Sunday, 24 July 2016

puisi seram: kau ada seperti tidak ada...kau ada dalam tidak ada...

sumber gambar: google.com

"sayang...mereka kata kau hidup...aku menafikan...bagiku kau telahpun mati...kau ada seperti tidak ada...kau ada dalam tidak ada...pada tafsiran simbolika ku...kau telahpun pergi dan hanyut ke dalam angin laut...hanya jiwamu yang masih hidup dan tegak berdiri di dalam nadiku..."

sayang...
hari ini aku mahu menyerumu...

aku bukan tidak mahu mengalah,
ataupun ingkar untuk tunduk kepada takdir yang maha esa...
tetapi...

aku merinduimu...

sayang...
dahulu aku menyerumu...
entah magis apa kau datang kembali...
tetapi kau datang dalam keadaan kau telahpun mati...
dan aku hampir gila ketika itu...

kau benar2 telah mati...
rupanya ketika itu aku berkenalan semula dengan mayat...

haha.

hidup aku sememangnya kelakar...


sumber gambar: google.com

"sayang...kau benar telah kembali...tetapi sebagai mayat...aku tidak tahu mahu ketawa ataupun menangis..."





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...