Sunday, 1 March 2015

puisi santai: sabar bukan bermaksud kau kalah...tetapi kau menang kerana...

sumber gambar: hdwallpapers.cat

"mereka yang bersabar selalu mendapat sesuatu yang terbaik...sabar bukan bermaksud kau kalah...tetapi kau menang kerana tidak termasuk di dalam permainan murahan itu...permainan sebegitu bukan darjatmu..."

manusia lain adalah pelakon kisahmu...
dan kau watak utamanya...
maka lakonkan dengan sempurna,
mereka terkadang akan menggugat dirimu,
membuatkan kau merasa rendah diri,
takut...
getar...
tetapi ingat.
di dalam diri setiap manusia sememangnya wujud ketakutan,
mereka yang menakutkan kau juga sebenarnya sedang takut.
tahu mereka takutkan apa?
takut jika kau kembali ke kesedaran diri dan melawan.
ya,mereka takut jika kau melawan.
inilah ceritera jauh disudut hati mereka...
kerana kita semua satu tetapi banyak...

ajari manusia lain tentang dirimu,
tentang prinsipmu,

supaya mereka tahu kau adalah manusia mahal.
dan bukannya murahan untuk dipermain2kan...

maka melawan atau tidak?
paling bijak adalah selidiki dahulu situasinya...

jangan merendahkan darjatmu jika ianya tidak perlu dan sia2.

sumber gambar: imgbuddy.com

"jangan nyalakan api jika tiada situasi...itu bukan caramu...kau tidak serendah itu...ketenanganmu sukar digugat kerana amukanmu terlalu bisa untuk dikeluarkan...simpanlah semuanya dan tersenyum...karma sedang berjalan mengikut alaminya..."


terima kasih sudi baca selendang kuning! :D

4 comments:

Anonymous said...

u mke me smile n calm bile bngun tdo bce ni hahhaa
- min gojes-

puteri jalanan a.k.a annur said...

yeah laling...wuhuuu~~~

hehe.

Anonymous said...

Me too.. Lin

puteri jalanan a.k.a annur said...

hye lin...:I

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...