penulis jemputan annur: LERUTAN...

19:08 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

kepada semua pembaca selendangkuning, kali ni annur ada bawakan korang seorang penulis jemputan yang sudi berkongsi cerita dengan kita kat blog istirehat ni...jadi apalagi?jom kita layannnn....

sumber gambar: wordpress.com

"memahami itu satu ilmu...ikhlas itu satu ilmu...memahami dengan ikhlas ilmu yang lain pula yang jarang manusia khatamkan...kerana itu mereka suka hukum menghakimi tanpa hak..."

cerita 1

Di dunia yang lain aku sedang berjuang untuk menjadi yang terkuat
Menjadi wira yang disegani, tapi disebabkan jiwa aku dipengaruhi oleh dunia yang ini,
Aku menjadi lemah.


Walaupun aku di sana terkuat, aku selalu berhenti berjuang
Lalu aku menjadi ketinggalan. Berbanding mereka yang lain aku jauh tertinggal
Seperti di dunia yang ini aku tak mampu berjuang,
Di dunia yang sana pula aku lemah ketinggalan
Lalu aku berputus asa, 
Tiada kekesalan tapi aku cuma tak mampu teruskan


Aku pun berhenti di sana, kembali ke sini untuk menguatkan diri aku yang sini
Akhirnya aku terkandas juga 
Buntu jalan manakah akan aku lalui
Apakah hujungnya? Tiada yang tahu


Lalu datanglah sesuatu menawarkan dunia yang lain lagi
Aku tidak terus menerima dan berfikir panjang
Apakah aku mampu menjadi yang terkuat?


Yang menawarkan itu mendesak,
Dan menjanjikan kekuatan aku di dunia itu
 Setelah berfikir, aku sedar


Walaupun diberi dua atau tiga dunia yang lain
Aku tetap sama, kerana aku adalah aku
Aku takkan menjadi yang lain di sini, di sana mahupun di sini

***
cerita 2 

Pernah tak dengar kisah seorang lelaki tua, yang hidup sendirian tiada isteri tiada anak kerana masanya terlalu banyak dihabiskan dengan kerja? Dan akhirnya dia sendiri dipecat.
Pernah tak dengar seorang perempuan yang membunuh suaminya dengan alas an suaminya curang dengan perempuan lain?
Pernah tak lihat seorang kanak-kanak yang menjual nasi lemak dijalanan pada waktu pagi?
Pernah tak lihat seorang wanita yang sangat tua bekerja menyapu sampah di mana-mana kawasan?
Pernah tak lihat suami isteri bergaduh di hadapan anak-anak mereka tentang sewa rumah, bil elektrik dan bil air?
Pernah tak lihat seorang lelaki muda mengamuk kerana marah kereta mewahnya ditarik?
Pernah tak lihat seorang ibu bekerja susah payah untuk anaknya yang belajar nun jauh? Dan anaknya disana hidup senang, makannya mewah.
Semuanya kerana satu sahaja sebabnya…


***
cerita 3

Siapa aku? Penyanyi? Penyajak? Pelakon? Ya, semua tu aku. Cuma aku tak komersial. Menyanyi dalam bilik air, bersajak ketika sebelum tidur. Dan yang paling besar, aku adalah seorang pelakon yang hebat. Menjalani hidup ni sorang-sorang bukannya mudah, mungkin tak susah pada pandangan orang-orang yang kuat tapi bagi aku hidup ni mencabar.
Keluarga yang bermasalah, menganggur kerana keputusan aku di bawah paras average dan juga tiada sumber kewangan. Apa yang aku mampu buat untuk ubah semua tu? Impossible! Oleh itu, wujudlah seorang pelakon baru yang amat berbakat iaitu aku.
Walaupun hati aku menangis, aku tetap senyum gagahkan diri untuk pergi mencari kerja. Walaupun hati aku tak mahu. Entahlah, kadang aku fikir kenapa aku perlu kerja? Tapi untuk ibu dan adik-adik aku gagahkan diri aku.
orang nampak aku ni seorang yang ceria, peramah. Kalau mereka rapat dengan aku barulah mereka tahu aku adalah seorang pelakon yang hebat. Selalu menangis, mudah mengalah. Dan keadaan inilah yang menjadikan aku hidup seperti sebuah robot. Yang hanya melalukan sesuatu perkara tanpa tujuan dan kehendak hati. Yang kemudiannya tersadai di kegelapan menangisi segala perbuatan yang telah dilakukan.

***

cerita 4

Selalu termenung di hadapan cermin ketika ingin memberus gigi pada setiap pagi, terdetik di hati satu persoalan, “Siapakah aku?”. Wajah putih sedikit berjeragat dan juga parut chicken pox yang masih kelihatan walaupun telah 10 tahun berlalu. Coklat anak matanya, hidung yang agak kembang dan kening tebal. Sungguh, bukan aku yang menentukan rupa wajahku. Lantas tertanya juga kenapa rupa aku begini?
Aku tidak menyesal, mahupun membenci rupa aku. Cuma aku masih belum mengerti. Bukan itu saja, tiap-tiap perkataan yang keluar dari bibir nipis ku, segala perbuatan luar kawalanku, juga aku tak mampu mengerti.
Aku cuba tukar haluan dengan memerhatikan orang lain pula, lagilah aku tak mengerti. Kenapa mereka memarahi aku? Kenapa mereka suka berhibur sampai ke larut malam? Apakah yang ada pada fikiran mereka? Sungguh aku tak mampu menjawabnya. Cuba ditanya soalan itu pada mereka, mereka bilang aku pelik, gila. Katanya hidup sementara, enjoylah jawabnya. Tapi aku tak peduli, ada juga golongan yang baik-baik. Tapi apakah yang ada dalam fikiran mereka? Apakah mereka melakukannya mengikut kehendak hati mereka atau …?
Aku rasa terasing, aku rasa berbeza dengan mereka yang lain, Walaupun aku tahu mereka pun merasakan perkara yang sama. Siapakah aku sebenarnya? Apakah istimewa ataupun tidak? Apakah biasa-biasa sahaja? Apakah yang harus aku lakukan? Ya, soalan kekal menjadi soalan. Fikir dalam-dalam jawablah. Orang lain tak dapat jawab, diri sendiri saja…

sumber gambar: google.com

"selami jiwanya...kau akan temui kesedihan...salahkan siapa?tuhankah?ibu ayahkah?dunia kah?kalah lagi kita rupanya...bukan salahkan sesiapa,cuma memahami dan menyayangi jalannya...ia jalan yang paling dekat kepada penyelesaian..."



inilah lagu pilihan beliau...layannnn...

3 comments:

puisi cinta selendangkuning: dari situlah,konflik bermula, cerita semakin menarik dan bakal box office...

14:07 puteri jalanan a.k.a annur 34 Comments

sumber gambar: featherofme.com

"kalau aku pengarah, aku tak akan marah pada watak jahat jika dia melakonkan wataknya dengan baik, tidak juga aku marah pada watak baik yang berlakon baik...kerana cerita hidup dengan kedua watak tadi...aku cuma akan marah, bila mereka menyalahi skrip yang diberi...kerana itu setiap dari mereka perlu menjiwai setiap watak mereka dengan sepenuhnya...kalau kamu rindukan watak hero,kamu perlu tahu watak jahat perlu memaksimakan kejahatan mereka,barulah hero akan hadir..."

"kamu mahu tahu siapa yang marah pada watak jahat itu tadi?watak baik...sebagai pengarah,aku tak marah pun...pada watak jahat, watak baik itulah jahat...sedang watak baik pula berfikiran yang sama...dari situlah,konflik bermula, cerita semakin menarik dan bakal box office..."

disetiap kemajuan manusia,
ada kisah disebaliknya...
baik hadapannya,buruk belakangnya...
buruk hadapannya,baik pula belakangnya...
disebalik kemodenan barat yang dihina2 itu oleh sesetengah agama,
dalam tak sedar,kita menggunakan segala yang mereka hasilkan...
aku cuma mampu menganggap itulah pengorbanan mereka...
tekanan hidup mereka menjadikan mereka begitu kreatif mencipta dan menghasilkan...
jika kita hina mereka kerana tidak satu kepercayaan dengan kita,
jangan juga gunakan apa yang mereka sediakan,fikirkan atau apapun...
cipta sendiri,bina sendiri...fikir sendiri...
itulah jalan yang bermaruah...

satu tamadun naik kerana tamadun lain...
tamadun baik naik kerana tamadun jahat...
tamadun jahat naik kerana tamadun yang baik...

kamu nampak?
ini bukan lagi permainan baik atau jahat,
tetapi ini permainan keseimbangan alam...
disitulah letaknya kuasa tuhan yang dipuja sebagai maha mengetahui...

maha mengetahuinya dia,
sehingga dia berani mencipta manusia yang katanya membuat masalah tumpah darah dimuka bumi...
sedang malaikat membantah...

maha mengetahuinya dia,
sehingga dia membenarkan wujudnya kejahatan didunia,
kerana apa?
kamu fikirkan sendiri...
aku malas mahu beritahu...

tanpa mereka yang jahat,
tidak pula munculnya si hero...

tanpa hero,
yang jahat pula dikatakan akan berleluasa...

sedang bagi seorang pengarah sebuah cerita,
watak jahat dan watak baik diperlukan dalam sesebuah penceritaan,
satu penceritaan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej...

aku tidak boleh bercerita lebih soal ini,
nanti kamu tak mampu terima apa yang mahu aku katakan...

bak kata ali,
jika dia menceritakan apa yang dia tahu,
nescaya kafirlah dia pada pandangan...

sedang kebanyakan manusia akan selalu memberi pendapat berdasarkan apa yang mereka tahu...
apa yang mereka lihat,apa yang mereka rasakan...

jarang diantara mereka mahu berfikir dengan mendalam...
apatahlagi jika nasi habuannya,emas lauknya...

kerana itu golongan yang cuba berfikir dan bertindak sangat sedikit...
mereka itu sedikit dalam kuantiti,hebat pula dalam kualiti...

satu mereka sejuta manusia...

hadir mereka bak cahaya...
menyinari alam semesta...

prinsip mereka mudah.

BAWAKAN AKU SEJUTA LEMBU, AKAN AKU BAWA SEPULUH SINGA LAPAR UNTUK MEMBAHAM MEREKA SEMUA...

sumber gambar: flickr.com

"dia berimaginasi, dunia melaksanakannya...maka,dialah raja yang sebenar..."





ps:tempohari aku buka radio,menjerit2 lagu ini...maka,aku pasangkan lagu itu disini,semoga dia tenang menjerit disini pula...

34 comments:

puisi sang puteri: maaf,signal aku rosak...

21:38 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: picturesphotos.net

"kuning itu ceria...tapi dia kata,kuning juga tandanya layu...dia kata lagi,jangan sesat dalam ilusi sendiri...tapi rupanya dia yang mengajak aku berilusi...raja ilusi yang penakut untuk kehilangan,dilepaskan merpati pergi tapi diikat kakinya...apa sebenarnya yang dia mahu..."

aku selalu percaya pada keajaiban,
semenjak dari dahulu aku selalu ada kepercayaan yang sulit untuk diterangkan,
aku percaya pada kewujudan pari2 dan segala jenis makhluk yang manusia tak mahu percaya...
dan aku tidak sedih jika manusia lain tak percaya pun...
kerana aku percaya.

ok stop.

bila aku berfikir lain,
dan penulisanku kearah lain,
ada yang sedang menganggu signal jiwaku.

maka aku harus berhenti.

sebenarnya tadi aku mahu menulis puisi cinta.
tiba2 masuk soal pari2 segala.

maafkan aku.
signal aku rosak.

sumber gambar: favim.com

"jika kau derita, aku tanggung azabnya..jika kau kecewa, aku tanggung hampanya...-aku suka puisi ini-"

2 comments:

puisi sang puteri: tak mengapalah...kita kan satu...

