puisi santai: kedamaian adalah sesuatu yang kau tidak dapat beli dimana2pun...

11:20 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: becuo.com

"menghargai sesuatu adalah ilmu wajib yang perlu diketahui dan dipelajari oleh manusia2 yang sudahpun hilang semangat jati dirinya...kau mahu tahu ilmu ini, apakah agamawan kita sebutkan?iaitulah syukur...tetapi aku lebih selesa menggunakan terma hargai kerana ia lebih mudah untuk difahami inti maksudnya dan terus sampai ke jiwa2 bangsaku yang masih puas mencari..."

untuk pagi ini,
aku sengaja mahu membuka topik,
tentang jati diri.
aku tidak menyebut tentang melayu.
aku menyebut tentang manusia.
wahai manusia,
kamu mahu tahu apakah itu jati diri?
ia adalah satu tempat berpegang.
dimana kau dihujani dengan berbagai pengaruh,
dikiri dan kananmu,
atas dan bawahmu,
tetapi kau tahu dimana tempat seharusnya kau patut berdiri,
kau bersuara mengikut pendirianmu,
kau bertindak mengikut kepercayaanmu,
dan kau berjalan mengikut gerak langkahmu,
jika aku dapat tafsirkan mengikut suasana,
ceritanya lebih kurang begini,
air yang dicampur sirap dan gula,
akhirnya menjadi air sirap.
adakah dengan menjadi air sirap itu kau dikatakan tidak mempunyai jati diri?
tidak!
sedangkan kau masih kukuh berjati diri,
ceritanya cuma kau berasimilasi,
demi kebaikan dunia,
jangan keliru.
jika kau tanya pendapatku,
apakah jatidiri bangsaku sendiri,
aku akan jawab begini,
melayu itu hebat budi bahasanya,
indah tatasusilanya,
mistik seni budayanya,
berkias permainannya,
kenal mana bumi mana langitnya,
tahu mana naik tahu mana pula turunnya...
jika semua ciri ini dikekalkan,
tak kisahlah kedalam bangsa manapun kau pergi,
wajah apapun kau bawa bersamamu,
kau itu melayu sejati.

kerana lama dahulu,
sebelum manusia dipecah2 menjadi bangsa2,
kita itu satu...
dan ketahuilah suatu masa dahulu,
ajaran spiritual inilah yang berkumandang ditelinga2,
para kerabat dan juga rakyatnya...

siapapun kau wahai manusia,
kedalam bangsa apapun yang kau dilahirkan,
ketahuilah,
bahawa dahulu kita itu satu...
sebelum kau dibilionkan..

kembali kepada asas seorang manusia,
hormat menghormati,
berbudi bahasa,
itulah tatacara hidup insan sejati...

kau langgar ini,
nescaya retaklah bumi di dalam hatimu sendiri...
runtuhlah langit di dalam jiwamu nanti...
ketika itu jangan disebut jati diri,
kerana ia hancur bersama langit dan bumi itu tadi...

sumber gambar: deviantart.com

"apakah ini?ia adalah kepelbagaian yang wujud dalam kesatuan...aku datang untuk menghormatinya...menganggap ia sebagai satu harta tak ternilai keturunan manusia...hapuskan?kau ibarat memotong pohon yang sudah lama tegak berdiri memberi teduhan kepada ramai manusia yang meminta...kepelbagaian harus diraikan, bukan dihapuskan dengan kata2 berbisa, sedang kau tidak tahu andainya kau berada di tempat mereka yang pernah menjadi bahan perlekehanmu...kedamaian adalah sesuatu yang kau tidak dapat beli dimana2pun...ia anugerah tuhan buat manusia yang mengamalkan tertib2 yang telah aku sebutkan tadi..."






0 comments:

puisi sang puteri: maka,bersabarlah...darjatmu bukan bersama mereka yang memperlekehkan dirimu...

01:02 puteri jalanan a.k.a annur 1 Comments

sumber gambar: profiledps.com

"dimedan pembalasan...ia bukan cerita tentang baik atau buruk...ia adalah karma...yang baik mahupun buruk, bila roda karma berpusing, mereka pasti terpaku...maka,bersabarlah...darjatmu bukan bersama mereka yang memperlekehkan dirimu..."

bila manusia datang dan memperlekeh dirimu,
bangun.
bukan balas dengan caci maki,
tetapi pergi.

ia lebih bermaruah untukmu...

kamu tidak perlu hadap manusia2 sebegitu...

kerana nanti mereka akan makan setiap kata2 mereka semula...
seorang demi seorang...

jangan risau,
ini memang sunnah alam...

roda karma takkan pernah henti berpusing...

dan manusia akan tetap dengan cakap2nya...
sehinggalah mereka kiamat...
dan ketika itu nanti,
bersusah payah mereka memohon maaf...
sedangkan karma tetaplah karma...

ia takkan semudah dipadamkan hanya dengan kata2 maaf...

sumber gambar: vi.sualize.us

"begitu tinggi bukit yang mereka naiki...bila terjatuh nyata lebih sakit..."


ps:agyani...terima kasih...lagu ni sesuai untuk mood puisi ni...haha...:D


1 comments:

puisi magis:sayang...selamat kembali ke dunia purba...

15:45 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: azamku.com

"sayang...selamat kembali ke dunia purba..."

kemana saja pergi,
mereka ada...
seakan mengiringi jalanku...

mereka seakan berkata2...
"selamat kembali kezaman magis wahai cahaya kami..."
kitab magis itu sedang berterbangan mencari tuannya...
halus seakan2 debu mistis...
yang merasuk kedalam hidupmu...
segalanya terus hadir dihadapan deriamu...
bukan lagi kata2 kosong,tulisan2 sepi dan huruf2 tak berbisa...
ia adalah sesuatu yang kau lihat...
kau dengar...
dan kau rasa...

angin yang bertiup...
lagu yang kau dengar...
dan media yang kau lihat...
apa saja yang ada...
rasukannya buat kau terpaku...

sumber gambar: google.com

sumber gambar:deviantart.com

sumber gambar: naturephotoblog.com

"saksikan sendiri setakat mana kepercayaanmu..."





0 comments:

puisi cahaya: kerana alami itu bagiku adalah yang terbaik...

00:22 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pichaus.com

"sayanggg...aku mungkin naif dan begitu kebudak2an dalam berfikiran...tapi tak mengapalah,kerana garisan masa setiap manusia itu tidak sama...aku tidak perlu tergesa2...pada hematku,jangan dipetik buah sebelum tiba masaknya...kerana alami itu bagiku adalah yang terbaik..."

bila bersendirian,
aku rasakan aku ini normal mereka itu gila,
dan bila aku turun kedunia manusia,
aku pula rasa aku ini gila,merekalah normal...

teringat aku dengan kata2mu dulu,
yang luar ilusi,
realiti dalam hati...

aku keliru.

mungkin buat masa ini cukuplah aku beranggapan,
bahawa aku perlu belajar lebih banyak lagi tentang dunia manusia...
aku tidak mahu keanehan sentiasa menjadi bayang2ku...
kerana setiap hari aku sibuk melayan kerenah manusia...
aku tidak mampu hidup dengan kepercayaan bahawa salah satu antara kami ini gila,
aku tidak gila,
manusia juga...

cumanya kami belum benar2 memahami antara satu sama lain...
sampai satu masa kami pasti akan bersatu...

inilah kepercayaanku buat masa ini...

dan masa akan mengajarku lagi...
sehingga aku benar2 matang dalam berfikiran dan melakukan sesuatu...

ya.

sumber gambar: teachmix.com

"sayangggg...di dalam kehidupan kali ini, kita bukanlah watak utama...kita hanyalah cahaya yang menyuluhi jalan mereka untuk mereka kembali kepada diri mereka sendiri...dengan satu kepercayaan bahawa disetiap peningkatan tamadun itu, golongan kita adalah pencetus,
dan mereka penggeraknya, kitalah moyang dan mereka keturunannya, kita asli dan mereka hibridnya...dan bila tiba masanya kelak golongan kita akan terus ghaib seakan tiada kubur..."







0 comments:

pesanan sang hinggap:hati2 sayang...jangan salah percaturan...

01:25 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: tumblr.com

"sayang...tolong hati2 lakukan perkara itu...ada sesuatu yang aku takuti ia terjadi...jangan terlalu yakin...kelak ia kan menjadi punca kejatuhanmu...hati2 sayang...jangan salah percaturan..."


2 comments:

puisi lara sitaram: jiwa mereka satu... kau sakitilah salah satunya... satu lagi akan turut terseksa...

22:42 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


khas buat dua manusia agung rama dan sita...selendangkuning mempersembahkan...

sumber gambar: wordpress.com

"adinda setuju dengan permainan ini duhai kekanda...janji seri kepada suaminya wisnu...lalu mereka pun turun menjadi pelakon hebat di dunia nyata...tersenyum disaat duka nestapa...ketawa walaupun hati lara...perlahan2 mereka mengubati hati masing2 dengan ilusi cinta yang tak berkesudahan...hati mereka hanya mereka yang tahu..."

cinta rama hanya rama yang tahu...
cinta rama hanya sita yang tahu...
gerak geri rama hanya sita yang mengerti...
biarpun bodoh rama pada manusia kesemuanya,
hanya sita yang sudi memahami...
bahkan.
sita dan rama berbicara hanya di dalam hati mereka.
mereka setuju berlakon layar di hadapan manusia...
demi sebuah pengajaran terbuka...

semoga manusia mengambil iktibar daripadanya...

titisan dewa wisnu,
dan titisan dewi seri...
turun menjadi korban cinta demi gelak tawa manusia...
sedang hati mereka hancur...
lebur dimamah manusia...

dan mereka ditugaskan menjaga kemaslahatan dunia manusia...
maka,gelak tawa manusia diganti dengan duka lara mereka...

ketahuilah wahai manusia...
jiwa mereka itu satu...
kau sakitilah salah satunya...
satu lagi akan turut terseksa...
pabila sita kecewa,
rama lah yang lebih sakit menahan luka...

ya,buat dua manusia agung ini,
aku hormati lagenda kalian berdua...

sumber gambar: why-semuakataku.blogspot.com


"terseksalah sita mengenangkan cintanya...bodoh sita kata mereka...gila sita kata mereka...sita tetap disitu taat akan perintah suaminya,rela akan dharmanya...jika inilah takdirnya kekanda,adinda terima dengan rela...tak mengapalah wahai kekandaku,adinda akan baik2 sahaja disini...begitulah sita tersenyum manis menenangkan hati suaminya sendiri sedang hakikatnya setiap hari jiwanya lara ketika pembuangan itu berlangsung...semoga semua rakyatku berbahagia,bisik hati sita dalam kecewa..."


0 comments:

puisi pandora: jika itu risikonya...aku akan ambil...

00:24 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments

sumber gambar: quora.com

"mungkin dengan membuka peti itu akan menyedarkan mereka...walaupun yang terkeluar kebanyakannya makhluk2 jahat...tetapi tanpa bantuan mereka, hero akan terus tidur lena...jika itu risikonya, aku akan ambil..."

memperlekeh.
manusia selalu begitu ya.
dunia terkadang terlalu asing kurasakan.

sumber gambar: figment.com

"maruah itu seakan bola disepak kemana2 saja mereka suka...sampai bila begini...tak mengapa,mulai hari ini setelah aku izinkan peti itu terbuka,gergasi dan makhluk2 pelik itu akan membaham kamu wahai manusia...hanya penyatuan ubatnya,selagi kamu berpecah,kamu akan dimakan satu persatu...maafkan aku..."

"wahai sekalian dewa dewi yang aku hormati,lindungilah kaum kalian setakat yang kalian mampu...selain daripada itu,biarkanlah takdir uruskan mereka...aku sudah muak dengan permainan hina ini...peti itu sudah masanya dibuka,makhluk2 itu semua sedang kelaparan..."



8 comments:

puisi cahaya: ingin aku tanyakan kepadanya...sayang...andai masa itu mati, adakah kita akan bersama?

