Monday, 9 November 2015

puisi gila sang puteri: biarpun kamu cuma tersedar hanya selepas kepergianku...


"dahulu kecil2 aku paling suka cerita ini...sehingga aku akan menjadi monster jika sesiapa berani menukar rancangan ketika cerita ini ditayangkan...teruk ek?dan kini...hanya kebencian yang menyelubungi..."


siang tadi aku menyelongkar,
haha.
ya,menyelongkar buku2 lamaku...
mengimbau kembali memori lama...
ada yang indah,sedih dan kelakar...
hmm.

diam tak diam,
sudah 27 tahun umurku.

7 tahun yang indah,
14 tahun yang panjang kerana ketika itu aku masih sibuk mencari sesuatu,
dan tahun2 kebelakangan yang agak melelahkan...
dan jujur,
4 tahun kebelakangan adalah yang terindah bagiku,
ketika itu aku hanya 23...
dan mereka semua hadir ibarat bintang2 yang jatuh menyelubungiku,
kamu mahu tahu siapa mereka?

kalian semua disini,
dan kalian semua diluar sana.

aku akui, kehadiran kalian penguat diriku.
dan aku masih disini,
menulis diari hidupku,
semoga memberi erti bagi yang mahu mengambil pelajaran...

andai ada yang menyakiti,mencabar atau apa saja yang berbentuk negatif,
maafkanlah...
kerana aku cuma manusia yang penuh khilaf dalam diri...

semoga kita semua tetap bersatu di dalam hati...

terima kasih kepada kalian yang selalu membantuku untuk terus stabil dari segi emosi dan pemikiran,
aku disini dengan rendah diri mendoakan semoga hidup kalian sentiasa diberkatiNya...

tiba masa,kita semua pasti bersua biarpun cuma seketika...
biarpun ketika itu kamu tidak mengetahui identitiku...
biarpun kamu cuma tersedar hanya selepas kepergianku...

sumber gambar: google.com

"setiap kali aku terpaksa pergi, aku akan mendoakan semoga semuanya baik2 sahaja sepanjang ketiadaanku...entah berapa lama lagi aku disini...maka wahai semua kawan2ku, jaga diri kalian sebaiknya...kerana aku sungguh tidak berani memberitahu apa yang akan terjadi selepas ini..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...