21:25 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: honeebeegifts.blogspot.com

"tak perlu risau,dahulu saja aku gembira mengusik...kini aku lebih selesa tidur dan bangun sekali sekala sahaja..."

terkadang aku duduk dan berfikir sendiri,
dimana agaknya kesilapan aku dan cara yang boleh aku usahakan untuk perbaiki...
cerita tentang dahulu,
banyak sekali ya...
kesilapan demi kesilapan aku lakukan...
ada manusia pernah katakan,
bila berhadapan dengan manusia,tunjukkan yang terbaik,terhebat katanya...
aku senyum.
jika dia pilih jalan itu,
aku suka jujur.
aku lebih suka mengaku sebagai manusia yang biasa,
dan sebagai manusia biasa takkan boleh lari dari pernah melakukan kesilapan,
tetapi disebalik kesilapan,
aku belajar pelbagai perkara...
tuhan itu benar maha agung...
kepada kawan2ku yang ateis,
maafkan aku,
bunuhlah aku jika kalian mahu...
tertawakan aku jika kalian suka,
aku tetap percaya pada tuhanku...
tetapi percayalah,
di dalam hati kita tetap kawan...
itu aku tak pernah nafikan pun...

aku sayang semua kawan2ku,
sekalipun kalian benci dengan diriku...

maka,biarkan aku disini menjadi diriku sendiri...

hormati kepercayaan masing2,
itulah caraku...

aduhhhh!
sebenarnya aku mahu menulis soal lain,
mengapa ini pula yang terhasil.

hmm.
maafkanlah...

sumber gambar: tumblr.com

"sebenarnya aku mahu menulis artikel tadi...entah mengapa ya terpesong pula iramanya...siapa agaknya sang pencuri getaran itu...memerlukan aku untuk menyampaikan isi hatinya...tak mengapalah,kita kan satu...menolong sebegini satu bahagiaku..."



4 comments:

puisi sang puteri: entah kisah sedih apa yang sedang ditanggungnya...

13:20 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: etsy.com

"ketika terlalu banyak lapisan diri yang merasuk, aku paling bencikan ini...dia sungguh penyedih...setiap hari dia menangis...sedang lapisan lain elok sekali bergelak tawa... entah kisah sedih apa yang sedang ditanggungnya..."

sesuatu yang aku sering jaga semenjak dahulu adalah...
sentiasa berasa selesa dengan diri sendiri...

berasa benci dengan diri sendiri,
berasa mahu perlekeh diri sendiri,
berasa mahu menampar diri sendiri...

ini semua sudah banyak kali aku lalui...

tetapi,
ia melemaskan...
dan tidak membawa sebarang faedah pun padaku...

maka,entah sejak bila,
aku nekadkan,
sudahlah...

aku mahu bahagia.

lalu aku simpan semua perasaan negatif itu di dalam satu sudut hati,
dan biarkan ia tidur...
mungkin tidak untuk selama2nya...

paling kurang ketika aku masih perlu bahagia untuk terus melangkah dengan yakin.

sumber gambar: favim.com

"adakah aku akan dihukum atas setiap janji yang telah aku mungkiri?lalu apa kisahnya pada janji atas janji tanpa kesedaran ketika sedang berjanji?tuhan,semakin rumit permainan ini aku rasakan...disebalik tugas yang semakin memberat,aku curi2 merinduinya..."

2 comments:

puisi sang puteri: mengantuknya...

18:33 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: weheartit.com

"pernah ada seseorang bertanya padaku,apa ubat mengantuk?aku katakan dengan selamba...tidur."

mengantuknya hari ni...

boleh tak sekali sekala annur post macam ni...


sumber gambar: tumblr.com

"sekali sekala kita juga mahu berehat dari berlakon di khalayak ramai...kita perlukan masa menjadi diri sendiri dan mulakan pengembaraan memori2 lama..." 

0 comments:

puisi santai: tekanan itu rahmat...

18:26 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: justonlinecovers.com

"tekanan itu rahmat pada jiwa yang hebat...ia membuat si bodoh menjadi pandai...membuat si tidur bangun semula..."

tekanan lagi.
lagi dan lagi.
bagus.

tekanan mengajar jiwa membangun dengan subur.
ia adalah cara untuk menolak dan memberi kekuatan kepada jiwa yang tidur.

masalah itu memberi tekanan,
bagi jiwa yang lemah ia ternyata membunuh,
tapi untuk sebuah jiwa yang hebat,
ia adalah satu rahmat.

maka gunakan rahmat itu dengan sempurna sekali.

sumber gambar: reecovers.com

"beri satu jiwa yang hebat tekanan lagi...kau cuma mengajarnya menjadi lebih kreatif..."

3 comments:

puisi gila isim: tuhannnn...love u!

21:29 puteri jalanan a.k.a annur 1 Comments

sumber gambar: pinterest.com

"adakah kamu rasa dunia sudah mahu mati buat selama2nya?fikirkan semula...aku ini seorang petani comel yang berfikiran  seakan2 saintis...hidup,mati...ini permainan alam tau...dunia ini sudah sekian lama mati hidup semula...berkali2 pulak tu...tuhannnn...love u!terima kasih kejutkan aku semula setelah mati beratus2 tahun dahulu..."

"potensi itu kekayaan yang abadi...memang ia milik tuhan,tetapi tuhan beri pada setiap ciptaannya...maka ambil dan hargailah ia...ia permulaan kepada sebuah kemakmuran..."

sekarang ini zaman transasi...
jadi bila dirimu dipergunakan untuk memulihkan kembali dunia,
jangan bersedih,
kau akan dapat habuanmu nanti...
percaya kataku...

kau lihat dunia seperti sudah mahu pecah bukan?
hehe...
aku lihat potensi disitu...
ya!kekacauan itu...
ianya membawa kepada pembetulan kepada segala2nya...
kerana itu kau lihat ia seakan kucar-kacir...
sebenarnya jika benar kau jujur meneliti,
dunia sedang berbunga!
semua elemen alam sedang berputar2 hebat dalam mencari tempat mereka masing2...
bila segalanya sudah ditempat yang sepatutnya mereka berada,
maka dunia akan kembali hebat!

kerana itu aku takuti kamu selalu tidak jujur dalam penilaian,
dan meletakkan dunia mengikut pemikiranmu sahaja...

mari kesini aku mahu ceritakan sesuatu...
tempohari...aku begitu bengang bila petani itu menanam pokok itu dengan cara pemalas sekali...
tetapi kerana aku lebih pemalas untuk membetulkan pokok itu,
maka aku pun membiarkannya sambil memerhati setiap hari...
hari demi hari aku teliti sambil berteka teki...
mungkinkah pokok itu akan hidup???

kamu semua mahu tahu jawapannya?

setelah hampir 5 minggu pokok itu tumbuh segar...
dihari aku melihat keajaiban itu,
aku hampir mahu menjerit!

bagaimana???!!!

akhirnya aku pun tergelak sendiri memikirkan bahawa pokok pun tahu untuk hidup semula bila seakan mati...

hahahahahaaa....

wahai manusia,jika emosi atau jasadmu dipatah2kan dan kau fikir hidup sudah berakhir,
pergi bunuh diri cepat!
kerana pokok pun lebih bermaruah!

kamu faham???!!!

sumber gambar: pixgood.com

"tolong jangan memalukan aku disini...aku ini sang pemotivasi yang paling ditakuti  didunia dan sangat comel...maka,tidak sepatutnya pembaca selendangkuning ini kalah pada takdir ciptaan mereka sendiri!aku letakkan syarat mudah disini,kamu baca semua disini percuma kan?aku minta satu saja...kamu menang dalam hidup kamu dulu...baru mati...jika tidak,jangan selak selendangkuning ini lagi sehingga kamu kembali tebus maruah dirimu...ada faham???!"



kawan2,jom like page selendangkuning!



dan kepada peminat barang puan-puan...silakan like page kawan annur ni yeee...support yok!tak suka barang puan-puan pun korang kena like jugak!ahahahahahaaa...alahhh,like jelaaa,jgn banyak cite...heheh.

ps: tengoklahhhh...sampai ke anak2 pun di warnakan kukunya....hahaha!min2...kemain ye!




1 comments:

puisi sang puteri: oleh itu dengar kataku, jangan takut

19:59 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: wallsistah.com

"disaat jiwa dan jasad bersatu dengan sempurna, maka gerakmu pun sedang dibimbing...oleh itu dengar kataku, jangan takut."

 teroka.
dimana saja kau berada,
kau teroka kawasan itu.
gunakan segala deria yang kau ada.

pemerhatian kau sumber dunia ini.
dunia perlukan dirimu dan potensi yang kau ada,
dunia perlukan ia untuk membangun dengan subur sekali.

jangan malu jika tuhan sedang menakdirkan dirimu menjadi tukang sapu sampah sekalipun,
aku hormat jika kau bangga dengan dirimu.
jangan pula sedih jika kau sedang ditakdirkan buat masa ini hanya duduk dirumah dan menjaga rumah serta anak2mu,
kau tahu satu perkara?
jika kau benar mengerti,
tuhan letakkan dirimu sentiasa ditempat yang betul,
kau punya fungsi disitu,
kerana itu aku kata tadi,
teroka fungsi itu.
jangan malas.

kau jangan pandang rumput belah sana lebih hijau,
tetapi kau lihat rumput dikawasanmu, apa yang boleh diperbaiki,dicantikkan,dihias...
jangan lakukan sesuatu yang bukan tugasmu,
kau hanya buang masa dan tenaga.

jangan pula ambil berat tentang sesuatu yang bukan urusanmu,
kau hanya mencipta karma yang lebih rumit nanti,
jika kau mengerti tentang hukum karma dan kau adalah pemain sejati,
tak mengapa kau kotorkan dirimu untuk tugas2 ehsan itu,
tetapi jika kau seorang penakut dan sukakan hidup yang senang lenang,
dengar kataku,
lakukan tugasmu sahaja.
jangan buang masa dan lakukan tugas orang lain.
jika silap percaturanmu, kau akan terbeban dan tersangkut nantinya.

kepada yang sejati,
ini pula permainannya...
ambil lumpur itu dan lumurkan dimukamu!
itulah simbol pejuang sejati!
hahahaha...
orang hebat,permainannya perlu hebat!
penakut bukan caramu,
maka bermainlah dengan berani!
tetapi tolong aku satu benda,
jangan ulang lagi peristiwa berdarah itu.

kau hebat jika berjuang sehingga ketitisan darah terakhir,
tetapi padaku,kau jauh lebih hebat jika berjuang kenafas terakhir tanpa setitis darah sesiapapun yang mengalir.

sumber gambar:deviantart.net

"jangan takut untuk kelihatan bodoh...kerana mereka yang berjaya kebanyakannya kelihatan bodoh satu ketika dahulu...disingkirkan,diusir,diugut bunuh dan berbagai lagi dugaan yang manusia biasa tidak sanggup untuk bayangkan pun..."

jom like page selendangkuning!

Selendangkuning page
dan kepada pembaca perempuan tuuuu jgn lupa like page ni pulak yeee....banyak barang2 puan-puan (bak kata icah,anak buah annur tu,kiki) boleh didapati disini...terutamanya pengilat kuku yangggg....emmmphhh!best!serius...annur da try...hihi

JY Addict n co

4 comments:

puisi gila: hidupkan ia semula...hidupkan ia...

10:49 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: galleryhip.com

"bangunkan diri kamu yang dalam itu...aku tahu ia hebat...keluarkan ia...hidupkan ia semula...sama seperti lagenda kamu yang dulu2..."

"masuklah kedalam gelanggang kamu sendiri dan berlawanlah dengan semua penderhaka itu  sehingga menang...aku tahu kau mampu...wahai semua pendekar bangsa,bangkitlah dan berlawan...aku tak mahu kamu mati dulu, aku mahu kamu menang, kemudian baru kamu boleh pergi dengan aman...masanya sudah tiba untuk kamu semua keluar satu persatu..."

Hari ini…
Ya,hari ini aku mahu menulis,
Tetapi aku berasa rendah diri,
Kerana beberapa bulan kebelakangan aku banyak menghasilkan sampah di dalam selendang kuning ini…
Ia sungguh bodoh,hahaha…
Tapi ketahuilah itulah apa yang ada di dalam rasa jiwaku,
Jarang sekali aku menyimpang dan menulis sesuatu yang aku tidak merasainya sendiri,
Jika aku tidak merasainya maka aku menipu,
Mungkin bukan dengan kalian semua pembaca setia selendangkuning,
Tetapi menipu diriku sendiri…
Itulah bagiku kejahatan yang paling aku benci jika aku berani2 melakukannya…
Tidak berlaku jujur pada diri sendiri,
Adalah satu bala yang patut aku jauhi,
Begitu juga dengan kamu semua,
Jangan takut untuk berlaku jujur kepada diri sendiri,
Kerana diri kamu adalah kawan terbaik yang kamu pernah ada,
Jika kamu menipunya maka bencanalah kamu nantinya…
Benar,aku tidak menipu…
Kamu dan diri sendiri wajib bekerjasama dengan baik,
Ini pesanku buat diri sendiri dan juga kamu semua pembaca blog istirehat ini…

sumber gambar: pixgood.com

“memusuhi dan tidak bekerjasama dengan diri sendiri ibarat kamu menyalakan api untuk membakar dirimu sendiri…satukan setiap apa yang ada di dalam diri kamu,pastikan mereka bergerak kearah yang kamu mahukan dan bukan sebaliknya…jika tuhan jadikan setan dan malaikat sebagai pengiringmu, pastikan mereka mengikut arahanmu…kerana kau raja kepada dirimu sendiri…ajari mereka tentang soal ini...tiada satu makhlukpun yang mampu berkuasa atas dirimu jika kau tidak izinkan walau sejahat atau semulia manapun mereka disisi tuhan…pastikan kau guna kuasa veto ini dengan hebat sekali…dan aku pasti akan berbangga dengan pencapaian hidupmu kerana kau salah seorang pembacaku…”

0 comments:

puisi berangan: polis entri...one two jaga...

08:30 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: bp.blogspot.com

"polis entri one two jaga...polis mati...pencuri jaga..."

hari ini aku punya banyak urusan,
tetapi sebelum aku memulakan semua itu,
aku mahu tinggalkan puisi buat semua pembaca setia selendang kuning.

berapa ramai menegur bulan,
bulan tetap sombong.
ia cuma mungkin hanya berputar mengikut apa yang ditentukan,
jangan marahinya...
bersabarlah...
kerana bulan sedang sibuk.

ya,percaya kataku,
bulan sedang sibuk memerhati si dia.
atas arahan dari yang disana...

tempohari aku asyik memuji bulan,
sehingga satu masa lama aku merenungnya dan memikirkan sesuatu,
sekejap aku menghirup air kopi itu,
bulan sudah menyorok dari terlihat.

ahhh,bulan itu pemalu!

ingin saja aku katakan padanya,
"wahai bulan,
jangan malu,kerana aku cuma mahu bertutur denganmu,
aku tidak berniat jahat.
kita berkawan,ok?"

malam ini aku mahu menangkap bulan.
ya,
malam ini.

bulan,tunggu aku.
malam ini kita main polis entri.

sumber gambar: google.com

"semenjak kecil salah satu pekerjaan tetapku adalah menjaja cerita2 dongeng di kalangan kawan2ku...mereka semua percaya...pernah sekali aku katakan tanah liat yang dibuat bentuk burger boleh dimakan,mereka pun percaya dan hampir mati memakannya...aku benar2 takut dengan penipuanku sendiri...entah apa magik yang aku ada..."

"cerita tentang burger itu juga aku ada2kan,tetapi ramai dikalangan kalian tetap juga percaya...nampak?betapa aku ini begitu naif ketika bercerita..."


0 comments:

puisi sepi: mungkin kerana frekuensi yang hampir serupa...

12:53 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: media.tumblr.com

"bila aku menaip sesebuah penulisan, aku terbayangkan seperti ini...beza kami cumanya nukilan jiwaku menghasilkan penulisan...sedang ia melahirkan sebuah irama..."

Adakala bila perasaanmu bercampur baur dan kau gagal temui jalan keluar,
Kau cuma mahu satu,
Kau mahu berehat dan jangan diganggu.
Sungguh,dirimu letih…

Bersendirian itu benar merehatkan jiwa…


“kekasih aku merinduimu…kehadiranmu selalu mendamaikan jiwa…tatkala aku ketakutan kau melindungi…sedang semenjak dahulu, aku selalu berdoa kepadamu,wahai tuhan yang maha melindungi…nama itulah yang sering aku seru untuk setiap permulaan hariku, nama itulah yang menjadikan aku gagah berjalan di tengah keramaian manusia…ya,nama itulah…nama yang menyiram api panas di dalam diriku… dan membuatkan aku sejuk di dalam dakapan perlindunganmu…”

sumber gambar: tumblr.com

"pabila aku menulis dan ia terpesong dari apa yang sedang aku fikirkan,keadaannya sama seperti ini...signal jiwaku dicuri oleh seseorang...mungkin kerana frekuensi yang hampir serupa membuatkan jiwa kami bersatu menghasilkan sesuatu..."

0 comments:

puisi sang puteri: ohhh ampun...saya ini cuma tukang jual sahaja...

08:56 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: www.fanpop.com

"setiap kali aku berangan, aku kuat...bila aku sedang sakit dan lemah tak berdaya, dalam senyap aku berangankan putera idamanku datang dan mengungkap kata cinta...ohhh ampunnnn pak!"

cinta.
hari ini aku mahu buka topik tentang cinta.
cinta..ohhh cinta...

cintaaaa,i love u...
ohhh ape aku sedang mengarut ni...
ehem2...

biar aku menari sebentar ya.
mohon izin tuan hakim...hoho

mendengar lagu my all mariah carey ni membuatkan aku terasa mahu menari ballet,
hahaha...

kamu pasti tahu apa rasanya bila dirasuk cinta...

gila!

percayalah,cinta itu gila!
ia membuat mayat menjadi manusia semula!

cinta,mampu menghidupkan manusia semula...
tetapi cinta...
ya cinta kadang membuat manusia yang kuat sihat bertenaga,
menjadi sang penyedih yang hidup di dalam kelambu gelap!

kamu dapat lihat kuasanya?

seseorang yang kamu lihat sihat ketika di tempat awam,
akan menjadi si gila bila teringat kisah cinta sedihnya bila bersendirian di dalam bilik tidurnya!

seseorang yang kamu lihat lemah ketika di tempat awam,
akan menjadi si gila yang menari tak tentu hala bila teringat kisah cinta manisnya!

cinta mampu memotivasi dan bikin orang mati.

ahhhh,perkara ini benarnya mudah sahaja.

kamu kawal cinta.
dan bukan cinta mengawal kamu.

kalau kamu tanya aku,
benarkah ini formulanya?

aku akan menjawab dengan yakin layaknya seperti tukang jual,
"cik adik abang yang comel2 kena cuba dulu,baru tahu!"

hahahahaaaaaa..

sumber gambar: www.google.com

"ohhh ampun...saya ini cuma tukang jual sahaja...baik atau buruk, cik adik, cik abang kena cubalah dulu yeee!hihihi..."




0 comments: