Friday, 30 January 2015

puisi santai: kedamaian adalah sesuatu yang kau tidak dapat beli dimana2pun...

sumber gambar: becuo.com

"menghargai sesuatu adalah ilmu wajib yang perlu diketahui dan dipelajari oleh manusia2 yang sudahpun hilang semangat jati dirinya...kau mahu tahu ilmu ini, apakah agamawan kita sebutkan?iaitulah syukur...tetapi aku lebih selesa menggunakan terma hargai kerana ia lebih mudah untuk difahami inti maksudnya dan terus sampai ke jiwa2 bangsaku yang masih puas mencari..."

untuk pagi ini,
aku sengaja mahu membuka topik,
tentang jati diri.
aku tidak menyebut tentang melayu.
aku menyebut tentang manusia.
wahai manusia,
kamu mahu tahu apakah itu jati diri?
ia adalah satu tempat berpegang.
dimana kau dihujani dengan berbagai pengaruh,
dikiri dan kananmu,
atas dan bawahmu,
tetapi kau tahu dimana tempat seharusnya kau patut berdiri,
kau bersuara mengikut pendirianmu,
kau bertindak mengikut kepercayaanmu,
dan kau berjalan mengikut gerak langkahmu,
jika aku dapat tafsirkan mengikut suasana,
ceritanya lebih kurang begini,
air yang dicampur sirap dan gula,
akhirnya menjadi air sirap.
adakah dengan menjadi air sirap itu kau dikatakan tidak mempunyai jati diri?
tidak!
sedangkan kau masih kukuh berjati diri,
ceritanya cuma kau berasimilasi,
demi kebaikan dunia,
jangan keliru.
jika kau tanya pendapatku,
apakah jatidiri bangsaku sendiri,
aku akan jawab begini,
melayu itu hebat budi bahasanya,
indah tatasusilanya,
mistik seni budayanya,
berkias permainannya,
kenal mana bumi mana langitnya,
tahu mana naik tahu mana pula turunnya...
jika semua ciri ini dikekalkan,
tak kisahlah kedalam bangsa manapun kau pergi,
wajah apapun kau bawa bersamamu,
kau itu melayu sejati.

kerana lama dahulu,
sebelum manusia dipecah2 menjadi bangsa2,
kita itu satu...
dan ketahuilah suatu masa dahulu,
ajaran spiritual inilah yang berkumandang ditelinga2,
para kerabat dan juga rakyatnya...

siapapun kau wahai manusia,
kedalam bangsa apapun yang kau dilahirkan,
ketahuilah,
bahawa dahulu kita itu satu...
sebelum kau dibilionkan..

kembali kepada asas seorang manusia,
hormat menghormati,
berbudi bahasa,
itulah tatacara hidup insan sejati...

kau langgar ini,
nescaya retaklah bumi di dalam hatimu sendiri...
runtuhlah langit di dalam jiwamu nanti...
ketika itu jangan disebut jati diri,
kerana ia hancur bersama langit dan bumi itu tadi...

sumber gambar: deviantart.com

"apakah ini?ia adalah kepelbagaian yang wujud dalam kesatuan...aku datang untuk menghormatinya...menganggap ia sebagai satu harta tak ternilai keturunan manusia...hapuskan?kau ibarat memotong pohon yang sudah lama tegak berdiri memberi teduhan kepada ramai manusia yang meminta...kepelbagaian harus diraikan, bukan dihapuskan dengan kata2 berbisa, sedang kau tidak tahu andainya kau berada di tempat mereka yang pernah menjadi bahan perlekehanmu...kedamaian adalah sesuatu yang kau tidak dapat beli dimana2pun...ia anugerah tuhan buat manusia yang mengamalkan tertib2 yang telah aku sebutkan tadi..."






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...