Tuesday, 13 October 2015

puisi sang puteri: entah berapa kali sudah aku ulangi di selendangkuning ini bahawa...

sumber gambar: dreamstime.com

"ada sesetengah perkara tidak akan kau dapat jawapannya dengan mencari...kau hanya perlu biarkan masa berlalu...kerana masa punya kuasanya tersendiri yang tidak mampu kau fahami walaupun sejuta tahun dirimu mengkaji..."

di dalam kehidupan ini,
aku juga punya sejuta satu persoalan,
dan bila aku letih mencari jawapannya,

aku hanya diam dan membisu.
bukan kerana aku mengalah,
tetapi aku hormatkan masa.

biarkan masa menjalankan tugasnya.
jangan ganggu.

adakala masa memang kejam.
aku tahu itu.

sumber gambar:stock-clip.com

"hidup ini penuh teka-teki bukan?adakah kau fikir ia sememangnya rumit atau setiap hari kau yang sering merumitkan teka-teki itu?entah berapa kali sudah aku ulangi di selendangkuning ini bahawa di setiap takdir hidupmu...dirimu yang tertinggilah dalang segalanya...bodohlah jika kau terlalu taksub menyalahkan yang lain..."

sumber gambar: stock-clip.com

"ketahuilah...di dalam aku menceritakan semua ini...aku juga sedang bergelut dengan teka-teki hidupku juga...adakala aku juga bodoh dalam memahami akan apa yang terjadi...kerana aku bukan tuhan yang maha sempurna...aku juga manusia biasa yang sering parah dibelasah masa..."


6 comments:

Anonymous said...

Lagu tuu

-PK-

puteri jalanan a.k.a annur said...

nape dgn lagu tu PK?

PK,annur kenal kamu.

Anonymous said...

Annur kenal saya ??? Hahaha annur buat lawak ke ?


-PK-

puteri jalanan a.k.a annur said...

annur xbuat lawak.

Anonymous said...

Jika annur kenal saya.. annur terangkan pada saya bagaimana annur boleh kenal saya ?


-PK-

puteri jalanan a.k.a annur said...

hmm...kamu rasa mcmana annur kenal kamu?

cecite...cecite...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...