puisi sang puteri: mengetahui bahawa diri adalah anugerah terindah...buat aku terfikir...

23:18 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: dreamstime.com

"mengetahui bahawa diri adalah anugerah terindah...buat aku terfikir...mungkin segalanya ada disini?aku buta atau mereka yang buta?aku gila atau mereka yang gila?memandang sesuatu yang rupanya diri sendiri...beza pada hakikat...sama dalam makna...rupanya disana, segalanya cuma pengkodan..."

hanyut di dalam diri sendiri,
itulah yang sedang aku rasakan...
semenjak hari itu...

sumber gambar: pixshark.com

"hanyut di dalam perasaan sendiri...menangisi diri sendiri...mengkagumi diri sendiri...membenci diri sendiri...menghina diri sendiri...menyayangi diri sendiri...semua perasaan bergaul menjadi satu...dan aku, rindukan yang satu itu...kembalikan..."



0 comments:

puisi pening: peraturan pertama mengenalinya adalah...

23:05 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar:pinterest.com

"bagaimana seorang pengkaji mampu melihat keindahan pada bahan kajiannya sendiri disaat semua manusia memperlekehkan kerjanya?adakah kerana dia tahu rahsia penciptaan bahan kajian itu?atau ia terpesona dengan ilusinya?fikirkan...kerana adakala cinta bukan hanya berkisar soal itu...ia jauh melangkaui sesuatu...peraturan pertama mengenalinya adalah...TIADA PERATURAN..."

malam...
adakala terasa diri bodoh bercerita begini,
mahu meluahkan tapi rupanya tidak seperti itu yang terjadi,
guna kiasan untuk menyampaikan berita hati,
benarkah?
hehe...

kenapa malam selalu membawa bingung buat diri...
seakan kita makhluk pari2...

sumber gambar:hdwallpapers.cat

"jika rupa itu tiada...bagaimana caranya dirimu mengenal dia?pernah terfikir persoalan ini?sejauh mana kamu benar2 mengenalinya pabila rupa itu tiada?dan apakah maksud rupa?wajah?ketahui satu persatu maknanya, uji dirimu jika perlu...kerana kepalsuan adakala tidak sepenuhnya di luar sana...kebanyakannya ia datang dari dirimu sendiri...."

2 comments:

puisi sang puteri: bibir kata pergi, hati kata mari...

23:27 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest.com

"manusia...ego sekali untuk mengakui silap sendiri...asyik berkata salah syaitan dan iblis sedangkan diri kononnya tetap suci...jika begitu, siapakah yang lebih ego, manusia atau mereka sendiri....adakah selama ini tersilap kita dalam menilai diri dan hati yang ini?"

bila waktu terhenti,
dia yang memenuhi fikiran...

cuba menafikan ingatan,
tetapi semua seolah palsu belaka...

lalu cuba berdamai dengan hati sendiri,
lalu berbisik...rasanya dia tidak tahu...

tidak tahu bahawa kita yang ego masih juga mengingati...

bibir kata pergi,
hati kata mari...

yang tinggal cuma hati yang masih lagi meragui tentang realiti,mimpi dan ilusi...

sumber gambar: sweetlilmzmia.com

"adakala keegoan cuma bertujuan untuk pertahankan diri...itu saja...tapi nampaknya, ia sering disalah erti sebagai sombong dan tinggi diri...bila melihat tanpa merasai begitulah yang seringkali terjadi...hinaan yang menyebelahi diri seakan suci...alami sendiri jika benar jujur pada diri...tidak perlu takut jika diri benar sejati...diuji berkali-kali tetapi teguh jati diri....itulah hidup insan berbudi...bukan menuding sesuka hati...kepada diri akhirnya tempat bersembunyi...dari hati dan perasaan sendiri...yang seringkali dipandang sepi...sehingga terfikir ke tahap ini...diri dan hati, yang mana lebih abadi?"



0 comments:

puisi pelik: kenapa?

22:35 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar:google.com

"jika kita mahu meluahkan tentang sesuatu yang positif...mengapa mesti yang terkeluar itu negatif?kenapa?"

kenapa ya kadang kita gagal kawal diri sendiri...
kita rasa kita hebat,
tapi rupanya gagal juga...

jika boleh mahu keluarkan yang positif penyedap jiwa,
tetapi tetap juga singa yang muncul pertama...

mengapa singa itu?
garang benar dia...

sumber gambar:photoshoptutorials.ws

"jika duduk di hati sudah tidak aman lagi...kemana layaknya diri ini pergi...tidak hidup....tidak pula mati..."



2 comments:

puisi sang puteri: sayang...adakala perkara yang ditunjukkan dihadapanmu itu bukan yang sebenarnya...

18:56 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar:flickrrhivemind.net

"sayang...adakala perkara yang ditunjukkan dihadapanmu itu bukan yang sebenarnya...ia adalah satu ujian buat dirimu...teruskan jika kau yakin...berundur jika kau takut...berjalan hati2 jika kau yakin dan takut...risiko bukan sesuatu yang dapat dihapuskan...tetapi ia dapat dikawal..."

tenaga...
adakala ia bukan bercerita tentang apa yang kau sedang perkatakan,
siapa yang sedang mengatakan,
tetapi ia berkait rapat dengan tenaga.

ya,tenaga.

sumber gambar: wallpaperswa.com

"jika dibiarkan dia terus lena...duniamu akan semakin gelap dari hari ke sehari...hanya tenaga yang benar mampu membangkitkan dia dari tidur yang lama..."

0 comments:

puisi santai: sabar bukan bermaksud kau kalah...tetapi kau menang kerana...

08:48 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: hdwallpapers.cat

"mereka yang bersabar selalu mendapat sesuatu yang terbaik...sabar bukan bermaksud kau kalah...tetapi kau menang kerana tidak termasuk di dalam permainan murahan itu...permainan sebegitu bukan darjatmu..."

manusia lain adalah pelakon kisahmu...
dan kau watak utamanya...
maka lakonkan dengan sempurna,
mereka terkadang akan menggugat dirimu,
membuatkan kau merasa rendah diri,
takut...
getar...
tetapi ingat.
di dalam diri setiap manusia sememangnya wujud ketakutan,
mereka yang menakutkan kau juga sebenarnya sedang takut.
tahu mereka takutkan apa?
takut jika kau kembali ke kesedaran diri dan melawan.
ya,mereka takut jika kau melawan.
inilah ceritera jauh disudut hati mereka...
kerana kita semua satu tetapi banyak...

ajari manusia lain tentang dirimu,
tentang prinsipmu,

supaya mereka tahu kau adalah manusia mahal.
dan bukannya murahan untuk dipermain2kan...

maka melawan atau tidak?
paling bijak adalah selidiki dahulu situasinya...

jangan merendahkan darjatmu jika ianya tidak perlu dan sia2.

sumber gambar: imgbuddy.com

"jangan nyalakan api jika tiada situasi...itu bukan caramu...kau tidak serendah itu...ketenanganmu sukar digugat kerana amukanmu terlalu bisa untuk dikeluarkan...simpanlah semuanya dan tersenyum...karma sedang berjalan mengikut alaminya..."


terima kasih sudi baca selendang kuning! :D

4 comments: