Monday, 11 April 2016

puisi sang puteri: kerana adakala manusia tidak mahu tahu kesakitanmu...

sumber gambar: google.com

"aku rasakan cinta tuhanku di dalam cintanya...setelah puas aku memberontak...aku rasakan apa itu cinta...selama ini aku yang buta atau egoku yang buta?haha..."

"cinta itu guru yang terbaik bagiku...ia melunakkan hatiku yang semakin keras hari demi hari..."

entah apa aku mahu nukilkan buat kali ini,
sebagai peringatan buat diriku sendiri,
adakah menghadirkan diri disini sudah mencukupi?
adakala kehadiran itu lebih menenangkan dari kata2...
otak yang dipenuhi kata2 juga agak menyesakkan...

setuju?

kerana hatiku sangat cenderung akan kedamaian...

sumber gambar: google.com

"kesakitan cinta itu tetap ada...tetapi pabila ia aku ubati dengan keredhaan, aku temui kedamaian cinta...antara sedih dan gembira, aku pilih gembira walaupun parut luka itu masih ada...kerana aku perlu meneruskan kehidupan yang entah sampai bila ini...hidup dalam kesedihan cuma menyeksakan...ia tidak membawa diriku kemana2 pun...bangkit dan berubah adalah lebih berfaedah...kerana adakala manusia tidak mahu tahu kesakitanmu...mereka lebih suka mendengar berita kejayaanmu...itulah adat manusia di dunia ini..."






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...