puisi cinta: yang mana satu dirimu?

22:19 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: thediamondlady.net

"sayang...bukan aku tidak mahu berusaha membuatkan dirimu mencintaiku...kerana aku sentiasa percaya bahawa alami itulah yang terbaik...bila sampai masanya, dirimu akan hanyut di kampung halaman ini...disini, aku menunggumu dikeabadian..."

sayang...
sudah lama rasanya aku tidak berbicara tentang cinta...
penat juga pengembaraan hidupku...
mencari yang serupa denganmu...
belajar memahami dirimu melalui bayang2 manusia lain...
namamu,
renunganmu,
haha,
sungguh pelik kerana aku masih ingat bagaimana rupanya...
tetapi sayang...
terlalu kerap aku terkeliru,
yang mana satu dirimu?
dia,dia ataukah dia?
ohhh sayang...
adakala aku seperti gila memikirkan siapa dirimu...

adakah aku begitu bodoh tidak mampu mengenali yang mana satu dirimu?
atau sebenarnya belumlah lagi tiba masanya...

jawablah...
kerana disini aku benar2 buntu...

sumber gambar: google.com

"sayang...adakah kau mengetahui bahawa aku disini sedang lena menyeru semangatmu?"



6 comments:

puisi malam: aku juga baru saja bermula, entah bila tamatnya aku juga tidak tahu...

20:43 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar:google.com

"adakah kau sudah habis mendalami diri sendiri?percayalah, kembara yang paling panjang bermula disini...aku juga baru saja bermula, entah bila tamatnya aku juga tidak tahu..."

salahkan mereka,
ohh salahkan dia...
salahkan siapa lagi?
pilihan ditanganmu...
kau tahu satu perkara?
di dalam hidup ini, pada setiap bala  ujian yang menimpa,
kau diberikan kebebasan untuk menyalahkan sesiapa...
percaya?
sehinggakan tuhan pun andai kamu mahu salahkan,
ahhh siapa mahu halang?
tetapi manusia,
ingatlah satu perkara,
menyalahkan diri sendiri mungkin sesuatu yang lebih baik,
paling kurang pun demi pembangunan dirimu sendiri....
andai kau salahkan mereka untuk apa?
apakah yang kau dapat demi kebaikanmu dimasa depan?
hampir tiada!
maka,perkara buruk apa jua yang berlaku kepada dirimu sendiri,
salahkan dirimu terlebih dahulu,
atau jika kau rasa mahukan kebebasan dalam berfikiran,
salahkanlah sesiapapun...
tetapi dengar kataku, akhir sekali kembalikan kepada diri sendiri,
muhasabah.
jika kau pembaca setia selendangkuning,
dengar kataku,
muhasabah diri sendiri.
aku tidak mahu kamu menjadi penjenayah jiwa yang suka memaki hamun,
jadilah seseorang yang suka memikirkan kualiti diri sendiri sebelum menilai orang lain,
jujur pada dirimu,
dan sentiasa berfikir bagaimana mahu perbaiki kesilapan diri sendiri sebelum perbaiki kesilapan manusia lain...
barulah aku sebagai pemilik selendangkuning ini berbangga,
kerana mempunyai pembaca yang hebat belaka...
memandang diri sendiri dahulu sebelum memandang manusia lain,

kita tidak perlu ramai pun,
kerana disini aku mendidik pemimpin,
dan bukannya pengikut2 biasa...
aku mahu kamu memimpin dirimu sendiri,
dan seterusnya memimpin yang lain,
bukan atas tujuan apapun,
melainkan untuk pembangunan umat manusia,
dan juga kedamaian hati sesama kita...

sumber gambar:mymodernmet.com

"jika kau sudah tidak percaya sesiapapun kerana kononnya semua manusia bahana buatmu...percayalah kepada diri sendiri...kerana ia akan menuntun jalanmu kembali kepada yang tuhan yang maha kuasa...jangan takut, aku juga pernah marahkan manusia, tuhan atau sesiapa saja sehingga jiwaku lega...akhir sekali aku disini...percaya bahawa setiap apa yang sedang aku lakukan, ada pemerhatinya...percaya bahawa aku tidak pernah keseorangan dalam hadapi hidup ini...tuhan itu sentiasa ada untuk mendidik diriku dan menuntun setiap jalanku..."


0 comments:

puisi gila ke?: maafkan aku kerana hadir semula...kerana adakala aku rindukan semua kebodohan ini...haha

21:46 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: www.yoyowall.com

"terkadang aku berfikir dunia ini terlalu kelakar untuk ditangisi...ramai betul pelakon di luar sana...aku pun rasa mahu berlakon...jika aku boleh ketawa mengapa aku perlu menangis?ahhh...layannnn...watak apa pula ya kali ini???hahaha...negaraku Malaysia, dari pemimpin atasan sehingga kerakyat bawahan semua sedang berlawak ke ni?boleh aku ikut sekali?ohhhh...selamat hari merdeka!!!hahahahaaaa...bagaimana aku boleh terlupa tahun ini tahun penipuannnn...cehhh...haha...maafkan aku kerana hadir semula...kerana adakala aku rindukan semua kebodohan ini...haha"

bercakap dengan merasakan kita keseorangan...bersendirian...itu indah...
pabila melihat langit dan memandang bulan tersenyum...
melihat burung berterbangan dan merasakan kemeriahannya...
melihat bunga berkembangan dan penuh warna warni...
melihat daun yang kelayuan...
melihat kucing berlari-lari keriangan...
melihat matahari bersinar terang...
melihat manusia sibuk di jalanan mencari rezeki...

ya...
perasaan ini menenangkan...
sehinggakan andainya datang seseorang yang menyakitimu kau cuma akan tersenyum kelakar...
di dunia yang indah ini manusia...tidak habis lagi dengan kemarahan...
tetapi bila kembali berpijak pada diri sendiri...aku merasakan bahawa itu lumrah...
kerana dunia yang dipenuhi manusia2 yang baik ternyata membosankan...
aku pernah rasai dan aku rasakan janggal serta sangat mengantuk...

ohhh...
dunia dan lumrahnya...
dunia dan kemarahannya...
dunia dan kebodohannya...

memang indah...
ternyata, aku rindukan semua kebodohan ini...
tanpa aku sangka ini semua hiburan bagi jiwa yang lara...
ketahuilah...si bodoh tidak sukakan si pandai...
mereka sukakan si bangang untuk dibuat kawan...supaya mereka rasa mereka pandai...
jadi aku telah berbuat keputusan untuk menjadi bangang supaya aku dapat berkawan dengan mereka semua...
pasti doktor sakit jiwa pun sakit jiwa membaca semua penulisanku disini...
kakakaka...

mari kemari semua doktor pakar sakit jiwa...
aku seru malah dari seluruh pelusuk dunia...
kumpulkan kawan2 sejawatmu semua...
baca semua penulisanku disini...
kaji sehingga kamu semua muntah...
malah jangan malu untuk spesifikasikan kesemua penyakitnya sehingga kau lelah...
definasikanlahhh kesemua pemikiran kami disini jika benar kamu semua manusia bijaksana...hehe

semoga berjaya!haha.

sumber gambar: 123rf.com

"ketika manusia lain sedang cuba menyekat dirimu kedalam pemikiran mereka...kau cuma perlu tenang...jika pintu dirimu cukup kemas, mereka hanya membuang masa...jika kau tidak tahu melawan, kau perlu tahu cara2 mempertahankan diri...tetapi jangan terlalu keras, kerana adakala mereka hadir untuk membantumu...kau akan rugi jika terus biarkan pintu itu tertutup...berhati2 di dalam keterbukaan..."



ps: lagu pembukaan selendangkuning buat kali ini...heheh...yellow flicker beat, lorde...phewitttt....kawan2 annur semuaaa...jom layannnn....

dan lagu sampingannya...kakakaaa...

2 comments:

puisi semula: jika benar aku sudah mati...siapa pula yang sedang menulis ini?

21:16 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: www.google.com

"adakah aku sudah mati?jika benar aku sudah mati...siapa pula yang sedang menulis ini?"

alam keabadian?
ada idea nanti aku menulis...hmmm...

sumber gambar: google.com

"adakah mereka fikir aku sudah mati?apa ya rasanya hidup kembali?hmmm...gelap pula disini...lena juga tidur aku kali ini ya...haha"


3 comments: