puisi sang puteri: adakah kamu pernah mengalami perasaan sebegini?

12:00 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: google.com

"tidakkah kita tahu, disetiap episod kehidupan ini, kita sentiasa dirakam dalam setiap gerak geri?bukan manusia saja yang memerhati, bahkan ramai lagi makhluk tuhan...kucing salah satunya...ops...meowwww..."

"agak2 video lakonan kamu itu dipertontonkan kepada siapa?kenyataan yang paling sadis, selalunya penonton kehormat adalah diri kamu sendiri juga...diputarkan berulang2 kali sehingga kamu mengerti apakah pandangan penonton terhadap amalmu itu...adakah kamu tahu matematiknya?selalunya perasaan kamu melihat tayangan itu tidak pernah lari dari perasaan mereka dahulu...itu kuncinya."

"adakah kamu tahu kenyataan yang lebih menyedihkan?dunia kamu sekarang adalah putaran lakonan kamu juga...cuma ianya cermin...isk isk isk..."

adakah kamu pernah mengalami perasaan sebegini?
apa yang kamu lakukan tidak seperti apa yang kamu rancangkan?
malah bertentangan pula!
apa reaksiku bila terjadi sebegini?

aku hanya ketawa dan mengenyit mata kepada matahari.

kebodohan adakala menggembirakan.
maka raikannya!
hahaha.

ahhh,jangan terlalu serius.
dunia selalu kalah kepada mereka yang positif.

sumber gambar: google.com

"jika tidak boleh menggunakan jalan itu,maka gunakan jalan lain...adakah ia sesuatu yang terlalu payah?tidak wujud kesusahan kepada mereka yang benar berkehendak...yang wujud cuma rintangan yang mencabar untuk dijalani...dijalan manapun dirimu berada, itu cumalah cerita...dan nikmatilah kerana setiap kejadian itu datang dengan pakej baik dan buruk..."




bila bertembung...ketiga2 mereka rupanya tidak berlawan...aik pelik yeee....kiki.sebenarnya apa tujuan mereka?hohoho...

2 comments:

bicara santai annur: Manusia, memerli itu sikap yang tidak sesuai untuk mereka yang mahukan...

15:18 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: google.com

" aku suka membaca...ini sikapku semenjak dahulu...adakala mereka yang malas membaca ini suka mengejekku dan mengatakan bahawa aku ini ulat buku...setelah mereka beredar, aku pula terfikir, ehhh adakah membaca suatu perkara yang perlu diejek?ohhh manusia di dunia ini pelik...patutlah mereka masih begitu..."

ok kawan2 annur sekalian,hari ni annur nak menulis bebas tanpa perlu terikat dengan konsep selendangkuning ni iaitu puisi. ohhh bosan ya bila terikat. Jujur aku seorang yang sangat sukakan kebebasan. Tetapi bagiku kebebasan itu sangat unik jika ianya dalam keterikatan. Faham?ok tak perlu faham sangat pun, kerana kali ni annur menulis santai. Hoho. Adakala aku duduk berfikir, sudah berapa lama aku hidup atas dunia ini? Apa yang telah aku lakukan diatas dunia ini ya? Adakah aku gembira menulis bebas sebegini?Ya, aku gembira (cepat betul menjawab yeee...hehe). Tolong jangan menjadi ibuku yang adakala letih membebel kerana aku sangat suka mengarut. Haha. Ibuku mengejek mengatakan bahawa aku seorang yang mengarut. Aku mencebik dan menjawab sambil berbisik, "mengarut itu unik tahu?ibu sepatutnya bersyukur kerana melahirkan anak yang unik sepertiku...". Aku suka menulis apa saja topik yang aku terfikir. dahulu, aku menulis seorang2...dan aku membaca keseorangan. Bukankah menulis sendiri dan membaca penulisan sendiri adalah sesuatu yang pelik?Jadi aku rasa aku telah berubah sedikit, kerana apabila aku menulis dan ada segelintir makhluk dalam dunia ni membaca penulisanku, kiranya aku bukanlah alien seperti kata2 ibuku. hehe. Ibu, aku ini manusia tahu tak???

Tempohari aku membaca novel. Seronok! berapa ramai makhluk dalam dunia ni yang begitu cemburu melihat aku membaca novel sambil tergelak2, bergolek2 dan juga menangis teresak2? ohhh, bahagianya aku bila aku membaca heroin cerita itu berperangai sepertiku, malah lebih teruk! tetapi dia berjaya! tahu?huh.

jadi, jangan perlekehkan manusia sepertiku, yang suka berangan, bermimpi dan juga berimpian...kerana disebalik kelemahan itu, aku juga punya kelebihan yang lain yang aku suka sembunyikan, percaya?ahhh, buat apa kamu semua mahu percaya dengan setiap temberangku disini...membuang masa...betulke?

kadang juga aku terfikir, ehhh...adakah selendangkuning ada membawa manfaat kepada dunia?ahhhh, tak perlu dunia dahulu, paling kurang masyarakat sekitarku? Jujur aku beritahu, bahawa selendangkuninglah yang memberi aku keyakinan untuk terus berjalan diatas dunia penuh cabaran ini. ya, tak percaya pergi tanya tuhan. Tuhan Maha Mengetahui. kiki.

ahhh, entah kenapa letih pula aku menulis sebegini...sampai senget benget cermin mataku ini. buruk rupa.

oklah kawan2 sekalian, sampai sini sahaja penulisan santai annur untuk kali ini. Harap korang semua enjoyyy...:)

kepada pembaca2 selendangkuning, untuk kali ni annur nak ucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi menjadi pembaca setia annur ek...Semoga hidup kalian semua terus sukses dan sukses annur doakan...amin..

sumber gambar: google.com

"Diantara kegilaan membaca apa jua jenis bacaan bermanfaat, aku juga sangat suka berkebun,bermain tanah, cacing dan juga ketawa bersama rama2...itu semua kebahagiaanku. Adakah itu juga sesuatu yang patut diperli? Manusia, memerli itu sikap yang tidak sesuai untuk mereka yang mahukan kebahagiaan..faham?"




ps: dan ini juga salah satu kesukaan annur...mendengar lagu,menari syok sendiri dan juga menyanyi...walaupun annur tahu suara annur lebih sedap dari dato siti, annur tidak pula berhajat menjadi penyanyi kerana mengenangkan kebanjiran penyanyi masa kini...sekian berita jam satu...ewahhhh...(sori naik syeikh pulak annur dengar lagu ni...kiki)

0 comments:

puisi gila lagi ke?: arghhhhhhhhh....

13:13 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: google.com

"sayang...pergilah jika ianya membahagiakanmu...kerana di dalam dunia ini, cinta itu adakala tidak lebih dari sekadar keegoan untuk menguasai dan memiliki...maka pergilah, dan bebaskan diri kita dari kehendak ego yang menggila itu...pabila aku kembali memegang dan membaca kitab suci itu...aku relakan segalanya yang terjadi...kerana aku tahu kita cumalah manusia yang terlalu kerap mengemis kepada tuhan tentang permintaan2 yang adakala membebankan jiwa kita nantinya..."

disaat aku telah kembali...
dia pergi...
disaat aku tersedar kelemahan diri,
dia pergi...
disaat aku telahpun bertatih untuk tunduk...
dia pergi...

dan dia terus juga pergi...
disaat segalanya sudah kembali pulih...

dia...
dia...
dia...

pergi dan terus bermain dengan permainan masa...

terima kasih tuhan,
kerana dia telahpun pergi...

kerana aku tahu ini salah satu perancanganMu...


sumber gambar: google.com

"ketika dia pergi...seberapa lama selepas itu...barulah aku tersedar...aku punya tujuan lain diatas dunia ini selain daripada mencari cinta sejati itu...maafkan aku tuhan kerana kerapkali terpesong dari tujuan asalku...tuhan,bukakan kembali pentasnya...aku mahu beraksi...arghhhhhhhhh...."

4 comments:

puisi gila sang puteri: mungkinkah masa telah mengalahkan keaslian mereka?

15:39 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: fineartamerica.com

"pernah aku mencabar seorang lelaki...aku marah dan aku katakan padanya...datang kepadaku kembali setelah kau faham akan maksud sejati...tenyata...sehingga kini beliau masih belum muncul...aku sangkakan dia hero rupanya lebih penakut dari seekor tikus...mengalahkan mereka semua adakah satu kepuasan buat diriku?rasanya tidak lebih dari makan sepotong kek..."

bila kita diperlihatkan dengan sejuta klue untuk teka-teki yang sekian lama kita fikirkan,
akan sampai satu masa kita tergelak...
apa semua ini?
adakah tuhan cuba memperbodohkan diri kita?
begitulah soalan ingkar yang adakala terdetik di hati kecil...
ada yang jelik aku asyik bercerita soal cinta beberapa tahun kebelakangan,
haha...
tanyalah seribu kali pun,
pasti aku kaku untuk memberi jawapan...
disaat manusia lain sibuk menyempurnakan realiti,
aku adalah insan yang masih juga percaya tentang kisah2 cinta sang puteri,
dimana aku sering membayangkan wujudnya sebuah cinta sejati yang tetap utuh melawan zaman,
ada juga yang tidak habis bergelak tawa mengingatkan diriku bahawa jangan terjatuh di dalam angan2 fairytale itu...
aku juga tergelak pabila diperli sebegitu...
tetapi tiba suatu masa,
aku akan terduduk dan bercerita bersama tuhan...
aku katakan pada Dia...
wahai Maha Pencipta yang digilai sekalian manusia,
aku percaya kepada keagunganMu...
Dikaulah yang teragung berbanding sekalian yang agung...
maka, aku mohon...
berikan aku cinta sejati itu...
aku mahu yang sejati...

lalu, apa harganya?
jika Kau jual,aku akan beli.

tetapi tolong,jangan berikan aku yang plastik.

sumber gambar: photocase.com

"hanya untuk menafsirkan sejati...hampir keseluruhan hero yang aku temui telah kalah...mungkinkah masa telah mengalahkan keaslian mereka?"


0 comments:

puisi sang puteri: entah berapa kali sudah aku ulangi di selendangkuning ini bahawa...

19:51 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: dreamstime.com

"ada sesetengah perkara tidak akan kau dapat jawapannya dengan mencari...kau hanya perlu biarkan masa berlalu...kerana masa punya kuasanya tersendiri yang tidak mampu kau fahami walaupun sejuta tahun dirimu mengkaji..."

di dalam kehidupan ini,
aku juga punya sejuta satu persoalan,
dan bila aku letih mencari jawapannya,

aku hanya diam dan membisu.
bukan kerana aku mengalah,
tetapi aku hormatkan masa.

biarkan masa menjalankan tugasnya.
jangan ganggu.

adakala masa memang kejam.
aku tahu itu.

sumber gambar:stock-clip.com

"hidup ini penuh teka-teki bukan?adakah kau fikir ia sememangnya rumit atau setiap hari kau yang sering merumitkan teka-teki itu?entah berapa kali sudah aku ulangi di selendangkuning ini bahawa di setiap takdir hidupmu...dirimu yang tertinggilah dalang segalanya...bodohlah jika kau terlalu taksub menyalahkan yang lain..."

sumber gambar: stock-clip.com

"ketahuilah...di dalam aku menceritakan semua ini...aku juga sedang bergelut dengan teka-teki hidupku juga...adakala aku juga bodoh dalam memahami akan apa yang terjadi...kerana aku bukan tuhan yang maha sempurna...aku juga manusia biasa yang sering parah dibelasah masa..."


6 comments: