Wednesday, 28 January 2015

puisi cahaya: kerana alami itu bagiku adalah yang terbaik...

sumber gambar: pichaus.com

"sayanggg...aku mungkin naif dan begitu kebudak2an dalam berfikiran...tapi tak mengapalah,kerana garisan masa setiap manusia itu tidak sama...aku tidak perlu tergesa2...pada hematku,jangan dipetik buah sebelum tiba masaknya...kerana alami itu bagiku adalah yang terbaik..."

bila bersendirian,
aku rasakan aku ini normal mereka itu gila,
dan bila aku turun kedunia manusia,
aku pula rasa aku ini gila,merekalah normal...

teringat aku dengan kata2mu dulu,
yang luar ilusi,
realiti dalam hati...

aku keliru.

mungkin buat masa ini cukuplah aku beranggapan,
bahawa aku perlu belajar lebih banyak lagi tentang dunia manusia...
aku tidak mahu keanehan sentiasa menjadi bayang2ku...
kerana setiap hari aku sibuk melayan kerenah manusia...
aku tidak mampu hidup dengan kepercayaan bahawa salah satu antara kami ini gila,
aku tidak gila,
manusia juga...

cumanya kami belum benar2 memahami antara satu sama lain...
sampai satu masa kami pasti akan bersatu...

inilah kepercayaanku buat masa ini...

dan masa akan mengajarku lagi...
sehingga aku benar2 matang dalam berfikiran dan melakukan sesuatu...

ya.

sumber gambar: teachmix.com

"sayangggg...di dalam kehidupan kali ini, kita bukanlah watak utama...kita hanyalah cahaya yang menyuluhi jalan mereka untuk mereka kembali kepada diri mereka sendiri...dengan satu kepercayaan bahawa disetiap peningkatan tamadun itu, golongan kita adalah pencetus,
dan mereka penggeraknya, kitalah moyang dan mereka keturunannya, kita asli dan mereka hibridnya...dan bila tiba masanya kelak golongan kita akan terus ghaib seakan tiada kubur..."







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...