Wednesday, 20 May 2015

puisi sang puteri: jika kau membenci, pastikan kau...

sumber gambar: google.com

"membenci syaitan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik...jalan penyelesaian yang lebih bergaya adalah kau jadikan dirimu lebih berkualiti dari mereka dalam semua segi...kerana disitu letaknya elegan dirimu..."

kadang terus kepada arah tujuan lebih diperlukan daripada yang lain-lain...
maka,fokus dengan setiap apa yang sedang kau usahakan...

jika kau membenci syaitan,
kau perlu tahu satu perkara,
pastikan usahamu lebih hebat berbanding mereka,
kerana mereka adalah sejenis kaum yang...
sangat pantang menyerah dan berputus asa...

ingat,
jika kau tulus membenci,
pastikan kau lebih hero,
kerana disitu letaknya maruah dirimu sebagai makhluk terhebat,
JIKA KAU BENAR DALAM PENGAKUAN ITU.

sumber gambar: google.com

"manusia selalu membenci syaitan...tetapi mereka jarang sekali mengambil yang positif darinya...pernahkah kau ambil tahu tentang satu perkara bahawa dengan berbekalkan sifat cekal dan pantang berputus asa, kau mampu menguasai dunia?"

MEREKA YANG BIJAK ADALAH MEREKA YANG DAPAT MENGAMBIL KEBAIKAN DI DALAM SETIAP PERKARA YANG ADA DI DEPAN MATA...BUKAN HANYA MENGOMEL DAN TERUS MENGOMEL TANPA MEWUJUDKAN PENYELESAIAN YANG IDEAL...




"This is the start of how it all ends
They used to shout my name, now they whisper it" 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...