puisi sang puteri: apa yang sedang aku ceritakan sekarang ini sebenarnya?

21:16 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: google.com

"raja yang sebenar, mereka itu teratas di dalam segala segi...merekalah ketua sebenar syaitan dan malaikat, pemerintah kejam kerajaan jin, dan sebuah lagenda yang sangat2 ditakuti akan kemunculannya..."

terkadang aku berfikir,
ketika aku marah, dihasut oleh suara2 lahanat,
adakah aku perlu mengikut kata2 mereka?
dan menghapuskan segala yang aku bencikan?
tidak.

adakah perasaan ini akan membunuhku?
tidak.

sebelum segala pemikiran terkeluar sebagai satu tindakan,
aku mampu ubah segala keputusan.
kerana aku raja.
aku tidak tertakluk kepada apa2 peraturan bodoh yang kononnya aku perlu tepati.
apatahlagi jika situasi itu sengaja dirancang untuk menjatuhkan diriku.

kerana seorang raja yang benar2 berdaulat, tidak tersekat di dalam apapun,
kerana dia seharusnya bijak berjalan di dalam putar belit dunia dan makhluknya.
seorang raja yang bijak dihormati kerana kebijaksanaannya dalam mentadbir sesebuah negara.
dia tidak tergesa2 membuat pilihan, tidak bodoh membuat keputusan, jarang sekali salah jika membuat penilaian.

apa yang sedang aku ceritakan sekarang ini sebenarnya?

KERAJAAN DIRI.

adakah kau raja berdaulat terhadap kerajaanmu?
bagaimana dirimu mentadbir segalanya?

aku seorang perempuan,
dan seorang perempuan dikenali sebagai makhluk emosi,
adakah kau tahu bagaimana huru haranya menjadi raja kepada kerajaan perempuan ini?

terlalu banyak kemahuan aku terpaksa kawal.
dan kebanyakannya kemahuan2 yang bodoh mahukan itu ini.

tetapi bila aku tersedar diri, aku tenang...

terlalu banyak kekacauan di dalam ini,
seolah2 setiap puak2 di dalam diriku mahukan hak masing2,
entah kenapa mereka tidak habis berperang,
dan bagaimana agaknya rasa mentadbir sebuah kerajaan yang sedang kacau?

tunjukkan kuasamu.

supaya mereka semua kembali semula sedar diri.
bahawa di dalam kerajaan tiga segi ini,
kamu adalah rajanya.

dan penaungmu tetaplah tuhan yang maha esa.

apa itu kerajaan tiga segi?
satu carta organisasi yang teratur dimana semua ahli menjalankan fungsi dengan baik.

jika seorang raja melakukan tugas2 orang bawahannya secara rutin,
hati2.
disitu tercermin bahawa kerajaan itu sudah terlalu kucar-kacir.

jika tidak diperbaiki,
tidak lama lagi akan hancur dikuasai oleh kerajaan lain.

apa itu maksud kerajaan lain?
fikirkan sendiri.

sumber gambar: google.com

"jika kau tidak tahu memimpin, ramai pemimpin di luar sana sedang menanti takhtamu...lalu selepas itu apa akan terjadi kepada dirimu?mungkin lebih elok dibunuh daripada diperhambakan..."

"kerana ketahuilah, terdapat satu puak di dalam dunia ini, dalam senyap, mereka bercita2 memenuhi dunia dengan keturunan2 bermaruah sahaja...selain dari mereka, akan diperhambakan secara kasar mahupun halus..."

"dan jika kau menjadi hamba mereka, kau dan buruh kasar tidak ada bezanya walaupun kau terasa sangat profesional di dalam kerjaya kebanggaanmu..."



dan kepada seseorang yang sangat istimewa...ini hadiah annur untuk hari istimewa beliau bulan hadapan...annur harap dia tahu yang annur dedikasikan semua ni untuknya...yup. 

siapa dia?hmm.dia tahu dia siapa. 




4 comments:

puisi sempoi: percaya kataku, jangan takut akan kelainan.

20:56 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

adakah kau perlu menjadi seperti ini

untuk melawan sesuatu yang seperti ini?

atau kau rela memilih menjadi ini...

untuk melawan sesuatu yang seperti ini???

 tidakkah kau tahu kau2 sebenarnya yang sedang hangat dipergunakan di bawah kawalan sesuatu yang seperti ini?

jadi apa yang perlu kau lakukan?adakah sesuatu yang seperti ini?

atau seperti ini?

jadilah sesuatu yang seperti ini.

dengan yakin melangkah dan berdiri sebagai dirimu sendiri yang unik dan tersendiri...

percaya kataku, jangan takut akan kelainan. 

kerana kau tahu tentang satu perkara, di dalam hikayat bunga, paling pantang jika kau membanding2kan mereka...kerana setiap dari mereka unik dan tersendiri...


0 comments:

puisi sang puteri: pernah alami pemikiran negatif dan pesimis seperti ini?

19:20 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: rahsia.com

"cuba lagi dan lagi...tinggalkan semua  kebodohan dan kembali menjadi makhluk penuh tamadun...relakan...jika kau degil, kau nyata lebih sakit...kerana itu telah aku katakan sebelum ini, redha itu bukan sebarang...ia tertinggi diantara yang tertinggi..."

mencuba lagi,
buntu.
cuba lagi,
buntu lagi.
pernah alami seperti ini?
ketika kau terasa sangat lemah,
kekuatan dirimu seakan dibawa pergi...
dan kau disini ketawa seolah2 dunia ini sangat gila dan menguji kesabaranmu.

dan mereka membanding2kan dirimu dengan mereka lain yang telah berjaya,
sehingga dirimu mencebik dan mempersoalkan,
benarkah mereka berjaya?siapa yang mengiktiraf mereka?

dangkal.

sumber gambar: google.com

"pernah alami pemikiran negatif dan pesimis seperti ini?kau mahu menjadi seperti mereka...tetapi kau takut...terlalu banyak ketakutan yang kau kumpul setiap hari sehingga ketakutan itu menjadi satu raksasa yang mengikat kaki dan tanganmu...tanpa kau sedar, rupa2nya kaulah dalang kepada kelahiran raksasa pemusnah itu...dengar kataku, lawan. Kelemahan raksasa itu terletak di dalam keberanian dirimu..."

jangan bertanya tentang aku,
kerana hampir setiap hari aku bertempur dengan diriku sendiri,
dan hampir aku terpengaruh dengan fikiran seperti ini.
sehingga aku letih membunuh kesemua fikiran seperti itu di dalam diriku sendiri.

sumber gambar: google.com

"kalahkan dirimu sendiri dahulu...barulah kau mampu mengalahkan yang lain...jika tidak, persembahan dirimu tidak ubah seperti menumbuk angin...hehe...tidak mengapa, jangan malu...kerana aku anggap ianya seperti latihan dirimu...tetapi sayang...sampai bila mahu menumbuk angin?adakah angin itu sakit atau tanganmu yang lenguh?"

0 comments: