puisi cinta: benar, ego itu harga dirimu...tetapi....

15:05 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: 1hdwalls.net

"evolusi itu benar mengubah dirimu...tapi tidak sejatimu...ia akan kekal sama..."

Cinta meraikan ketidaksempurnaan,
Cinta membuatkan kau menjadi dirimu sendiri,
Yang unik dan tersendiri dari yang lain,
Cinta yang sejati membuatkan kau merasa seperti kembali kepada kampung halamanmu,
Tempat asalmu,
Cinta tidak pernah memandang rendah dirimu,
Bahkan,
Cinta menganggap kelemahanmu sebagai salah satu keindahan dirimu.

sumber gambar: wide-wallpapers.net

 "benar, ego itu harga dirimu...tetapi tatkala kau terlalu mengagungkannya ternyata harga dirimu semakin menjunam jatuh...cinta bukan berkaitan dengan superior dan senioriti...ia adalah kejujuran hati..."



terima kasih sudi baca selendang kuning :)




2 comments:

puisi sang puteri: begitu lemahnya kita...

21:39 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: hqwallbase.com

"manusia takut untuk berfikir tentang sesuatu di luar rutin hidup mereka...adakala kehadiran kita cuma membuat mereka rasa tergugat...mereka sudah terlalu selesa...tidak mereka mahu tahu apa di luar sana...sekalipun kita cuba mendekati dan menyayangi, mereka tetap menganggap kita musuh...kerana itu disetiap zaman, kita selalu terpinggir dan hidup sesama sendiri...kita terpaksa selamatkan kepercayaan kita dari dunia kebanggaan mereka...sampai bila begini?bersembunyi dan terus tidur demi untuk menjaga kepercayaan...begitu lemahnya kita..."

bayangkan.
satu kebodohan dilakukan oleh seorang.
dan ia menjadi satu ikutan,
lalu seluruh masyarakat mengikut kebodohan tadi.
lama kelamaan ia menjadi satu budaya.
dan ia diiktiraf.
beberapa lama kebodohan itu tetap berlangsung.
tanpa ada yang bangkit menentang,
kerana kebanyakan pahlawan hanya sembunyi di dalam gua,
dan akhirnya bila sampai kezaman lain,
muncul beberapa manusia yang melawan kebodohan itu tadi.
dan tahu apa terjadi?
manusia tadi digelar bodoh.
digelar gila.
digelar sesat.
kerana apa?
dia mengikut fitrah diri yang suci dan menentang kebodohan,
kebodohan yang setelah lama menjadi budaya dianggap satu kepandaian,
kamu nampak?

kamu tahu bagaimana caranya mendapat tempat yang selesa dan tidak berbahaya di zaman ini?
dramatikkan pegangan yang manusia ramai pegang...

ya,dramatikkan.
kalau kau tentang,
kau digelar gila,sesat dan bodoh.

manusia tak suka kau menentang mereka.
mereka suka kau ikut cakap mereka.
dan manusia tak suka kau menggugat kedudukan mereka,
kerana kebenaran pada mereka cuma sesuap nasi..

mengerti?

maka sokonglah manusia,
nescaya kau bahagia...

hentikan tegak kebenaran yang sebenar2 haqq,
kerana seluruh manusia akan datang dan menghukummu.

tuhan?
manusia sudah tak peduli semua itu.
pada mereka itu cuma kata2 pemanis untuk menjaga kepentingan sendiri.

sumber gambar:desktopnexus.com

"manusia sangat benci jika kau adalah penongkah arus...mereka akan anggap kau musuh sebelum mereka selidiki siapa sebenarnya dirimu dan apa pemikiranmu...mereka lebih selesa berada dalam keadaan yang biasa..."



terima kasih sudi baca selendang kuning :)

2 comments:

puisi sang puteri: kan mudah kerjaku?kan mudah?

17:56 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: picphotos.net

"tuhan...mengapa hijab mimpi dan realiti seakan air dan permukaannya?mengapa tidak ikan itu terbang dan burung pula berenang di laut?"

mari kesini,
aku mahu ceritakan...
tadi aku bermimpi...
aku bermimpi menyiram bunga dengan begitu gembira sekali...
selepas habis menyiram,
aku pun terbangun...
ibuku mengejutkan supaya aku menyiram bunga di kebun,
aku terus bingung...
bukankah tadi aku sudah menyiram bunga?
bukankah?

sehingga sekarang aku tak mahu terima hakikat.

kenapa mimpi tak masuk dalam realiti?

kan mudah kerjaku.
kan mudah?
betul ke tidak tuhan?

sumber gambar: abstract-desktopnexus.com

"andainya mimpi akan menjadi suatu realiti...sayang...aku mahumu...putarkan kenangan itu semula..."


0 comments:

selamat malam semua...

23:56 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar:taksilap_annur google.com


kepada semua pembaca setia selendangkuning, dengarkan lagu ilham pujangga ni...dalam maksudnya tu...


0 comments:

puisi santai: jangan terlalu merendahkan asal usulmu...

02:01 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar:pinterest.com

"Adakah berpuisi dan berbahasa melayu itu ketinggalan zaman dan kolot?fikirkan semula...tidak ada dulu, pasti tidak adanya sekarang...jangan terlalu merendahkan asal usulmu..."


pesanan ikhlas dari 


dengan kerjasama


bersatu di bawah panji




0 comments:

puisi sang puteri: GENTAYANGAN...

23:59 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

 

"sayang...aku benar2 tidak suka rasa ini...ketika mati dan hidup bercampur aduk..."

sumber gambar:wallpaperhi.com 

"ketika campur aduk bangkit menjadi kejahatan..."

sumber gambar:abstractdesktopnexus.com

"lalu kejahatan dikambing hitamkan... "

sumber gambar:pixshark.com

"dan akhirnya, perasaan dikambing hitamkan itu menimbulkan senyuman tanpa sempadan..."

sumber gambar: galleryhip.com

"kerana ketahuilah sayangggg...perasaan begini...membuatkan aku marah yang tidak marah,suka yang tidak suka,benci yang tidak benci,neraka yang tidak neraka...dan syurga yang tidak syurga...dan sayang adakah kamu tahu bagaimanakah aku ketika itu?"

GENTAYANGAN


ps: aku sebenarnya tak tahu ya mahu meletakkan lagu apa untuk puisi kali ini...lalu aku mendengar satu persatu lagu di dalam simpananku...aku cuba untuk sesuaikan...tiba2 terkeluar lagu ini...lalu terus terimbau kenangan di sebuah kedai makan...dalam aku sibuk termenung, lagu ini pun berkumandang...entah bagaimana airmata pun menitis,segera aku usap dan semangatpun layu seakan dibawa angin...woahhhh!!! teruknya...kenapa aku boleh berpuisi ketika berbicara santai pulak ni....haha.malunyerrr....


terima kasih sudi baca selendang kuning. :)

2 comments:

puisi naif: tidakkah mereka tahu karma itu sesuatu yang kejam?

23:37 puteri jalanan a.k.a annur 11 Comments

sumber gambar: abstract.desktopnexus.com


"wahai manusia...berebut kedudukan,pangkat dan harta segala, sesuatu yang indah ya?aku mungkin naif dan kebudak2an...tetapi, mengapa semua ego dan tamak belaka?adakah kalian mahu tanah menjadi makanan dan isi langit menghempap kamu?dari sini aku melihat seorang demi seorang bergelak tawa...adakah mereka semua tahu apa yang berada dihadapan sehingga dengan begitu yakin mereka bersukaria?tidakkah mereka tahu karma itu sesuatu yang kejam?"

"aku mendengar tangisannya...dan ia meraung meminta bala diturunkan buat semua...pesanku,berhati2lah jika ia benar dipihak yang dizalimi...kerana doanya sangat makbul...mengikut pendengaranku,laungannya benar2 keras...energi yang dihasilkan seakan nuklear...manusia...lihatlah sehebat mana permainan ciptaanmu...kau akhirnya dikongkong oleh sesuatu yang kau sendiri mulakan...zalim menzalimi seakan menjadi satu makanan ruji buat jiwa...sehingga kau sesat di dalam permainan ini kerana karmamu makin lama semakin panjang dan begitu rumit sekali...alahai manusia...satu cerita tuhan tunjukkan, berapa ramai dikalangan kamu yang kalah...mengapa bercakap tanpa pengetahuan yang benar...mengapa wahai manusia...diam kan lebih baik dari kata2 nista yang entah apa karmamu nanti...manusia2...sikap kalian selalu saja buat golongan kami menangis sedih..."


terduduk dan menangis.

ketika pujian datang,
terduduk dan menangis.

mencari dia untuk bersembunyi.
sambil menjerit dalam hati,
hey manusia kamu semua pergi,

apa kau ingat aku tuhan?

jangan tanya kenapa tiba2 aku nukilkan begini.
kerana jawapannya aku tak tahu.

sumber gambar: deviantart.com

"manusia...mengapa melihatkan kehidupan kalian semua selalu buat aku menangis sedih...adakah aku terlalu naif atau kalian yang sudah terlupa nilai2 seorang insan?"



ps:hahaha...sekali sekala kita layan lagu hindustan ni...taal...jom layannnn....



ps: hehe...ni logo rasmi selendangkuning selepas diubahsuai...:P



terima kasih sudi baca selendangkuning :)

11 comments:

Cermin 22: Itulah sedikit kisah silamnya sebelum berguru dengan Sang Petapa...

12:42 puteri jalanan a.k.a annur 12 Comments

sumber gambar: digital-art-gallery.com

"wahai manusia...adakah tahap pemikiranmu masih berkisar siapa jahat dan siapa baik?siapa syaitan dan siapa pula malaikatnya?adakah kamu masih berfikir singa adalah penjahat pabila dia sedang memakan lembu?atau lembu pula dipihak yang dizalimi bila dia dibaham singa?adakah benar disitu saja tahap pemikiranmu?adakah ilmu tuhan setakat itu sahaja?lalu kau puji dia maha bijaksana?biar betul?pemikiran kau berjalan songsang dari kepercayaanmu...alam sudah berzaman menceritakan tentang yang esa...hanya berapa kerat manusia yang mahu belajar dan berfikir kritis?jika mereka keluar dari kotak pemikiranmu,kau bilang mereka gila?kau biar betul?tidakkah pernah sekalipun kau terfikir,duniamu yang kusut itu berasal darimu jua?kau biar betul?mereka tidak sepemikiran denganmu, lalu kau hukum mereka sesat?kau biar betul...apa sebenarnya yang kau cuba sembunyikan dari dunia?kau saja mahu makan ayam daging,dan kau campakkan ikan masin buat mereka?kau biar betul..."

haha...kepada kawan2 pembaca baru selendangkuning...dan juga pembaca lama yang dah lupa macamana kisah cermin ni,ni ha...betapa rajinnya annur letak satu2 link untuk korang baca balik kalau teringin jela kan...kakaka...ahhh,layan jelaaa....ok korang,selamat membaca!




sambungan dari siri cermin 21>>>>>

“Cahaya, bangun...makanan sudah kusediakan, mari kita makan.” Pujuk Haqq mengejutkanku. Dia kulihat sudah bertukar pakaian, mungkin dia mandi tadi. Wajahnya kelihatan segar sekali.

“Hah? Oh, maaf aku tertidur...panas benar cuaca hari ini...” aku terkial-kial bangun dan membasuh muka di kolam air terjun berdekatan.

“Cantik bunga di rambutmu. Harumnya sampai kesini. Dimana kau petik? Setahuku disini tiada pohon kemboja.” Tanya Haqq ketika kami baru saja habis makan. Pandang mukaku pun tidak. Entah apa-apa perangai, bisikku. Sebenarnya Haqq tahu kisah tadi melalui firasatnya, sengaja dia bertanya padaku. Mahu tahu terperinci apa yang kami bualkan tadi. Dia juga tahu siapa perempuan itu malah dia mengetahui bahawa bunga yang sedang aku pakai itu adalah bunga larangan yang sangat masyhur hikayatnya zaman berzaman. Setiap sesuatu yang terlarang punya harganya, akan tetapi Haqq membiarkan sahaja kerana baginya terlarang itu ibarat kegelapan yang punya cahaya ditengah-tengahnya. Tentu risiko ini sangat sesuai untuk manusia degil seperti wanita kesayangannya. Malah tanpa risiko itu tidak mungkin puteri akan kembali di sisinya semula seperti kini. Ya, setiap sesuatu punya hikmahnya tersendiri.

“Oh, ini ke? Entah, tadi ada seorang perempuan datang dan memberiku. Kenapa kau tanya? Setahuku kau tidak pernah berminat hal-hal remeh seperti ini.” Ujarku spontan sambil bermain air. Adakala aku malas mahu berbual dengan manusia tak berperasaan itu, boleh sakit jiwa jadinya. Apatah lagi di hadapanku kini tergambar satu panorama air terjun yang sangat indah.  

Haqq tiada reaksi sama seperti sangkaanku. Aku tidak pernah jumpa dengan manusia kosong seperti ini. Ah, biarlah malas aku mahu memikirkannya.

Lama kami begitu. Haqq kulihat hanya duduk bertafakur sambil memejamkan mata. Baju persalinan yang diberi Haqq ini benar-benar memudahkan pergerakanku. Sementara Haqq sibuk bermeditasi, aku pula sibuk berlari-lari dan bermain air sambil bergelak tawa. Setelah keletihan, aku duduk bersimpuh disebuah batu bermain air dan bernyanyi. Haqq membuka mata tatkala terdengar suaraku. Wajahnya tenang. Dia tersenyum lalu kenangan lama terimbau diingatannya. Ketika itu puteri masih kecil. Dia pula sudah menjangkau usia remaja. Di waktu itu dia hanyalah seorang anak yatim piatu yang mengembara bebas tanpa tujuan.

Disatu petang yang redup. Taman larangan, Istana Cermin.

“Tuan puteri, tunggu sebentar disini ya? Patik ambilkan bakul di kamar sebentar. Jangan pergi mana-mana ya? Di sini saja tau...” pesan Dayang Delima kepada Puteri Cahaya sambil menggoyangkan jari telunjuk tanda ingatan. Puteri hanya mengangguk dan duduk termenung menongkat dagu di bawah sebatang pohon rimbun. Tiba-tiba seekor rama-rama putih terbang melintas di hadapan matanya. Kerana terlalu teruja puteri terus terlupa janjinya tadi dan dia sibuk mengejar rama-rama itu sehingga ke satu sudut sunyi taman larangan. Tapi malang sekali, rama-rama itu telahpun hilang.

“Delima...oh Delima? mana kamu?” puteri mula kelam-kabut mencari jalan keluar. Kesana kesini akhirnya tiba di tempat yang sama semula. Walaupun sejak dari kecil puteri bermain di sini tetapi susunan taman larangan ini sangat kompleks sehinggakan dia selalu terkeliru. Sememangnya puteri sangat lemah dalam susun atur dan koordinasi. Tanpa diketahui, rupa-rupanya gelagat tuan puteri berada di bawah pandangan Haqq yang sedang duduk tersenyum melihat dari atas pagar taman larangan. Haqq mula berfikir nakal. Dia memetik buah rambutan berdekatan dan membaling perlahan kearah tuan puteri.

“Aduh! Siapakah gerangannya yang membaling buah ini? Siapa???” tuan puteri mula berang dipermainkan sebegitu. Puteri perlahan mengurut belakang bahunya. Sakit benar, rungutnya.

“Aku adalah jin! Hahaha...” usik Haqq dengan suara yang sengaja digaraukan dan dibesarkan ala-ala jin. Dengan perlahan, Haqq terkekek-kekek ketawa sambil menutup mulut takut didengari.

“Hah...jin? wahai jin, di sini kawasan larangan, kamu tidak boleh jejak kesini...beta seru kamu pulanglah...” pujuk puteri tenang sambil berlalu pergi. Puteri masih ingat pesanan ayahandanya bahawa kawal ketenangan hati dan percakapan pabila berhadapan dengan kaum jin dan jangan sekali-kali curahkan api kepada mereka. Haqq pula pelik, puteri tidak takutkah? Terasa tercabar, Haqq mula menjelma menjadi arnab putih yang berlari-lari di sekitar taman larangan untuk mengusiknya. Entah bagaimana tuan puteri sikitpun tidak mempedulikan arnab berupa pelik itu. Seekor arnab yang tidak bertelinga. Ilmu jelmaan  haiwan memang sebegitu, kecacatan pada rupa paras adalah tandanya.

Tuan puteri masih sibuk bermain bunga yang disusun-susun di rumput membentuk corak hati. Adakala puteri ketawa sendiri. Sudah puas arnab itu mencuri pandangannya tapi tetap gagal. Tuan puteri terlalu leka dengan permainan bunganya. Makin lama arnab itu mula bosan dan duduk merenung tuan puteri disebalik rimbunan pohon melur. Begitulah setiap kalinya pabila Haqq merindui puteri. Yang sebenarnya ilmu jelmaan Haqq punya cacat cela. Ia benar menjelma tapi ia juga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Haqq pula tidak tahu tentang ini. Hanya setelah beberapa lama barulah dia mengetahui kecacatan ilmunya itu. Semenjak itu barulah dia berhajat untuk berguru.  Teringatkan ini Haqq hanya tersenyum. Segalanya ini takdir kurniaan tuhan, monolog Haqq di dalam hati.

Itulah sedikit kisah silamnya sebelum berguru dengan Sang Petapa dan seterusnya menjadi Raja Kegelapan Inderaloka.

“Hulk Hogan, kenapa termenung?” tegurku pelik melihat Haqq tersenyum keseorangan seperti orang tak betul pula. Jarang dia begini. Haqq terkejut ditegur begitu tapi seperti biasa dia tetap pandai mengawal reaksinya. Dia tersenyum lembut kepadaku. Matanya bersinar cahaya.

Eh, buang tebiat ke? Bisik hati kecilku. Aku menjeling dan berpaling benci lalu duduk termenung melihat air terjun sana. Cantiknya air terjun ini, bagus juga kalau dapat tinggal disini, bisikku sambil termenung jauh mengadap air terjun itu. Kaki aku juntai dan rendamkan di dalam air. Hatiku senang sekali. Haqq hanya tersenyum menyaksikan tingkahku. Dia kemudian duduk bersandar di bawah pokok. Akhirnya dia terlelap lalu bermimpi.

*****

Hospital.

Dr. Hakimi sudahpun habis kerja. Kini sudah genap tiga hari dia mendapat mimpi itu. Sejak tengahari tadi dia tidak sabar untuk balik dan membuka diari Nur. Sebelum pulang dia sempat melihat perkembangan Nur di bilik hospital. Itulah rutinnya selama sebulan ini.

“Nur, adakah awak Puteri Cahaya yang saya temui dalam mimpi tu?” ujar Dr. Hakimi perlahan di sisi Nur. Dia kemudian mengeluh dan tertunduk sedih. Dia tidak tahu mengapa setiap kali teringatkan mimpinya itu, dia terasa sangat sayup. Wajah puteri di dalam mimpi itu sepertinya menyimpan satu kesedihan yang tidak terluah. Dr. Hakimi mengeluh lagi.

“Nur, awak mesti kuat. Saya akan bantu awak sedaya yang saya mampu. Bertahanlah.” Bisik Dr. Hakimi perlahan di telinga Nur. Suaranya penuh harapan. Selepas itu dia bergegas pulang. Cara dia berjalan seperti sedang berlari anak. Jururawat yang bertugas semuanya berkerut muka melihat perangai pelik Dr. Hakimi. Sejak beberapa hari ini fikirannya begitu kusut memikirkan misteri yang menyelubungi diri Nur. Entah bagaimana kasihnya tertumpah buat Nur sedangkan hatinya sudah lama tertutup buat mana-mana perempuan pun.

“Wei, kenapa Dr. Hakimi tu? Macam laki mati bini je...” ujar salah seorang jururawat disitu. Mereka berborak sesama sendiri.

“Aah kan? Aku rasa dia tu macam tangkap cintan dengan budak koma tu lah...bila aku kira lebih dari tiga kali sehari dia lawat Nur. Selalunya dia tak camni.” Salah seorang dari mereka menambah rasa.

“Tak mungkinlah, tapi kalau Dr. Hakimi jatuh cinta dengan budak tu, aku tak setuju langsung. Dahla budak tu sekolah lagi, ni pun entah hidup entahkan tidak. Takda perkembangan papa pun. Dah nak sebulan kot dia koma. Aku kesian tengok family dia, kadang aku fikirlah kan, ada eloknya Nur tu mati je...aku yang tiap-tiap hari mekap pun Dr. Hakimi buat dek je, dia yang muka pucat tu pulak Dr. Hakimi pandang. Ntah apa-apa...mungkin si Nur tu pakai ilmu kot. Lain macam je aku tengok muka dia. Seram semacam.” ujar Zia yang merupakan salah seorang jururawat tercantik di hospital ini. Dek kerana kecantikannya, kata-katanya agak berpengaruh di kalangan jururawat dan doktor.

“Aah, aku pun seram tengok muka dia. Ada iras-iras hantu! Eee...” Salah seorang jururawat menambah. Yang lain hanya mengangguk setuju. Ada juga yang hanya menjadi tukang gelak.

“Aku ni korang tahu, kalau bertugas waktu malam, tak berani langsung nak masuk bilik dia tau...seriau. Aku rasa perempuan tu ada pasang hantu raya kot!” ujar Zia lagi sengaja merancakkan rutin gosip petang. Itulah makanan mereka sehari-hari. Bercerita tentang manusia lain tanpa henti.

“Isy ko ni Zia, tak elok cakap camtu, kalau Dr. Hakimi dengar habislah jatuh saham kau sebagai nurse champion kat sini. Kau kena hati-hati, doktor kan dah angau dengan budak tu, melepaslah kau nanti, hahaha.” Usik Zaza yang merupakan rakan baik Zia.

Selepas itu mereka semua bergelak tawa sesama sendiri. Mereka sengaja mengusik Zia. Mereka sudah sedia tahu yang Zia adalah kipas susah mati Dr. Hakimi. Zia yang mendengar hanya mencebik benci. Hatinya mula menyimpan hasad terhadap Nur.

“Apa yang gembira sangat ni?” tiba-tiba Dr. Hakimi muncul. Sebenarnya dia tertinggal telefon bimbit di dalam bilik wad Nur. Ketika dia bergegas menuju ke bilik Nur, dia terdengar nama Nur disebut-sebut jururawat disini. Sengaja dia menyinggah.

“Err, takda apa doktor. Si Zia ni ha, dia kata kesian sangat kat Nur. Bilalah agaknya dia nak sembuh ya...” ujar Zaza sengaja memberi kredit kepada rakan baiknya itu. Zia pula pura-pura mengangguk manja. Dia tersenyum manis memandang Dr. Hakimi. Matanya yang sengaja dipasang bulu mata palsu melentik itu terkelip-kelip. Dr. Hakimi yang memang dikenali sebagai doktor tak berperasaan itu terus meluru ke bilik Nur tanpa sebarang reaksi. Zia menjeling melihat tingkah doktor pujaannya itu.


‘Nur, aku doa kau cepat mati!’  bisik Zia di dalam hati. Wajahnya masam mencuka. Tanpa disedari, dia mula menyimpan dendam. Sememangnya sejak Nur didaftarkan sebagai pesakit disini, dia tidak berapa suka melihat wajah Nur. Seolah dia dan Nur punya dendam lama.

******

Di rumahnya. Di kamar Dr. Hakimi.

Setelah selesai menunaikan solat Isyak, Hakimi berdoa supaya Nur cepat sembuh dan semangatnya kembali semula ke alam realiti. Dia juga memohon diberi petunjuk tentang misteri diri Nur. Dia sangat yakin, mimpinya itu bukan sebarang dan punya maksud yang tersirat. Setelah itu dia melipat sejadah kemudian duduk bersandar di dinding katilnya. Dia kemudian menarik nafas panjang dan menyeluk tangan ke bawah bantalnya. Buku bergaya klasik berwarna coklat tertulis Nur di hadapannya dibelek-belek. Dengan lafaz bismillah dia membuka perlahan buku itu. Mukasurat pertama.

bersambung...

sumber gambar: satansbarbiexoxo.tumblr.com

"cahaya mengajar kau melihat...sedang kegelapan mengajar kau merasai...pahala mengajar kau melihat dimana langit,dimana bumi....sedang dosa mengajar kau apa itu langit,apa itu bumi...ditahap manapun kau berada,belajarlah...kerana cahaya dan kegelapan punya ilmu yang bukan calang2...mereka malaikat,mereka jugalah iblisnya dalam masa yang sama jika kau benar mahu mengerti..."





ps: lagu ini seakan memaksa aku untuk memasangnya disini...mungkin dia selesa diletakkan disini...entah...layan jelaaa...



ps: amacam?ok tak logo ni?heeee...tq didi untuk hadiah best ni...akak love u...hahaha...:I


annur dah join...korang bile lagiiii....haha



kalau korang nampak satu watak nama sk_annur...dan berwajah chibi cute yang sedih sangat ni...annur lah tuuu...hahaha...jumpa korang kat sana ek!wuhuuu~~


ps: terima kasih sudi baca selendangkuning!:D

12 comments:

puisi malam: sayang...siapakah dirimu?

01:41 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: 123rf.com

"sayang...siapakah dirimu?mengapa kau mencari selain dirimu?begitu burukkah nikmat diri yang aku berikan itu sehingga kau memuja selain darinya?"

nikmat...
nikmat apakah yang paling agung?

rumah besar?
kereta besar?
atau keluarga besar?
haha...

salah.

nikmat yang terbesar adalah bila kau sangat2 perlukan,
kau berusaha untuk dapatkan,
dan tuhan beri,
lalu kau hargai dengan hati yang sujud.

ialah nikmat yang teragung.

roti yang kau makan ketika perutmu kenyang,
atau ketika kau terasa malasnya nak makan,
itu nikmat juga,
tapi belum cukup agung.

kau faham?

sumber gambar:google.com

"teragung itu bermakna kau takkan mudah mendapatkannya semudah memakan kacang ditepi jalan...nikmat teragung ini bukan kaya atau miskin mainannya...ia adalah diri kau sendiri....sejauh mana kau tunduk kepada yang memberi..."

"mereka yang kaya juga boleh dapatkan nikmat teragung ini jika mereka sedar diri...jika tidak,makanlah nasi sebesar gunung, kereta sebesar bumi,rumah sebesar istana sulaiman pun, mereka seakan tidak pernah puas...begitulah kiranya permainan nikmat ini...tuhan itu maha kaya,kau tunjuk kekayaan kau dihadapannya dengan megah pun, kau cuma layak mendapat ludah..."




2 comments:

puisi malam: tatkala kau terlalu yakin dan memandang remeh musuhmu,kau akan jatuh...

02:00 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar:profiledps.com

"sayang...kau boleh terpedaya untuk memperdaya...benar,ia satu cara permainan yang licik dan penuh gaya...tetapi ingat,jangan sampai peluru memakan tuannya...tatkala kau terlalu yakin dan memandang remeh musuhmu,kau akan jatuh...hati2 sayang..."

adakah hidup akan berputar mengikut apa yang kau sedang fikirkan?
adakah kau yakin?

hidupmu adalah natijah dari kepercayaanmu...

bumi memang sama.
tetapi dunia kita tak sama.

kerana duniamu adalah apa yang kamu fikirkan.

ternyata,bukan salah ibu mengandung.
bukan salah burung berkicau,
bukan salah bumi dipijak.

ia adalah kamu.

perlahan2,perhati dimana kesilapanmu dan perbaiki.

mereka mungkin salah,
tetapi tak membantu apapun jika kau selalu menudingkan jari,
jangan lakukan sesuatu yang sia2.
kau hanya membuang masa dan kudratmu.
malah menukarkan duniamu lebih sempit dari yang sebelumnya.

dimanakah dunia yang sebenar?
ia ada dihatimu...

jadi bagaimana dengan dunia yang kita lihat sekarang?
ia adalah mimpi yang kita dipaksa percaya ianya realiti.

siapa yang memaksa?
dalang sebenar,dirimu sendiri.

sumber gambar:imgkid.com

"selagi kau lihat luaran sebagai pesalah...kau cuma memperdaya dirimu sendiri...kerana syaitan yang berjaya menghasut itu bertindak atas keizinan dirimu jua...jadikan malaikat sebagai penasihatmu...dan syaitan sebagai penyeimbang positifnya...kerana kau perlu tahu tentang satu perkara alami,ular yang disangka pada mulanya dilepas untuk membantu membaham tikus,entah bagaimana satu hari nanti mematuk dirimu pula..."



0 comments:

puisi lelaki: monyetpun tahu perkara mudah ini...hahaha...

12:46 puteri jalanan a.k.a annur 10 Comments

sumber gambar: favim.com

"seorang lelaki sejati, mereka yakin pada diri mereka sendiri...bijak menerka dalam kegelapan kata2...tahu bertindak bila tiba masanya...hidup terlalu sebentar untuk kau sia2kan masa yang ada..."
kiasan...
teringat kata2 abang annur,
bahasa kiasan ni bahayanya ia boleh menyebabkan salah faham.

benar juga ya.
cinta tanpa kiasan apalah indahnya,
cinta dengan kiasan adakala meresahkan jiwa...

annur?
tentang cinta?
nak tahu?

hmm.
kalau benar dia sejati,
sehebat mana pun annur berkias,
dia pasti mengerti!

hahaha...

sumber gambar: pixshark.com

"aku hanya mampu merayu,oh sayang...kenali aku!"

sumber gambar: favim.com

" lelaki...mengapa kau terlalu bodoh untuk mengetahui bahawa perempuan hanya perlukan keyakinan bahawa kau benar2 menyayanginya dan mampu menjaga dirinya...apakah jenis lelaki sejati yang kau selalu bangga2kan itu...benar2 kau memalukan kaummu sendiri...hebat kononnya...mungkin kau hanya berilusi bila menyangka bahawa kau itu dewa...monyetpun tahu perkara mudah ini...hahaha..."

sumber gambar: pixgood.com

"kau mahu jadi seperti ini ke?kakaka..."




ps: entah kenapa,lagu ni terngiang2 hari ni...sayup je...teringat kisah di hud2...


10 comments: