Monday, 7 December 2015

puisi sang puteri: pernah alami pemikiran negatif dan pesimis seperti ini?


sumber gambar: rahsia.com

"cuba lagi dan lagi...tinggalkan semua  kebodohan dan kembali menjadi makhluk penuh tamadun...relakan...jika kau degil, kau nyata lebih sakit...kerana itu telah aku katakan sebelum ini, redha itu bukan sebarang...ia tertinggi diantara yang tertinggi..."

mencuba lagi,
buntu.
cuba lagi,
buntu lagi.
pernah alami seperti ini?
ketika kau terasa sangat lemah,
kekuatan dirimu seakan dibawa pergi...
dan kau disini ketawa seolah2 dunia ini sangat gila dan menguji kesabaranmu.

dan mereka membanding2kan dirimu dengan mereka lain yang telah berjaya,
sehingga dirimu mencebik dan mempersoalkan,
benarkah mereka berjaya?siapa yang mengiktiraf mereka?

dangkal.

sumber gambar: google.com

"pernah alami pemikiran negatif dan pesimis seperti ini?kau mahu menjadi seperti mereka...tetapi kau takut...terlalu banyak ketakutan yang kau kumpul setiap hari sehingga ketakutan itu menjadi satu raksasa yang mengikat kaki dan tanganmu...tanpa kau sedar, rupa2nya kaulah dalang kepada kelahiran raksasa pemusnah itu...dengar kataku, lawan. Kelemahan raksasa itu terletak di dalam keberanian dirimu..."

jangan bertanya tentang aku,
kerana hampir setiap hari aku bertempur dengan diriku sendiri,
dan hampir aku terpengaruh dengan fikiran seperti ini.
sehingga aku letih membunuh kesemua fikiran seperti itu di dalam diriku sendiri.

sumber gambar: google.com

"kalahkan dirimu sendiri dahulu...barulah kau mampu mengalahkan yang lain...jika tidak, persembahan dirimu tidak ubah seperti menumbuk angin...hehe...tidak mengapa, jangan malu...kerana aku anggap ianya seperti latihan dirimu...tetapi sayang...sampai bila mahu menumbuk angin?adakah angin itu sakit atau tanganmu yang lenguh?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...