22:31 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: imgarcade.com

"adakala bukanlah masalah hidupmu yang terlalu berat...tetapi kekuatanmu yang semakin melemah..."

mungkin mudah untuk kita maafkan manusia lain...
mungkin...
tapi agak sukar ya untuk memaafkan diri sendiri...
memaafkan diri sendiri atas setiap kesalahan yang sudah kita lakukan...
penyesalan?
ya...
waktu boleh berputar semula?
sesat cari jalan pulang?
mungkin.
wahai cahaya,
apa yang kau cari?
dia.
jadi bila dia datang kenapa kau menolak?
mungkin belum masa aku benar2 mengenalinya...
kerana itu hatiku sering saja bolak balik,
sedang tindakanku jauh menemuinya...
entahla...
cahaya,
puisimu semakin lama semakin pudar,
kemana perginya sumber ilhammu?
............
sumber gambar: deviantart.com

"ingin aku tanyakan kepadanya...sayang...andainya masa itu mati, adakah kita akan bersama?"





3 comments:

puisi cinta:maka,jangan gelojoh jika kau mahukan sesuatu kerana kau mungkin tidak mampu membayar harganya nanti...

14:01 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: galleryhip.com

"manusia selalu meminta tentang sesuatu yang mereka inginkan...tetapi pernahkah mereka terfikir bahawa setiap sesuatu punya harganya sendiri?mampukah mereka bayar bilamana bukanlah hartabenda cagarannya?tetapi sesuatu yang lebih mahal dari itu?"

"perhatikanlah wahai manusia bahawa cagaran bagi kegembiraan adalah kesedihan...segala sesuatu yang bertentangan itulah cagarannya...maka,jangan gelojoh jika kau mahukan sesuatu kerana kau mungkin tidak mampu membayar harganya nanti..."

sengaja hari ini aku mahu bercerita,
tentang kejadian tempohari,
sehingga kehari ini aku masih termenung memikirkan,
tentang seorang lelaki yang seakan buta sebelah matanya,
datang dan menegur diriku...
hampir seminit aku ambil masa memandang tepat dirinya,
atas dan bawah...

entah kenapa ya.
begitu banyak sekali soalan yang dia lemparkan padaku,
dari latar belakang sehingga ke kesukaanku...
mengetawakan diriku dengan sinis seakan dia sakit hati denganku,
adakala dia gelak,adakala dia termenung dan bercakap entah apa isinya,
aku seakan patung ditepi.
masih terkejut mungkin.

ya,sehingga kini dia masih menjadi tanda tanya buatku.
entah berapa lama dia memerhatikanku...

adakah aku terlalu kuat berimaginasi sehingga semua imaginasi itu menjadi realiti?
oh tuhan.aku benar takut dengan imaginasiku sendiri.haha.

sumber gambar: google.com

"di dalam lembaran ilmu penciptaan, ada satu kuasa yang sangat merbahaya...kamu semua tahu apakah dia?PERCAYA..."

"jika ia terjadi di dalam hidupmu...kau pasti terkejut bahawa dunia ini bukanlah satu2nya pentas..."






0 comments:

puisi sang puteri: jika aku sudah mati rasa, apa lagi indahnya hidup ini...

19:53 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: wallpaperstag.net

"tenggelam di dalam perasaan sendiri, 'feel' nya seperti ini...jika kita pandai mengawalnya, ia indah dan boleh menjadi karya..."

bila kita lakukan perkara yang kita minati,
hubungannya terus ke dia...
ilham pun datang mencurah2...

ada yang bertanya bagaimana aku mendapatkan ilham,
sememangnya dari dia...
tapi mungkin sama juga seperti peminat seni yang lain,
tidak kisahla dari bentuk seni apapun,
aku akan duduk dan melayan perasaan...
yeahhh...

ilham kadang bukan datang dari tepian pantai,
ataupun dari pemandangan indah sekalipun,
kerana kebanyakan puisiku terhasil ketika aku ditempat yang penuh haru biru,
ia lebih kepada 'feel'...
cubaan demi cubaan sehingga 'feel' itu hadir...

puisi diselendangkuning ini tidak terhad,
ia boleh berkisarkan apapun...
kepada yang mahukan puisi sentiasa positif blablabla...
maaf,aku tak mampu...

kerana aku manusia,
dan aku peminat seni,
bagiku seni itu indah walaupun ketika seseorang pengkarya itu sedih mahupun marah...

dan bagi seorang peminat seni yang suka berkarya,
memadam karya sendiri seperti diatas adalah satu perkara biasa...haha.
kenapa buruk benar puisi aku petang ini.ceh.

sumber gambar:google.com

"pernah aku menulis dengan perasaan seperti ini...tentang seorang ratu yang hidupnya asyik membunuh manusia2 kerana dendam terhadap kekasih hatinya...tetapi puisi itu hilang...sehingga kini aku masih menunggu perasaan itu hadir semula supaya puisi seperti itu mampu aku nukilkan buat tatapan kalian semua pembaca setiaku..."

"bayangkan perasaan adalah sesuatu yang boleh dikawal...nescaya kejamlah aku jadinya...aku rasa makin lama aku kearah itu...memang gila...ketika itu pasti aku rasakan segalanya hanyalah pura2 dan sampah...yang kurasakan benar ketika itu adalah ilusiku sendiri....kesakitan manusia,tangisan mereka mungkin tiada makna lagi pada diriku...berdoalah supaya aku tidak sampai ketahap itu...jika aku sudah mati rasa, apa lagi indahnya hidup ini..."




6 comments:

puisi puaka: kau berilah perasaan ini pada langit...

19:29 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments


sumber gambar: opinionsofeye.com

"dia sudah gila...berontak hatinya semakin parah hari ke hari...sehinggalah kesatu hari..."

seorang lelaki yang berwajah umpama dewa,
disatu malam...
dia berjalan dengan terhuyung hayangnya...
dengan botol khayal ditangan sekejap2 dia ketawa...
sekejap dia menangis pula...
dia sudah gila...
ya...dia gila bila mengenangkan kekasih hatinya...
sudah berbulan dia begitu...
semua orang lari melihat dirinya...

dia sudah tidak dapat menanggung gelodak jiwanya,
baginya kehidupan adalah sesuatu yang sia2 tanpa kekasihnya...

perjalanan payah itupun akhirnya sampai ke tepi sungai besar disatu kotaraya gah,
lalu dia ketawa memandang langit dan terkumat-kamit menyebut sesuatu...

"tuhan....Kau maha pencipta...aku akui itu...hahaha...Kau tahu sesuatu?Cinta yang Kau ciptakan ini sudah tidak dapat aku tanggung...perit!kau berilah perasaan ini pada langit...aku mahu pergi....aku benar letih..."

lalu dia terjun dan tenggelam entah kemana...
serta merta langit pun hujan selebatnya...kilat berdentam-dentum...angin pula seperti menggila...

dikelahiran seterusnya dia lahir dengan wajah yang sangat tampan...
di dalam satu keluarga yang kaya raya...
sekali lagi dia dijumpakan bersama kekasih hatinya,
mereka jatuh cinta semula...

siapa berani teka apa yang terjadi seterusnya?

sumber gambar: flickrrhivemind.net

"dia berjumpa dengan yang sebenarnya..."

ps:maaf ini hanya sebuah cerita rekaan...tiada kaitan dengan manusia mana pun...haha


3 comments:

bukan puisi daaaa....

20:27 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: entahdarimanantah.com
bukan puisi.
saja mengarut.

haha.

"selamat hari raya!"






2 comments:

puisi gila2: tanpa disedari, rupanya sikap kitalah punca semuanya...

20:07 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: kylelambert.co.uk

"tanpa disedari, rupanya sikap kitalah punca semuanya...orang jahat sana...kita yang cipta,percaya tak?satu orang buat dosa,satu dunia kutuk...maka satu dunia akan dihukum kerana telah tersebarnya kejahatan yang sebenar...kerana itu aku datang untuk memberi cahaya kuning sebagai amaran supaya berwaspada kalau tak cekap,teruskan kalau berani...wahai dunia...hentikanlah cacian itu...bergerak kearah penyelesaian....kerana aku takut segalanya kembali kepada diri kamu sendiri...aku benar2 takut kerana bila kemarahan tuhan itu datang, tiada siapalah terkecuali...berhati2lah wahai manusia...firasatku jarang sekali gagal..."

mari kesini,
aku mahu ceritakan...
kisah seorang gila...
seorang gila yang pernah dahulu kesana kemari,
bingung mencari diri sendiri...
dia marah...
dia sedih...
dia lapar...

dia tanyakan pada langit,
tuhan aku mana?

dia tanyakan pada bumi,
siapa aku?

sibuk dia menggila,
letih dia menggila kerana gelora jiwanya...
kalau diberi kuasa,
mahu dia hentak bumi biar hancur semuanya...
begitu tinggi gelodak hatinya...

marah dia...
dia bukan benci apa,
dia benci kepura2an...

kerana itu dia lari sana...
dia lari sini...
dia cari tempat mana yang terima orang sepertinya...
kaki jalanan pun dia...
kutu jalanan pun dia...
gelandangan pun dia...

tidak berkasut pun dia juga...

lalu dalam tengah2 kotaraya yang gah,
dia sujud...
tak berapa lama dia pun rebah...

betapa dia tidak mampu menyimpan perasaan itu di dalam dirinya...
tidak juga diberi cara untuk dikeluarkan...

lalu dia pun rebah disamping penciptanya...

pada kehidupan seterusnya,
dia lahir sebagai pemberontak dunia...

tidak dia faham mengapa takdirnya begitu...
tidak dia faham fungsinya disitu...

dia cuma tahu satu.

tuhan.

sumber gambar: fashionablygeek.com

"bila dia dipermainkan...maka dia datang untuk mempermainkan semula...salah dia kah?salah tuhan kah?salah dunia kah?kalah lagi kita rupanya..."

***

ps: ini hanya sebuah cerita dongeng...ok kawan2,kali ni annur ada bawakan satu lagi penulis jemputan...rasanya sesuai utk annur selitkan disini...mcm sesuai je dengan mood puisi kita kali ni...haha...jadi posei,silakan....

sumber gambar: google.com

"asalnya aku genta yana...dari petir jadi besinya...kursani silang tunggal sahaja...nuraini lentang terbelah dua...ini bukan sembarang seloka...seloka mainan diksa dewata...dari paras menjurus nyata...dari asap terbentuk rupa...asal nur kalam cahyasa...jisim sat terbit jasadnya...tok dalang berkata sehati suka...simpan kulit tinggal isinya..."




ps: benarnya lagu ni dah banyak kali annur terseru untuk linkkan kat sini...tapi annur tolak...arini ntah mcmana,terasa nak linkkan...jadi kawan2,layannnn...mungkin lagu ni takda papa maksud pun...mungkin...

0 comments:

puisi gila2: hmm,dunia memang pelik...tak mengapalah,layannn...

20:05 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: google.com

"sayang...jika kau merasakan dirimu hebat dalam segala...takkanlah aku ini si bodoh yang tidak tahu apa2...aku mungkin kura2 sedang kau arnab...tetapi jangan kau lupa apa pengakhiran lagenda popular itu...aku bukan lembap...aku cuma berjalan perlahan sambil menikmati pemandangan alam..."

tadi sedang aku menjamu selera,
aku sedang khusyuk menonton televisyen sambil bergelak pecah perut...
benar2 aku leka menonton cerita itu...
entah bagaimana,
aku dengar ada suara menangis...
kuat tangisannya seakan meraung...
dia ingat aku tidak mendengar...
dia benar2 lupa aku siapa...

dahulu dia sakit hati kerana pertama kali berbual,
aku cari gaduh...
dengan bangganya aku nyatakan dalam hati...
sayanggg...aku akan uji dirimu sehingga aku puas...

sehingga aku benar2 yakin bahawa kau bukannya plastik murahan.

sayang,kau boleh pergi jika kau percaya dirimu itu palsu.
jangan mengadap aku sehingga kau benar2 tahu apa itu sejati.

aduhhhh...
getaran mana pula yang datang ni...
maaf semua,
mengarut benar annur hari ini ya...
haha.
abaikan semua khayalan palsu ni.

meresapi sesuatu benar2 buat aku gila.
perasaan siapalah aku curi ini.

sumber gambar: lifelounge.com

"sayang...jika seribu kali aku tonjolkan kebodohanku dan satu kali aku timbulkan kepandaianku,kau pasti terkejut...aku juga pasti akan terkejut kerana rupanya satu kepandaian itu telahpun kalahkan seribu kepandaian dirimu..."

"hmm,dunia memang pelik...tak mengapalah,layannn..."






ps:terima kasih kepada seorang sahabat annur yg berhajat nak duet lagu ni dgn annur...posei,annur akan amek part yg sedih tu...haha...


6 comments:

puisi perasan: akulah penyelamat bumi yang paling digeruni di alam semesta...

21:57 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: google.com

"setiap hari aku rasa aku semakin perasan...perasaan ini memang menjengkelkan...adakala aku berasa akulah penyelamat bumi yang paling digeruni di alam semesta...sedangkan sebenarnya aku sedang mengunyah kerepek kentang sambil menaip...berangan memang satu terapi buat jiwa...sedap kerepek ini..."

aku rasa hampir tiga jam aku duduk dan mendengar lagu yang sama...
tetapi 'feel' itu tetap juga tidak sampai...
aku benarnya mahukan tenaganya...
meminjam sebentar...

kerana kebanyakan masa aku menulis,
aku memerlukan tenaga yang benar2 kuat...
bukan tenaga fizikal mengangkat besi atau apapun,
ia adalah tenaga untuk emosi...
tenaga untuk spiritual...

tenaga itu perlahan2 aku serap masuk ke dalam darahku,
maka aku pun menulis laju...
idea bergerak laju seperti cahaya...
cahaya gila yang menyambar wajah pendosa,
cahaya sejuk yang meyakinkan mereka yang menyeru diriku...
dan cahaya terang bak matahari buat sang pendusta...

bukan semua penulisan adalah dariku,
adakala ia dari entah siapa yang memanggil dan menyeru cahaya...
maka aku menerangkan perasaan dan apa yang ia pendamkan jauh dilubuk hati...
maka jangan pelik jika aku seakan2 tahu keadaan kalian sekarang,
kerana 'aku' yang bercakap ini,
kadangkala adalah diri kalian sendiri yang diterjemahkan olehku...

maka,jika kalian getar untuk berkata2,
sampaikan getaran itu padaku,
aku akan serap tenaga itu dan alirkan disini...

aku gembira menjadi pentafsir kepada para2 bisuan diluar sana...

kamu bisu kepada dunia?
tetapi kuat berkata2 di dalam hati?

tak mengapa.

sumber gambar: pinterest.com

"perkenalkan,akulah cahayamu..."





0 comments:

puisi sang puteri: aku cuba memahami mereka...tetapi aku terasa gila sekali...

03:32 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: hdwallpapersearly.com

"tadi ketika aku sibuk mengelamun...datang pula satu ilham...katanya begini...mereka memang dalam kegelapan...jangan pelik...mereka sukakan kegelapan...sifat mereka memang begitu...kau beri sejuta cahaya sekalipun, jika mereka tutup mata dan enggan melihat...mereka tetap juga tidak dapat melihat...lalu aku pun terfikir,adakah mereka sangka kegelapan itu cahaya?adakah mereka salah sangka?adakah?ketika aku keletihan berfikir, aku lalu duduk bersandar melepaskan satu keluhan berat...mengapa aku sering berfikir benda yang mengarut2 seperti ini...aku benar letih, tetapi semenjak kecil perkara2 sebegini sentiasa berputar ligat di dalam mindaku...wahai manusia,berhentilah lakukan perkara2 yang membuatkan aku jadi pemikir gila..."

sejuk ya malam ini...

semoga berbahagialah semua makhluk tuhan malam ini...

menerima nikmat,mahupun dalam musibah...
rahmat tuhan bersama mereka yang mahu membebaskan jiwa mereka sendiri...

mereka yang bebas itu tidak tertakluk pada ruangan pun,
jika kita miliki jiwa yang bebas,
ditakdirkan kita dimana sekalipun,
tetap bebas jualah...

dalaman tersangkut pada jasad,
ditarik lepas ikatannya,
ia mampu terbang sejauh mana ia mampu pun,
dan kembali bercantum bila tiba masanya...

sumber gambar: rebloggy.com

"semenjak kecil, bila aku melihat masyarakat...aku selalu akan mengeluh dan menyebut manusia...seolah wujud satu pemisah antara kami...ketika manusia sibuk berfikir masalah zaman kini, aku pula sibuk berfikir masalah manusia2 dan dimana punca, apa pula jalan penyelesaiannya...segala rentak tari dunia selalu aku rasakan aneh...aku berasa begitu bodoh jika mengikut mereka,dan mereka sebut aku pula ketinggalan zaman kerana tidak mengikut...aku cuba memahami mereka, tetapi aku terasa gila sekali...aku gila atau mereka yang gila?perkara asas mereka mampu permainkan,tidak pelik hidup mereka bertukar seperti ini...untuk pengetahuan, golonganku, mereka amat garang tentang asas..."


2 comments:

puisi sang puteri: untuk seketika aku teringat kata2 seorang sahabat...

00:26 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: tumblr.com

"dalam banyak2 kasta yang diajar untuk aku terokai...aku paling enjoy teroka kasta haiwan...mereka hebat...derianya,kemarahannya,sifat liarnya...benar2 buat aku rasa mereka diantara makhluk tuhan yang terindah...ketika aku belajar memahami mereka,aku takut...mereka juga takut...akhir sekali aku katakan dengan berani, kita kawan,faham?jangan pelik,aku bukan belajar apapun...cuma belajar di dalam diri sendiri saja...rupanya di dalam diri,wujud berbagai haiwan2 popular...mereka bukan lawanku,bukan juga musuhku...tetapi mereka rakyatku..."

untuk seketika aku teringat kata2 seorang sahabat,
sahabat yang entah bagaimana pergi...

tak mengapa,
soal itu ketepi,
yang penting aku mahu ceritakan disini,
tentang kata2nya dahulu...

"mengenali diri lebih sukar dari mengenali tuhan,syaitan atau malaikat sekalipun...sebelum mengenali kasta dewa kenali dahulu kasta terendah iaitu syaitan..."

jika sahabatku itu masih membaca disini,
aku mahu buat satu pengakuan.

aku suka kata2 ini.

tahu mengapa aku petik kata2nya untuk kali ini?

mungkin sudah masanya aku kongsikan bersama kalian pembacaku,
satu persatu kata2nya...

bukan untuk dihina,
bukan juga untuk dipuji,
tetapi untuk difikirkan...

dia tidak meninggalkan aku apa2pun,
melainkan kata2 yang menjadi penyuluh jalanku...

selepas segalanya selesai (mengikut pemikirannya)
maka dia pun pergi...

semoga dia berbahagia seperti bahagia yang aku ada kini...
ya,sama...

cerita masih tetap berjalan seperti yang tertulis...
sejarah tetap berulang seperti yang tertulis juga...

sumber gambar: davidicke.com

"selepas pemergian itu...aku berjalan perlahan dengan perasaan bercampur baur...bergaul dengan kelompok2 apapun yang telah ditakdirkan...dan menjadi pemerhati bebas...mungkin juga aku kecewa...entah..."

0 comments:

puisi tahun baru 2015: sayang...selamat datang...

14:01 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: rebloggy.com

"sayang...selamat datang ke tahun penipuan...semoga kita semua sentiasa selamat dari wayang2 mereka...tak perlu risau, ikut rentakku, aku akan beritahu apa yang ada di hadapan kamu sebelum kamu melangkah...buka hati,buka fikiran...pegang tangan, kita semua akan berjalan bersama2..."

kalau kamu semua tanya annur,
apa azam tahun baru,
dengan mudah annur akan jawab.

rahsia.

kakaka...

tahun ni tahun penipuan...
jadi kita kena berhati2...
walaupun dengan diri sendiri...

hohoho.

sumber gambar: tumblr.com

"sayang,mengikut firasatku yang entah apa2 ni...tahun ini begitu banyak penipuan...jadi hati2."

0 comments: