Thursday, 14 July 2016

puisi sang puteri: maka kawan, senyumlah...

sumber gambar: google.com

"jangan biarkan masalah mencuri senyumanmu...tersenyumlah kepada kekusutan...ia akan segera pergi kerana segan dengan kekuatan hatimu...percayalah..."

malam kelmarin...
aku ketawa keseorangan...
diwaktu bulan juga sedang tersenyum...
jiwaku menari...
hatiku menyanyi...
entah dunia mana aku tersalah masuk...
tetapi dunia itu sungguh indah...
setiap hari aku berlawan dengan diriku sendiri...

demi ketenangan...

sumber gambar:google.com

"tariklah manusia kepada kegembiraan sekalipun kau sedang bersedih...akan kau temui mutiara dirimu...hahaha."

"sebarkan senyumanmu sekalipun ia sungguh sukar...kerana kau seorang yang hebat!"

"tariklah segala getaran yang baik datang kepadamu!hidupmu akan perlahan2 berubah seperti magis!"

mencuba berkali2 untuk sentiasa dalam keadaan damai...
di dalam ini aku rasa sedang ribut mungkin...
ia sungguh kacau bilau!
hahaha.

sumber gambar: google.com

"kesakitan yang kau alami hanya akan menjadikan dirimu bertambah cantik...hanya jika kau tahu bahawa ubatnya adalah tabah,sabar dan redha...tangisanmu itu ibarat deraian permata...hapuskan airmata itu dan mulalah tersenyum petanda kau itu tabah...dahulu aku juga pernah bersedih...diuji sehingga aku separuh gila...tetapi akhirnya dengan kesabaran, aku belajar makna sebuah redha...maka kawan, senyumlah...kau adalah kesayangan tuhan sekalipun semua manusia membencimu...perbaiki realitimu, disana ada rahsia..."

aku agak semuanya sedang memperbetulkan kedudukan masing2.

aku agak sajalah.
hahaha.


sumber gambar:google.com

"semenjak dahulu aku sememangnya dididik untuk tersenyum dan ketawa dalam keadaan yang paling kritikal sekalipun...maafkanlah..kamu pun, tersenyumlah!"




"kamulah makhluk tuhan yang paling seksi!
wuuu!hahaha."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...