Tuesday, 20 October 2015

bicara santai annur: Manusia, memerli itu sikap yang tidak sesuai untuk mereka yang mahukan...

sumber gambar: google.com

" aku suka membaca...ini sikapku semenjak dahulu...adakala mereka yang malas membaca ini suka mengejekku dan mengatakan bahawa aku ini ulat buku...setelah mereka beredar, aku pula terfikir, ehhh adakah membaca suatu perkara yang perlu diejek?ohhh manusia di dunia ini pelik...patutlah mereka masih begitu..."

ok kawan2 annur sekalian,hari ni annur nak menulis bebas tanpa perlu terikat dengan konsep selendangkuning ni iaitu puisi. ohhh bosan ya bila terikat. Jujur aku seorang yang sangat sukakan kebebasan. Tetapi bagiku kebebasan itu sangat unik jika ianya dalam keterikatan. Faham?ok tak perlu faham sangat pun, kerana kali ni annur menulis santai. Hoho. Adakala aku duduk berfikir, sudah berapa lama aku hidup atas dunia ini? Apa yang telah aku lakukan diatas dunia ini ya? Adakah aku gembira menulis bebas sebegini?Ya, aku gembira (cepat betul menjawab yeee...hehe). Tolong jangan menjadi ibuku yang adakala letih membebel kerana aku sangat suka mengarut. Haha. Ibuku mengejek mengatakan bahawa aku seorang yang mengarut. Aku mencebik dan menjawab sambil berbisik, "mengarut itu unik tahu?ibu sepatutnya bersyukur kerana melahirkan anak yang unik sepertiku...". Aku suka menulis apa saja topik yang aku terfikir. dahulu, aku menulis seorang2...dan aku membaca keseorangan. Bukankah menulis sendiri dan membaca penulisan sendiri adalah sesuatu yang pelik?Jadi aku rasa aku telah berubah sedikit, kerana apabila aku menulis dan ada segelintir makhluk dalam dunia ni membaca penulisanku, kiranya aku bukanlah alien seperti kata2 ibuku. hehe. Ibu, aku ini manusia tahu tak???

Tempohari aku membaca novel. Seronok! berapa ramai makhluk dalam dunia ni yang begitu cemburu melihat aku membaca novel sambil tergelak2, bergolek2 dan juga menangis teresak2? ohhh, bahagianya aku bila aku membaca heroin cerita itu berperangai sepertiku, malah lebih teruk! tetapi dia berjaya! tahu?huh.

jadi, jangan perlekehkan manusia sepertiku, yang suka berangan, bermimpi dan juga berimpian...kerana disebalik kelemahan itu, aku juga punya kelebihan yang lain yang aku suka sembunyikan, percaya?ahhh, buat apa kamu semua mahu percaya dengan setiap temberangku disini...membuang masa...betulke?

kadang juga aku terfikir, ehhh...adakah selendangkuning ada membawa manfaat kepada dunia?ahhhh, tak perlu dunia dahulu, paling kurang masyarakat sekitarku? Jujur aku beritahu, bahawa selendangkuninglah yang memberi aku keyakinan untuk terus berjalan diatas dunia penuh cabaran ini. ya, tak percaya pergi tanya tuhan. Tuhan Maha Mengetahui. kiki.

ahhh, entah kenapa letih pula aku menulis sebegini...sampai senget benget cermin mataku ini. buruk rupa.

oklah kawan2 sekalian, sampai sini sahaja penulisan santai annur untuk kali ini. Harap korang semua enjoyyy...:)

kepada pembaca2 selendangkuning, untuk kali ni annur nak ucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi menjadi pembaca setia annur ek...Semoga hidup kalian semua terus sukses dan sukses annur doakan...amin..

sumber gambar: google.com

"Diantara kegilaan membaca apa jua jenis bacaan bermanfaat, aku juga sangat suka berkebun,bermain tanah, cacing dan juga ketawa bersama rama2...itu semua kebahagiaanku. Adakah itu juga sesuatu yang patut diperli? Manusia, memerli itu sikap yang tidak sesuai untuk mereka yang mahukan kebahagiaan..faham?"




ps: dan ini juga salah satu kesukaan annur...mendengar lagu,menari syok sendiri dan juga menyanyi...walaupun annur tahu suara annur lebih sedap dari dato siti, annur tidak pula berhajat menjadi penyanyi kerana mengenangkan kebanjiran penyanyi masa kini...sekian berita jam satu...ewahhhh...(sori naik syeikh pulak annur dengar lagu ni...kiki)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...