Sunday, 27 March 2016

puisi sang puteri: jangan putus asa kerana dipenghujung jalan gelap itu, pasti wujudnya cahaya...

sumber gambar: google.com

"jaga dirimu, jaga keluargamu...tunduklah jika dirimu bersalah...mengaku dengan jujur kesilapanmu dan perbaikilah...muhasabah segalanya...kerana kau selalu tidak tahu bahawa selepas keegoan yang menggila, selalu sangat terjadi kemusnahan yang besar skalanya...maka, melayulah..."

dalam kau menjalani kehidupan,
adakala kau tidak perlu terlalu berkeras...
perbanyakkan sabar dan tahan sebentar darah mudamu...
kerana adakala tindakan yang kau lakukan ketika marah,
adalah tidak rasional dan bersifat merosakkan...
janganlah kau merosakkan dirimu sendiri...
adakala ia tidak berbaloi...

kau cuma kelihatan tidak waras kepada mereka yang tidak mengetahui asal usul perkara...
dan akhir sekali jika dirimu melanggari adat hukum manusia,
kau akan dinilai dengan negatif di dalam penghakiman dunia manusia...
mereka akan memandang serong dirimu...
dan jika kau gagal untuk bertahan, kau akan rebah...

bukanlah aku sengaja menulis sebegini untuk mematahkan semangatmu...
tetapi anggaplah segala peringatanku ini,
dari seseorang yang sudahpun merasainya...
dan jika boleh aku tidak mahu lagi,
kamu,kamu dan kamu mengambil jalanku lagi...
kecuali jika kau seorang pejuang keadilan yang sejati...
jika itu dirimu, maka teruskanlah...
kerana itu sememangnya takdirmu...

sumber gambar: google.com

"jika boleh, aku mahukan kalian semua sejahtera selalu...tetapi adakala takdir tuhan melangkaui doaku...jika sesuatu yang buruk bakal terjadi nanti, ingatlah selalu pesananku ini...tuhan itu ada...Dia selalu mendengar doa2 mereka yang berharap dan menanti masa yang sesuai untuk memakbulkan doa kalian yang bersimpang siur itu...jangan putus asa kerana dipenghujung jalan gelap itu, pasti wujudnya cahaya...kepada mereka yang tidak mempercayai ini, ketahuilah cahaya tetap ada menunggu kehadiranmu sekalipun kau tidak percaya keberadaannya..."

2 comments:

Anonymous said...

Salam....lama tidak ke sini....byk yg harus ku fikir. Apakah perkhabaran Dada sekarang Annur?

-kepompong yg rasa kehilangan-

puteri jalanan a.k.a annur said...

wsalam kepompom...apekehal la niii...haha...ada2 je kamu ni...

dhada?dia sihat alhamdulillah...syukur pada tuhan...:O

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...