Friday, 9 January 2015

puisi sang puteri: aku cuba memahami mereka...tetapi aku terasa gila sekali...

sumber gambar: hdwallpapersearly.com

"tadi ketika aku sibuk mengelamun...datang pula satu ilham...katanya begini...mereka memang dalam kegelapan...jangan pelik...mereka sukakan kegelapan...sifat mereka memang begitu...kau beri sejuta cahaya sekalipun, jika mereka tutup mata dan enggan melihat...mereka tetap juga tidak dapat melihat...lalu aku pun terfikir,adakah mereka sangka kegelapan itu cahaya?adakah mereka salah sangka?adakah?ketika aku keletihan berfikir, aku lalu duduk bersandar melepaskan satu keluhan berat...mengapa aku sering berfikir benda yang mengarut2 seperti ini...aku benar letih, tetapi semenjak kecil perkara2 sebegini sentiasa berputar ligat di dalam mindaku...wahai manusia,berhentilah lakukan perkara2 yang membuatkan aku jadi pemikir gila..."

sejuk ya malam ini...

semoga berbahagialah semua makhluk tuhan malam ini...

menerima nikmat,mahupun dalam musibah...
rahmat tuhan bersama mereka yang mahu membebaskan jiwa mereka sendiri...

mereka yang bebas itu tidak tertakluk pada ruangan pun,
jika kita miliki jiwa yang bebas,
ditakdirkan kita dimana sekalipun,
tetap bebas jualah...

dalaman tersangkut pada jasad,
ditarik lepas ikatannya,
ia mampu terbang sejauh mana ia mampu pun,
dan kembali bercantum bila tiba masanya...

sumber gambar: rebloggy.com

"semenjak kecil, bila aku melihat masyarakat...aku selalu akan mengeluh dan menyebut manusia...seolah wujud satu pemisah antara kami...ketika manusia sibuk berfikir masalah zaman kini, aku pula sibuk berfikir masalah manusia2 dan dimana punca, apa pula jalan penyelesaiannya...segala rentak tari dunia selalu aku rasakan aneh...aku berasa begitu bodoh jika mengikut mereka,dan mereka sebut aku pula ketinggalan zaman kerana tidak mengikut...aku cuba memahami mereka, tetapi aku terasa gila sekali...aku gila atau mereka yang gila?perkara asas mereka mampu permainkan,tidak pelik hidup mereka bertukar seperti ini...untuk pengetahuan, golonganku, mereka amat garang tentang asas..."


2 comments:

Macedonia said...

suddenly me miss you and her...

ok take care
saya pergi muhasabah diri lagi
maaf, ambil masa yang terlalu
panjang.

Annur fahamkan...
ilmu yang benar ini berat
berat untuk jiwa2 tanggung

puteri jalanan a.k.a annur said...

mimi,annur pun rindukan dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...