Saturday, 10 January 2015

puisi perasan: akulah penyelamat bumi yang paling digeruni di alam semesta...

sumber gambar: google.com

"setiap hari aku rasa aku semakin perasan...perasaan ini memang menjengkelkan...adakala aku berasa akulah penyelamat bumi yang paling digeruni di alam semesta...sedangkan sebenarnya aku sedang mengunyah kerepek kentang sambil menaip...berangan memang satu terapi buat jiwa...sedap kerepek ini..."

aku rasa hampir tiga jam aku duduk dan mendengar lagu yang sama...
tetapi 'feel' itu tetap juga tidak sampai...
aku benarnya mahukan tenaganya...
meminjam sebentar...

kerana kebanyakan masa aku menulis,
aku memerlukan tenaga yang benar2 kuat...
bukan tenaga fizikal mengangkat besi atau apapun,
ia adalah tenaga untuk emosi...
tenaga untuk spiritual...

tenaga itu perlahan2 aku serap masuk ke dalam darahku,
maka aku pun menulis laju...
idea bergerak laju seperti cahaya...
cahaya gila yang menyambar wajah pendosa,
cahaya sejuk yang meyakinkan mereka yang menyeru diriku...
dan cahaya terang bak matahari buat sang pendusta...

bukan semua penulisan adalah dariku,
adakala ia dari entah siapa yang memanggil dan menyeru cahaya...
maka aku menerangkan perasaan dan apa yang ia pendamkan jauh dilubuk hati...
maka jangan pelik jika aku seakan2 tahu keadaan kalian sekarang,
kerana 'aku' yang bercakap ini,
kadangkala adalah diri kalian sendiri yang diterjemahkan olehku...

maka,jika kalian getar untuk berkata2,
sampaikan getaran itu padaku,
aku akan serap tenaga itu dan alirkan disini...

aku gembira menjadi pentafsir kepada para2 bisuan diluar sana...

kamu bisu kepada dunia?
tetapi kuat berkata2 di dalam hati?

tak mengapa.

sumber gambar: pinterest.com

"perkenalkan,akulah cahayamu..."





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...