Tuesday, 3 November 2015

puisi sang puteri: aku mahu berjumpa dengannya dan bertanya berdepan...

sumber gambar: google.com

"kerana hasad dengkikah kita semua terpisah?benarkah begitu jalan ceritanya wahai anakanda?ohhh tuhan,tunjukkan kepadaku dalangnya...aku mahu berjumpa dengannya dan bertanya berdepan...masih wujudkah dendam itu?adakah aku bisa menjadi galang gantinya?bukankah darahku yang kalian hauskan?mengapa diusik sekaliannya?"


sumber gambar: google.com

"adakala dirimu belum benar2 tahu siapa musuh sebenarmu...permusuhan sebegini bukanlah harga yang patut dibayar kerana hasad dengkimu itu...adakah kau tahu siapa musuh sebenarmu?sehingga kau tergamak memusnah yang lainnya?ketahuilah...musuh sebenar tidak wujud diluar...ia ada di dalam dirimu sendiri! sesuatu yang mereka gelar sebagai ketakutan.

Wahai kawanku yang menganggap aku musuh tanpa kesedaranku, percayalah bahawa semua yang kita miliki diatas dunia ini tidak lebih dari sekadar ilusi yang penuh sementara...adakah itu yang kau sibuk rebutkan sehingga menyalahi hak mereka?adakah kau puas setelah lihat mayat2 bergelimpangan sebegini?adakah kau puas?isteri kehilangan suaminya...anak kehilangan bapanya...adakah kau tahu sakitnya?parut kesakitan mereka takkan mampu kau ganti walau sejuta tahun dirimu mengabdi!"

selalu juga aku berkhabar tentang zaman ini,
tanpa sedar aku rindukan zaman dahulu...
entah bagaimana tanpa aku ketahui, diantara satu ketakutan padaku adalah bersendiri...
bersendiri dan mengingati masa lepas adalah bahayaku...

kembara diri kemasa lampau satu tragedi buatku...
perasaannya seperti terjatuh ke lautan yang gelap tanpa cahaya...
tanpa penolong...
tanpa sesiapapun yang sudi untuk membantu...
tragis.

mereka merinduiku?
selepas suatu kisah yang memisahkan,
mereka masih merinduiku?

sumber gambar: google.com

"benarkah itu wahai anakanda?katakanlah kepada bonda...sekali mereka rindukan bonda...sejuta kali bonda menyambutnya wahai anakanda...semoga kita semua bersatu kembali seperti waktu2 dahulu...bonda rindukan kalian semua..."

ps: hehe...pandai betul annur mengarut kali ni yer...ahhh abaikan....cuma resapan semangat2 halus...peace no war...:p



2 comments:

Agyani said...

Jangan sedih,medan pertempuran yang silam telah pun bersih dibawa memori...

puteri jalanan a.k.a annur said...

hihi...gurauuuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...