Tuesday, 25 August 2015

puisi malam: aku juga baru saja bermula, entah bila tamatnya aku juga tidak tahu...

sumber gambar:google.com

"adakah kau sudah habis mendalami diri sendiri?percayalah, kembara yang paling panjang bermula disini...aku juga baru saja bermula, entah bila tamatnya aku juga tidak tahu..."

salahkan mereka,
ohh salahkan dia...
salahkan siapa lagi?
pilihan ditanganmu...
kau tahu satu perkara?
di dalam hidup ini, pada setiap bala  ujian yang menimpa,
kau diberikan kebebasan untuk menyalahkan sesiapa...
percaya?
sehinggakan tuhan pun andai kamu mahu salahkan,
ahhh siapa mahu halang?
tetapi manusia,
ingatlah satu perkara,
menyalahkan diri sendiri mungkin sesuatu yang lebih baik,
paling kurang pun demi pembangunan dirimu sendiri....
andai kau salahkan mereka untuk apa?
apakah yang kau dapat demi kebaikanmu dimasa depan?
hampir tiada!
maka,perkara buruk apa jua yang berlaku kepada dirimu sendiri,
salahkan dirimu terlebih dahulu,
atau jika kau rasa mahukan kebebasan dalam berfikiran,
salahkanlah sesiapapun...
tetapi dengar kataku, akhir sekali kembalikan kepada diri sendiri,
muhasabah.
jika kau pembaca setia selendangkuning,
dengar kataku,
muhasabah diri sendiri.
aku tidak mahu kamu menjadi penjenayah jiwa yang suka memaki hamun,
jadilah seseorang yang suka memikirkan kualiti diri sendiri sebelum menilai orang lain,
jujur pada dirimu,
dan sentiasa berfikir bagaimana mahu perbaiki kesilapan diri sendiri sebelum perbaiki kesilapan manusia lain...
barulah aku sebagai pemilik selendangkuning ini berbangga,
kerana mempunyai pembaca yang hebat belaka...
memandang diri sendiri dahulu sebelum memandang manusia lain,

kita tidak perlu ramai pun,
kerana disini aku mendidik pemimpin,
dan bukannya pengikut2 biasa...
aku mahu kamu memimpin dirimu sendiri,
dan seterusnya memimpin yang lain,
bukan atas tujuan apapun,
melainkan untuk pembangunan umat manusia,
dan juga kedamaian hati sesama kita...

sumber gambar:mymodernmet.com

"jika kau sudah tidak percaya sesiapapun kerana kononnya semua manusia bahana buatmu...percayalah kepada diri sendiri...kerana ia akan menuntun jalanmu kembali kepada yang tuhan yang maha kuasa...jangan takut, aku juga pernah marahkan manusia, tuhan atau sesiapa saja sehingga jiwaku lega...akhir sekali aku disini...percaya bahawa setiap apa yang sedang aku lakukan, ada pemerhatinya...percaya bahawa aku tidak pernah keseorangan dalam hadapi hidup ini...tuhan itu sentiasa ada untuk mendidik diriku dan menuntun setiap jalanku..."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...