Friday, 18 March 2016

puisi sang puteri: adakah kau mampu lihat kuantitinya yg sebenar?

sumber gambar: google.com

"cinta itu adalah keesaan...jika tidak kau temui keesaan di dalam cinta, maka ketahuilah itu bukan cinta...itulah nafsu burukmu...nafsu itu akan memaksa dirimu melakukan apa saja dengan terdesak...ia sungguh memalukan...haha...tetapi tidak cinta, cinta itu membentuk ketenangan, keyakinan dan kebahagiaan..."

apa agaknya perasaan disini?
di dalam syurga diri sendiri...
indah...
tenang...
mungkin rasa yang lebih sesuai untuk aku ceritakan ialah...
CINTA...

di dalam syurga ini,
kau tidak sedih...
kerana cinta di dalam sini sangat menenangkan...
ia bukan sesuatu yang perlu dibalas...
ia adalah sesuatu yang sentiasa ada...
ia tetap...
benar,disana tiada kecewa...

adakah kau tahu mengapa cinta dunia adakala mengecewakan?
kerana nafsu.
nafsu untuk memiliki,nafsu untuk menguasai...
dan pelbagai lagi jenis nafsu yang tidak suci dan memudarkan kesucian cinta...

tapi tidak disana...
disana, kau akan tenang...
kerana cinta itu adalah sesuatu yang suci...
adakah kau tahu balasan cinta itu menunjukkan wujudnya dua?
itulah yang mengecewakan....

tapi tidak disini...
disini, cinta itu satu...
dan aku hanyut di dalam keesaan itu...

benar2 hanyut...

adakah kau mahu aku pasangkan lagu syurga?
mari...

https://www.youtube.com/watch?v=cgmhimjsczk

sumber gambar: google.com

"adakah mereka itu berdua?dua?tidak...tidak...tidak...mereka itu satu...adakah kau nampak keesaannya disitu?adakah kau mampu lihat kuantitinya yg sebenar?"

"cinta itu keyakinan..."


2 comments:

Anonymous said...

Aku teringat lagu MNasir. Dalam Aku, ada Dia. Ada cinta, ada semua.

Liriknya buat kita berfikir kan? Iya, semoga kita ketemu Dia dalam diri. Ameen

AsaSiaga

puteri jalanan a.k.a annur said...

beliau seorang yang dihormati kerana pengertian yang dimiliki.annur tak nafikan beliau salah seorang pencetusnya AsaSiaga aka R1?haha.

lama tidak datang ya.kamu jaga diri.

semoga kita semua tetap bersatu di dalam doa.aminnn.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...