Sunday, 19 June 2016

puisi sang puteri: mungkin sudah sampai masanya kau tahu bahawa usaha manusia itu terbatas.

sumber gambar: google.com

"jika semua yang manusia dapatkan adalah berdasarkan usaha semata2...pasti kau tertinggal untuk ambil tahu bahawa di dalam dunia ini manusia yang tidak berusaha juga punya rezekinya sendiri...wahai manusia, di dalam setiap inci waktu hidupmu, sebenarnya ia adalah campurtangan satu kuasa yang maha hebat...yang sengaja menjadikan dirimu sakit,sedih dan terseksa...demi menjadikan dirimu satu permata berharga...maka, bertahanlah di dalam kepercayaanmu...kita semua adalah pemenang..."


apa rasanya ketika kau sedang berfikir tentang sesuatu yang melibatkan hatimu?
kau kusut.
kau keliru.
kau buntu.

mahu berbuat apa?

hatimu berkata begini.
akalmu pula keras menentang.

perbezaan antara suara hati dan kewarasan akal fikiran.
sepertinya beza antara kayangan dan juga realiti depan mata.

dua dunia yang berbeza.

apa yang perlu kau lakukan?

kau mahu.
tetapi akal menolak keinginanmu dengan sejuta hujah konkrit.

mungkin sudah sampai masanya kau tahu bahawa usaha manusia itu terbatas.
selebihnya biarlah tuhan yang tentukan...

sumber gambar: google.com

"ketika kau merasakan bahawa masa adalah gergasi yang sangat kau takuti...kau pasti akan mengalah sambil menyimpan rasa inginmu...ketika ini kepercayaanmu teruji...ketika kau mencapai tangga tawakal, kau termasuk dikalangan mereka yang kehormat...iaitu mereka yang segan melanggar batas dan masih menganggap bahawa keredhaan adalah sesuatu yang sangat ampuh melawan kuatnya penangan takdir..."



3 comments:

Anonymous said...

Dua dunia yg berbeza..keduanya tak sependapat.Langkah terakhir menjadi pilihan dengan hanya sebuah senyuman.

ahmad solihin said...

folo

ahmad solihin said...

folo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...