puisi sang puteri: ketahuilah bahawa seorang pemimpin yang haqq...sangat...

20:37 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: google.com

"hatinya sangat keras dan membeku...tetapi ditengah2nya bertakhta seorang dewi..."

seseorang yang hebat sangat malu menjatuhkan airmuka manusia lain...kerana pada mereka maruah manusia lain adalah maruahnya juga yang perlu dijaga...maka,adakala mereka kerapkali mengelak dari perbalahan kerana enggan menjatuhkan airmuka pihak lawan dihadapan manusia lain...tetapi jika terpaksa, pergaduhan yang wujud adalah sangat beradab...kerana mereka adalah golongan2 kehormat...
dimana saja mereka berada, budi bahasa dan adab kesopanan adalah sesuatu yang diangkat tinggi...
ohhh sangat2 tinggi...


sumber gambar:google.com

"mereka yang bersalah, apa hukumannya?sebelum menghukum, definisikan dahulu apakah itu yang dimaksudkan dengan kesalahan?adakah menjadi satu kesalahan apabila mereka bertentangan dengan pemikiran dan pandangan hidupmu?ketahuilah bahawa seorang pemimpin yang haqq, sangat tinggi daya fikirnya...luas pemikirannya...lapang hatinya..."

0 comments:

puisi sang puteri: jika kau membenci, pastikan kau...

22:08 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: google.com

"membenci syaitan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik...jalan penyelesaian yang lebih bergaya adalah kau jadikan dirimu lebih berkualiti dari mereka dalam semua segi...kerana disitu letaknya elegan dirimu..."

kadang terus kepada arah tujuan lebih diperlukan daripada yang lain-lain...
maka,fokus dengan setiap apa yang sedang kau usahakan...

jika kau membenci syaitan,
kau perlu tahu satu perkara,
pastikan usahamu lebih hebat berbanding mereka,
kerana mereka adalah sejenis kaum yang...
sangat pantang menyerah dan berputus asa...

ingat,
jika kau tulus membenci,
pastikan kau lebih hero,
kerana disitu letaknya maruah dirimu sebagai makhluk terhebat,
JIKA KAU BENAR DALAM PENGAKUAN ITU.

sumber gambar: google.com

"manusia selalu membenci syaitan...tetapi mereka jarang sekali mengambil yang positif darinya...pernahkah kau ambil tahu tentang satu perkara bahawa dengan berbekalkan sifat cekal dan pantang berputus asa, kau mampu menguasai dunia?"

MEREKA YANG BIJAK ADALAH MEREKA YANG DAPAT MENGAMBIL KEBAIKAN DI DALAM SETIAP PERKARA YANG ADA DI DEPAN MATA...BUKAN HANYA MENGOMEL DAN TERUS MENGOMEL TANPA MEWUJUDKAN PENYELESAIAN YANG IDEAL...




"This is the start of how it all ends
They used to shout my name, now they whisper it" 

0 comments:

puisi sang puteri: kenapa dia?

20:24 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: wall321.com

"ketika pahlawan lain sedang sibuk membanggakan dan menonjolkan ilmu mereka masing2...perempuan itu tetap tenang menanti segalanya...entah mengapa terlalu ramai yang cuba menjatuhkan dirinya...perempuan itu?hanya tersenyum manis..."

disatu petang,
seorang perempuan sedang termenung...

alam mula pelik,
kenapa dia?

adakala dia tersenyum adakala dia menangis...
kenapa dia?

sumber gambar: wallpaperhi.com

"disaat semua manusia berkumpul sesama mereka hidup gembira dan bersosial...perempuan itu tenang menguji magisnya sendiri...tiada siapa tahu apa yang sedang difikirkannya...kesedihan adalah kekuatan dirinya..."


4 comments:

puisi sang puteri: kebahagiaan itu ada di dalam segala-galanya...

20:58 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: background-kid.com

"hidup sememangnya sudah ditulis indah dan buruknya....maka tersenyumlah dengan semua permainan ini! tersenyum di saat manapun kau berada adalah petanda kau itu manusia berdarjat tinggi...dirimu tidak mudah dipatahkan hanya dengan mainan takdir...kerana kau adalah pemenang di dalam permainanmu sendiri...kan sudah aku katakan dirimu yang tertinggi adalah dalang segalanya?"

senyumlah.
senyumlah.
senyumlah.

disaat manapun kau berada,
bersedih bagaimanapun dirimu,
senyumlah!

itulah petanda kau manusia hebat!

sumber gambar: google.com

"kebahagiaan itu ada di dalam segala-galanya...jika benar kau hebat meneliti...alam ini sudah lama menyanyi dan menari mengikut rentak mereka...kita sahaja yang selalu mengabaikan keindahan mereka..."

0 comments:

puisi sang puteri: kau tahu apa kehebatan siput?

20:55 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: dreamstime.com

"terlalu banyak persoalan di dalam hidup ini...adakah kau memilih untuk bermain-main atau menyelesaikannya?jangan gelojoh...satu persatu..."

gelojoh tidak membawa kamu kemana-mana,
sedang kau cuma berputar ibarat kucing mengejar ekornya...

kau tahu apa kehebatan siput?
walaupun jalannya lambat...tetapi dia tak pernah berhenti bergerak...

dan mereka yang suka berkebun,
cukup tahu apakah kehebatan sebuah makhluk lembap itu...

jalannya perlahan tetapi semangatnya berterusan...

sumber gambar: favim.com

"adakala yang tidur itu belum benar tidur...dan yang berjaga tidak semestinya benar berjaga...mungkin juga yang tidur sedang berfikir dan yang berjaga enak pula berkhayal..."

0 comments:

puisi sang puteri: dah kenapa?

23:30 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: google.com

"kenapa soalan kenapa selalu keluar dari perasaan kita?kenapa?"

mampu jawab soalan begini?

kalau boleh kenapa?

kalau tak boleh kenapa?

kenapa manusia suka tanya kenapa?

kenapa?

sumber gambar: google.com

"janganlah asyik tanya kenapa...letih yang atas tu nak menjawab...hahahahaaaa...."

6 comments:

puisi sang puteri: pernah kau terfikir tentang perkara ini?

21:07 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: autumnseyes.com

"setelah kau mencapai apa yang kau mahukan di dalam hidup ini...apa lagi yang kau kejarkan?menikmati hari tua dengan penuh kesalan?atau berbahagia setelah kau menghabiskan zaman mudamu dengan berhempas pulas?pernah kau terfikir tentang perkara ini?atau hanya aku yang terfikir ketika usiaku hanya 20 an?"

hari ini terasa mahu berpuisi,
tetapi temanya masih keliru.

perasaan juga bercampur baur,
maka tenaganya kusam...

hmm.

letihnya...
inilah puisiku malam ini.

maaf.

sumber gambar: bestcoverpix.com

"tatkala dirimu letih membantu yang lain...adakala pasti kau akan terduduk dan memikirkan tentang diri sendiri...apakah yang telah kau perjudikan di dalam hidup ini demi sebuah pengertian?adakah semuanya berbaloi?kau nyata tertinggal dalam segalanya...hidupmu hanya untuk membahagiakan yang lain...adakah kau puas?"

0 comments: