Wednesday, 14 January 2015

puisi gila2: tanpa disedari, rupanya sikap kitalah punca semuanya...

sumber gambar: kylelambert.co.uk

"tanpa disedari, rupanya sikap kitalah punca semuanya...orang jahat sana...kita yang cipta,percaya tak?satu orang buat dosa,satu dunia kutuk...maka satu dunia akan dihukum kerana telah tersebarnya kejahatan yang sebenar...kerana itu aku datang untuk memberi cahaya kuning sebagai amaran supaya berwaspada kalau tak cekap,teruskan kalau berani...wahai dunia...hentikanlah cacian itu...bergerak kearah penyelesaian....kerana aku takut segalanya kembali kepada diri kamu sendiri...aku benar2 takut kerana bila kemarahan tuhan itu datang, tiada siapalah terkecuali...berhati2lah wahai manusia...firasatku jarang sekali gagal..."

mari kesini,
aku mahu ceritakan...
kisah seorang gila...
seorang gila yang pernah dahulu kesana kemari,
bingung mencari diri sendiri...
dia marah...
dia sedih...
dia lapar...

dia tanyakan pada langit,
tuhan aku mana?

dia tanyakan pada bumi,
siapa aku?

sibuk dia menggila,
letih dia menggila kerana gelora jiwanya...
kalau diberi kuasa,
mahu dia hentak bumi biar hancur semuanya...
begitu tinggi gelodak hatinya...

marah dia...
dia bukan benci apa,
dia benci kepura2an...

kerana itu dia lari sana...
dia lari sini...
dia cari tempat mana yang terima orang sepertinya...
kaki jalanan pun dia...
kutu jalanan pun dia...
gelandangan pun dia...

tidak berkasut pun dia juga...

lalu dalam tengah2 kotaraya yang gah,
dia sujud...
tak berapa lama dia pun rebah...

betapa dia tidak mampu menyimpan perasaan itu di dalam dirinya...
tidak juga diberi cara untuk dikeluarkan...

lalu dia pun rebah disamping penciptanya...

pada kehidupan seterusnya,
dia lahir sebagai pemberontak dunia...

tidak dia faham mengapa takdirnya begitu...
tidak dia faham fungsinya disitu...

dia cuma tahu satu.

tuhan.

sumber gambar: fashionablygeek.com

"bila dia dipermainkan...maka dia datang untuk mempermainkan semula...salah dia kah?salah tuhan kah?salah dunia kah?kalah lagi kita rupanya..."

***

ps: ini hanya sebuah cerita dongeng...ok kawan2,kali ni annur ada bawakan satu lagi penulis jemputan...rasanya sesuai utk annur selitkan disini...mcm sesuai je dengan mood puisi kita kali ni...haha...jadi posei,silakan....

sumber gambar: google.com

"asalnya aku genta yana...dari petir jadi besinya...kursani silang tunggal sahaja...nuraini lentang terbelah dua...ini bukan sembarang seloka...seloka mainan diksa dewata...dari paras menjurus nyata...dari asap terbentuk rupa...asal nur kalam cahyasa...jisim sat terbit jasadnya...tok dalang berkata sehati suka...simpan kulit tinggal isinya..."




ps: benarnya lagu ni dah banyak kali annur terseru untuk linkkan kat sini...tapi annur tolak...arini ntah mcmana,terasa nak linkkan...jadi kawan2,layannnn...mungkin lagu ni takda papa maksud pun...mungkin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...