puisi sang puteri: dan gantikan dengan mereka2 yang mencintaimu dan Kau juga mencintai mereka...

21:15 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: google.com

"setelah ruang dirimu yang lama itu hancur berderai...kau akan diselubungi kekeliruan tentang yang mana satu ilusi dan mana pula realiti sebenarnya...ketika itu dirimu benar2 diuji...aku berani katakan,peringkat ini telah mengalahkan ramai manusia2 berani...adakah kau salah seorang yang terlepas?aku ucapkan tahniah...kerana selepas ini kau akan diuji dengan ujian yang sangat2 melalaikan dan membuatkan dirimu terlena panjang...tahap ini lebih merbahaya...kerana jika kau terlebih syahdu, kau akan kalah..."

aku masih lagi disini,
mahu menulis dan menyuarakan tentang apa saja...
keletihan dibakar mentari,
kepenatan berperang dengan diri sendiri,
ajaib.
ya, ajaibnya setelah semuanya aku masih disini.
masih menganggap ruang ini sebagai sesuatu yang sangat selesa.
masih menganggap dunia sini sebagai kampung halamanku,
suatu tempat dimana aku mencipta,
suatu tempat dimana aku menguji diriku sendiri...
suatu tempat dimana aku pernah gembira tanpa sedih di hati,
suatu tempat dimana aku pernah kecewa menangisi apa yang telah terjadi,
ya,inilah kampung halamanku...

ruang ini cuma ilusi,
kerana ia sebenarnya lebih real di dalam sini.
di dalam hati ini.

"selawat dariku buat kekasihMu Muhammad,cahayaMu Fatimah, cintaMu Ali, para ahlul bait sekalian dan untuk seluruh pendukung2 kebenaran...salam sinar zaman dariku annur...semoga sejahtera kalian hendaknya...
SALAM PERKENALAN SEMULA...NAMAKU ANNUR...
dizaman penuh cahaya gilang gemilang ini...sama2 kita meraikan yang haqq,menjatuhkan yang batil...permulaannya mungkin agak ngeri buat jiwa2 yang takutkan kekerasan dan cintakan kedamaian...
dengar kataku ini, itu semua dibawah perancangan tuhan...jika kau benar2 mengimaninya..."

petikan khas dari https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

sumber gambar: google.com

"tuhan...manusia kata mengenalMu ada peringkat2nya tersendiri...mereka kata perlu belajar satu persatu...tetapi mengapa cara mereka sangat rigid dan berpusing2 mengejar ekor sendiri?adakah Kau begitu payah untuk dikenali wahai tuhan?ketahuilah wahai tuhan yang maha bijaksana...aku tidak mahu mengenaliMu lagi...aku mahu Kau pula mengenaliku...jika Kau Maha Hebat seperti apa yang mereka katakan, kejar diriku...akan aku ajar Kau apa itu cinta dan dimana keseronokannya...sudah2la mempedulikan manusia...mereka itu sudah lalai mengingatiMu...mereka pura2 bergaduh mempertahankanMu sedangkan mereka takut kepentingan mereka diganggu-gugat....jika Kau tidak percaya, mulai hari ini aku cabar diriMu cabut segala punca kelazatan mereka...akan Kau temui manusia2 palsu...jika Kau benar hebat, mulai esok aku tunggu setiap dari mereka jatuh dan gantikan dengan mereka2 yang mencintaimu dan Kau juga mencintai mereka...dengan sebenar2 cinta..."






0 comments:

puisi cinta: adakah jasad sesuatu yang mengelirukan kalian semua?

16:08 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: google.com

"adakah jasad sesuatu yang mengelirukan kalian semua?kerana itu telah kukatakan, bahawa kenalilah wajah...apa itu wajah?ketahuilah bahawa kuncinya disini bahawa di dalam nama ada wajah....darimana dapat kau kenali?dari mata...itu pintunya...tidakkah kalian sedar bahawa ia selalu datang melawat?"

ok korang...disebabkan annur jarang online,maka kali ni annur tinggalkan korang dengan beberapa puisi ek...silakan membaca kemengarutan annur ini.haha.

kesedaran.
ia punya tingkatannya tersendiri,
dan ini sesuatu yang agak sulit untuk diterangkan,

kerana lenyap bukan pengakhirannya.
tetapi wujud.
aduhai.
maaf aku terlebih cakap pula.

aku juga baru diberitakan tentang ini.
bahawa sebenarnya tali alam ada dihadapan mata.
mereka semua simbol kepada sesuatu.
dan jika kau mahu membaca,
kau perlu membaca rahsia kesemua dihadapan matamu terlebih dahulu.

sumber gambar: google.com

"satu pesannya ketika aku di dalam gelisah...sabar...akan tiba masanya yang dijanji...permainan dunia sungguh hina untuk membuatmu bersedih...pergilah kemanapun yang dikau sukai...kerana kau punya kunci utama untuk kemana saja...maka,pabila kau bersedih, lawatlah aku disini...aku sentiasa disini, sengaja tersekat dalam masa purba demi menanti kepulanganmu..."

terangnya siang,
gelapnya malam,
hebatnya guruh,
seramnya purnama,
indahnya subuh,
gembiranya makhluk,
sedihnya mereka...

dimana sebenarnya,
saksikanlah kesemua tanda2 ciptaan Kami...
bahawa disana tersembunyi segala rahsia penciptaan...

adoi.
kepalaku ini sudah berputar 360 darjah agaknya,
bersimpang siur segalanya.

sumber gambar: google.com

"ketika penyerahan azimat itu berlangsung, alamlah saksinya..."


6 comments:

puisi pelik2 je si annur ni: mati itu benar...dan ia juga pasti...

14:43 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: google.com

"mati itu benar...dan ia juga pasti..."
"adakah aku yang akan meninggalkan dunia atau dunia yang akan meninggalkanku..."

dipetik dari https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

dekat...dekat lagi wahai anakanda...
dengarlah pesanan bondamu ini...
mereka telah datang dan menemui bonda...
masa bonda makin hampir...
mereka mohon bonda selesaikan semuanya sebelum pergi...
aduhai anakanda...
tidak bonda tahu mahu pesankan apa lagi...
setelah semuanya bonda abadikan disini...
tugas bonda sudahpun hampir tamat...
menjadi ujian buat diri bonda sendiri dan juga buat kalian semua...
didunia ini wahai anakanda...
ketahuilah bahawa akan sampai suatu masa nanti kita akan pergi...
maka siapkanlah segala2nya seperti hari ini hari terakhirmu wahai anakandaku sayang...
apa saja dosa dan silap salah manusia lain padamu,maafkanlah...
jangan dibeban bahu mereka dengan kemarahan dan kemurkaanmu itu...
kerana kita ini semua manusia, wahai anakanda....
dan manusia itu sampai bilapun takkan pernah lepas dari salah dan silap...
maka redhakan segalanya wahai anakanda...
mengertilah bahawa ini semua hanya permainan Ilahi...
dan tidaklah yang merancang itu tidak tahu sedangkan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana...
dikehidupan kali ini, terlalu banyak salah yang telah bonda lakukan wahai anakanda...
dan bonda merelakan apa saja hukuman Tuhan buat bondamu ini...
semoga ketemu lagi wahai anakanda...
dikehidupan yang lain...
maafkanlah salah silap bonda...
wahai manusia...aku maafkan kesalahan kalian semua kepadaku...
maka aku dengan ini merendah diri memohon supaya itu jugalah balasan kalian kepadaku...
ingatlah bahawa kita ini semua tidak lain dan tidak bukan,
cumalah insan...

sampai ketemu lagi dimedan yang lain pula...

sumber gambar: google.com
"anakanda...telah hampir sampai masa itu...dan bonda telahpun dipanggil kesana...bonda bahagia anakanda...maka jangan pula anakanda sekalian pula bersedih..."

ps:adoiii puisi apa lagi lah si annur ni tulis...makin lama makin mengarut gamaknya...maaf ya kawan2! hahaha...buat malu je.abaikanlahhhh...hohoho. kuat betul resapannya kali ini...adoi.maaf.



0 comments:

puisi memori bondaku :suatu masa aku mengelamun,dan aku terbayang kisah ini...

13:05 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar:google.com

"ohhh tuhan...adakah kesedihan kami harga kepada kegembiraan mereka...?benarkah itu harga yang perlu kami semua bayar...?adakah darahku tinta perjanjian kebahagiaan umat ini?jika begitu, ambillah wahai tuhan...semoga mereka tahu menghargai kesemua pengorbanan ini..."


suatu masa aku mengelamun,dan aku terbayang kisah ini,
suatu kisah dimana seorang perempuan duduk menangis dan menulis semua ini...
dejavu ke?entah...
tulisannya lebih kurang begini:

mati.
kebelakangan inilah yang kerap aku fikirkan,
suatu malam,
aku mengambil buku notaku dan aku titipkan beberapa pesanan,
mungkin lebih kepada wasiat.

malamku kerap terganggu kerana perasaan ini.
bagaimana aku mampu mengagak semua ini...

dan diantara beberapa pesanan yang telah aku karang,
"awak,jaga diri elok2...entah kenapa disetiap hayat umur saya sangat sedikit...maafkan saya...jaga semua yang telah kita bina dengan seluruh upaya awak...jumpa lagi disana,sayang..."

"kalaulah saya mampu menceritakan segala yang telah saya nampak,saya pasti awak takkan benarkan saya pergi...biarlah rahsia itu akan menjadi fenomena di waktu kelak...dengan terkuburnya saya,maka terkuburlah rahsia itu sehingga nanti ia dibangkitkan menjadi memori anak2 kita sayang...merekalah yang akan meneruskan segala2nya yang telah kita impikan..."

"mereka takut dengan murkaku, sedang seharusnya mereka perlu lebih gerun dengan pembalasan Yang Maha Esa...tak mengapa sayang, masa akan selesaikan segala2nya..kehadiranku ternyata cuma membakar mereka...sedang ia sangat menyalahi janjiku kepada diriku sendiri supaya tidak menyakiti sesiapapun....izinkanlah diriku buat kali ini mengundur diri dahulu...ayahandaku sedang menanti kepulanganku..."

terkejut dengan ingatan pelik seperti itu,
aku pun terjaga dari lamunan dan ketawa kecil.
memori siapa ini yang tersangkut padaku?
haha.ada skru tercabut ke di dalam otakku kini?
hahahahaha....semakin berserabut semua memori di dalam diriku kini...adehhhh....

sumber gambar: google.com

"ayahanda...mereka menganiayai kami...tidakku sangka wahai ayahanda yang sangat kucintai...bahawa takdir tuhan kali ini terlalu perit untuk kami semua hadapi...tidak mengapalah ayahanda, anakanda redha...akan tiba suatu masa nanti, janji tuhan itu akan jatuh ibarat salji kepada kami semua..."


0 comments:

puisi fatimah: dan pada hari ini, aku menyaksikan...

20:49 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: google.com

" adakala demi membantu, aku menuruni tangga hakikat untuk bersama2 mereka memahami dan menghirup air2 hikmah..." 

tanpa sedar, putih menyanjung hitam...hitam pula menyanjung putih...aduhai...sedangkan direalitinya putih sibuk pula menghina para hitam...dan hitam pula gigih membenci putih...
tak mengapalah wahai manusia...teruskan membenci...kerana diakhir nanti akan kau temui musuhmu yang kau telah cipta hari ini...ketika itu janganlah tuhan pula dikau salahkan kerana ternyata musuh itu adalah ciptaan tanganmu sendiri...

dan pada hari ini, aku menyaksikan...


petikan dari https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

sumber gambar: google.com

"hikmah itu adakalanya tidak ubah seperti api yang membakar...pabila aku berhikmah,bukan kalian saja sedang kepanasan...adakala aku terlebih dahulu hangus menjadi abu..."


0 comments:

puisi gila sang puteri: biarpun kamu cuma tersedar hanya selepas kepergianku...

19:40 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


"dahulu kecil2 aku paling suka cerita ini...sehingga aku akan menjadi monster jika sesiapa berani menukar rancangan ketika cerita ini ditayangkan...teruk ek?dan kini...hanya kebencian yang menyelubungi..."


siang tadi aku menyelongkar,
haha.
ya,menyelongkar buku2 lamaku...
mengimbau kembali memori lama...
ada yang indah,sedih dan kelakar...
hmm.

diam tak diam,
sudah 27 tahun umurku.

7 tahun yang indah,
14 tahun yang panjang kerana ketika itu aku masih sibuk mencari sesuatu,
dan tahun2 kebelakangan yang agak melelahkan...
dan jujur,
4 tahun kebelakangan adalah yang terindah bagiku,
ketika itu aku hanya 23...
dan mereka semua hadir ibarat bintang2 yang jatuh menyelubungiku,
kamu mahu tahu siapa mereka?

kalian semua disini,
dan kalian semua diluar sana.

aku akui, kehadiran kalian penguat diriku.
dan aku masih disini,
menulis diari hidupku,
semoga memberi erti bagi yang mahu mengambil pelajaran...

andai ada yang menyakiti,mencabar atau apa saja yang berbentuk negatif,
maafkanlah...
kerana aku cuma manusia yang penuh khilaf dalam diri...

semoga kita semua tetap bersatu di dalam hati...

terima kasih kepada kalian yang selalu membantuku untuk terus stabil dari segi emosi dan pemikiran,
aku disini dengan rendah diri mendoakan semoga hidup kalian sentiasa diberkatiNya...

tiba masa,kita semua pasti bersua biarpun cuma seketika...
biarpun ketika itu kamu tidak mengetahui identitiku...
biarpun kamu cuma tersedar hanya selepas kepergianku...

sumber gambar: google.com

"setiap kali aku terpaksa pergi, aku akan mendoakan semoga semuanya baik2 sahaja sepanjang ketiadaanku...entah berapa lama lagi aku disini...maka wahai semua kawan2ku, jaga diri kalian sebaiknya...kerana aku sungguh tidak berani memberitahu apa yang akan terjadi selepas ini..."

0 comments:

puisi cahaya: maka beritahuku wahai tuhan...demi segala kebijaksanaanMu...

18:53 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: google.com

"wahai tuhan...aku rela mengadapMu dengan penuh dosa berbanding penuh pahala dan aku berbangga2 dengannya...tuhan,akulah pendosaMu..."

adakah aku akan berhenti berjuang?
berjuang?
terhenti seketika pandanganku.
hitam...segalanya gelap...

dan aku...bertatih di dalamnya...

tuhan...mengapa manusia suka sangat mengadili iman golongan pendosa seperti kami?
kami tahu kami tidak layak...
tetapi mengapa mereka begitu yakin mereka layak kesyurgaMu dengan hukuman2 keatas kami?
benarkah mereka wakilMu?

ohhh tuhan...
manusia bergaduh keranaMu...

izinkan pendosa sepertiku bertanya wahai tuhan pemilik segala keagungan...

benarkah semua pergaduhan itu keranaMu???!!!
benarkah?
ohhh manusia...
kamu semua selalu membuatku bersedih...

sumber gambar: google.com

"tuhan...manusia semua selalu mahukanMu disisi mereka ketika mereka berlawan sesama sendiri...maka beritahuku wahai tuhan...demi segala kebijaksanaanMu...mengapa Kau memilih salah satunya sedangkan Kau lah di dalam segalanya?bukankah Kau di belakang mereka semua?lalu mengapa wujud manusia perasan mereka itu dipihak yang benar sedangkan kebenaran itu cahaya di atas cahaya???ohhh manusia...betapa kita semua ini hidup diatas kepentingan sendiri...mengapa masih wujud maruah untuk mengadapNya...ohhh tuhan,maafkan aku..."


ps: ok korang kali ni kita layan nasyid ekkkk...kikiki....haaa apelagi?layanlahhhhh....

0 comments:

puisi sang puteri: aku mahu berjumpa dengannya dan bertanya berdepan...

17:14 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: google.com

"kerana hasad dengkikah kita semua terpisah?benarkah begitu jalan ceritanya wahai anakanda?ohhh tuhan,tunjukkan kepadaku dalangnya...aku mahu berjumpa dengannya dan bertanya berdepan...masih wujudkah dendam itu?adakah aku bisa menjadi galang gantinya?bukankah darahku yang kalian hauskan?mengapa diusik sekaliannya?"


sumber gambar: google.com

"adakala dirimu belum benar2 tahu siapa musuh sebenarmu...permusuhan sebegini bukanlah harga yang patut dibayar kerana hasad dengkimu itu...adakah kau tahu siapa musuh sebenarmu?sehingga kau tergamak memusnah yang lainnya?ketahuilah...musuh sebenar tidak wujud diluar...ia ada di dalam dirimu sendiri! sesuatu yang mereka gelar sebagai ketakutan.

Wahai kawanku yang menganggap aku musuh tanpa kesedaranku, percayalah bahawa semua yang kita miliki diatas dunia ini tidak lebih dari sekadar ilusi yang penuh sementara...adakah itu yang kau sibuk rebutkan sehingga menyalahi hak mereka?adakah kau puas setelah lihat mayat2 bergelimpangan sebegini?adakah kau puas?isteri kehilangan suaminya...anak kehilangan bapanya...adakah kau tahu sakitnya?parut kesakitan mereka takkan mampu kau ganti walau sejuta tahun dirimu mengabdi!"

selalu juga aku berkhabar tentang zaman ini,
tanpa sedar aku rindukan zaman dahulu...
entah bagaimana tanpa aku ketahui, diantara satu ketakutan padaku adalah bersendiri...
bersendiri dan mengingati masa lepas adalah bahayaku...

kembara diri kemasa lampau satu tragedi buatku...
perasaannya seperti terjatuh ke lautan yang gelap tanpa cahaya...
tanpa penolong...
tanpa sesiapapun yang sudi untuk membantu...
tragis.

mereka merinduiku?
selepas suatu kisah yang memisahkan,
mereka masih merinduiku?

sumber gambar: google.com

"benarkah itu wahai anakanda?katakanlah kepada bonda...sekali mereka rindukan bonda...sejuta kali bonda menyambutnya wahai anakanda...semoga kita semua bersatu kembali seperti waktu2 dahulu...bonda rindukan kalian semua..."

ps: hehe...pandai betul annur mengarut kali ni yer...ahhh abaikan....cuma resapan semangat2 halus...peace no war...:p



2 comments: