperti menjadi bayi semula.
adakah bayi punya pemikiran ini?
mahu makan tetapi tak tahu.

terkadang aku berfikir,
apa agaknya pemikiranku ketika aku masih bayi?
memori apa yang masih lagi kemas tersimpan?
tentang apa?

aku cuma ingat satu,
aku merasa air laut,
sehingga kini aku masih mampu membayangkan rasanya yang masin.

indahkah menjadi bayi semula?
atau kata2 ini tidak sepatutnya keluar dari seorang manusia yang mencapai umur dewasa?

tuhan,
aku rindukan masa menjadi bayi.
ya,aku rindu.
tetapi aku tidak tahu apa yang aku rindu.
maafkan aku tuhan.

beginilah aku selalunya bila sel-sel otak gagal bersambung dengan baik.
mengarut habis.

bayi.air laut.masin.botol.jin.kakak aku.abangku.adikku.kertas.ibu.ya ibu.ibu angkat.maggi.tom n jerry.kereta.

ohhhh...aku tidak dapat menyambung idea dengan baik,
maka aku hasilkan sampah lagi hari ini.

sekian terima kasih.

sumber gambar: nyachii.wordpress.com

"adakah kamu pernah berasa seperti ini?dikurung oleh diri kamu sendiri...mahu bercakap,tapi kamu gagal menyusun kata dengan baik,maka mereka bilang kamu gila...buat seorang manusia biasa yang selesa berfikiran biasa,kami ini gila...tetapi buat seorang pencinta seni sejati, kami ini karya."


5 comments:

puisi sewel: biarkanlah dia...

13:11 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: favim.com

"dia memang begitu, terlalu sibuk dengan diri sendiri..."

Adakala dia bukan sombong,
Tapi mungkin dia tak tahu bercakap,
Kerana tak tahu apa yang mahu diperkatakan,
Dan padanya perlukah mengambil tahu hal manusia lain,
Sedangkan hal sendiri sudah terlalu banyak yang belum diteliti?

Adakala dia bukan sombong,
Kerana padanya sepi itu damai,
Dan damai itu yang menjaga dirinya dari keluar bak singa,
Tapi manusia tak mahu mengerti dan tetap juga mencaci.
Dia tak mahu bercakap,manusia tak perlu memaksa,
Kerana dia sememangnya begitu.
Biarkan dia lakukan apa yang dia selesa,
Kerana bila dia keluar panas hatinya takkan mampu ditahan.
Dan bila dia marah,jangan pula kamu sakit hati.
Sudahpun dia sembunyikan diri,
Kamu usik dia lagi.

Aku bukan sesiapa,
Tetapi aku kasihan jiwa seperti ini,
Kerana aku juga salah seorang dari mereka,
Kami adalah sejenis jiwa yang tak suka marah,
Tetapi dalaman kami panas bak gunung berapi,
Kerana itu kami diam.

Ya,kerana itu kami banyak berdiam tatkala manusia suka benar bercakap.

aku pun tidak tahu mengapa aku menulis soal ini,
sedangkan tadi aku mahu bercerita tentang lain,
bila menulis,tangan tergerak kearah ini pula,

maafkan aku,
inilah keburukanku,
pelupa.

sumber gambar: youtube.com

"menjadi pelupa itu kadangkala bagus, kerana bukan semua memori terlalu indah untuk diingati..."


2 comments: