Tuesday, 20 January 2015

puisi cinta:maka,jangan gelojoh jika kau mahukan sesuatu kerana kau mungkin tidak mampu membayar harganya nanti...

sumber gambar: galleryhip.com

"manusia selalu meminta tentang sesuatu yang mereka inginkan...tetapi pernahkah mereka terfikir bahawa setiap sesuatu punya harganya sendiri?mampukah mereka bayar bilamana bukanlah hartabenda cagarannya?tetapi sesuatu yang lebih mahal dari itu?"

"perhatikanlah wahai manusia bahawa cagaran bagi kegembiraan adalah kesedihan...segala sesuatu yang bertentangan itulah cagarannya...maka,jangan gelojoh jika kau mahukan sesuatu kerana kau mungkin tidak mampu membayar harganya nanti..."

sengaja hari ini aku mahu bercerita,
tentang kejadian tempohari,
sehingga kehari ini aku masih termenung memikirkan,
tentang seorang lelaki yang seakan buta sebelah matanya,
datang dan menegur diriku...
hampir seminit aku ambil masa memandang tepat dirinya,
atas dan bawah...

entah kenapa ya.
begitu banyak sekali soalan yang dia lemparkan padaku,
dari latar belakang sehingga ke kesukaanku...
mengetawakan diriku dengan sinis seakan dia sakit hati denganku,
adakala dia gelak,adakala dia termenung dan bercakap entah apa isinya,
aku seakan patung ditepi.
masih terkejut mungkin.

ya,sehingga kini dia masih menjadi tanda tanya buatku.
entah berapa lama dia memerhatikanku...

adakah aku terlalu kuat berimaginasi sehingga semua imaginasi itu menjadi realiti?
oh tuhan.aku benar takut dengan imaginasiku sendiri.haha.

sumber gambar: google.com

"di dalam lembaran ilmu penciptaan, ada satu kuasa yang sangat merbahaya...kamu semua tahu apakah dia?PERCAYA..."

"jika ia terjadi di dalam hidupmu...kau pasti terkejut bahawa dunia ini bukanlah satu2nya pentas..."






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...