Wednesday, 3 August 2016

puisi bosan sang puteri: ilusi dan realiti. masih lagi cerita ini?

sumber gambar: google.com

"berhati2lah jika sang pemimpi menjadi warganegara realiti kerana kau akan temui bahawa mereka lebih realistik berbanding dirimu...sehingga kau sendiri akan terkeliru adakah kau atau mereka sebenarnya yang sedang bermimpi?"

ilusi dan realiti.
masih lagi cerita ini?
ya.
aku masih cuba berdiri di sudut yang paling rasional sekali dan adil.
kerana ianya dua dunia yang berbeza.
jika kau duduk didunia khayalan,
realitimu adalah ilusi mereka.
mereka akan memandang dirimu sebagai pemimpi.
tetapi jika kau duduk di dunia sini,
dunia yang kononnya realiti...
kamu memandang para penduduk khayalan itu sebagai pemimpi...
adakah kamu nampak apa yang aku cuba ceritakan disini?
ia cuma berbeza dari perspektif...

ia bergantung didunia mana kamu sebenarnya berada...
kamu sebenarnya penghuni dunia yang mana...

bagi si sufi yang mengkhayalkan tuhannya,
para makhluk realiti adalah cuma sang pemimpi...
yang tidak mengerti bahawa segala didepan mata cuma mimpi...
yang akan hilang bila segalanya mati nanti...

tetapi jika kau penghuni gila realiti.
kau akan merasakan mereka yang sedang berkhayal itu sang pemimpi pula,
kau akan mengatakan mereka itu si gila yang tidak tahu betapa pentingnya realiti untuk diperjuangkan...
kemenangan pada realiti adalah sesuatu yang sangat penting.
ia sesuatu yang melibatkan hidup dan mati.

tetapi jika kau pertahankan pendirian ini pada sang sufi yang mabuk dengan tuhannya,
kau akan dilihat sebagai manusia yang kesian...
seorang manusia yang sedang berilusi dengan segala material didepan mata...
sedangkan diakhirnya nanti kita semua akan mati...
jadi apalah gunanya dunia ini jika semuanya tidak abadi?
ini pemikiran mereka.

dan aku?
aku ditengah2 mereka ini.

adakah kau dapat bayangkan betapa rumitnya situasi sebegini?

kau ingin menyedarkan sang sufi pun, mereka juga benar...
kau ingin melawan para realist juga susah sebenarnya kerana mereka sangat logik,

jadi sebenarnya apa?

dimana kebenarannya?

bersederhana.
kedua dunia ini berhubung.
dan ini kenyataannya.

kedua2 dunia ini boleh bertukar tempat jika kena pada gayanya.
dahulu dunia cermin ini cuma satu ilusi.
dan sekarang melaluinya aku mampu berhubung denganmu,
seluruh manusia mampu berhubung dengan teknologi cermin ini.
yang mana dulu ianya cuma sebuah ilusi gila.

adakah kau keliru apa sebenarnya dunia cermin ini?

handphone.
televisyen.
komputer.
media sosial.
wayang.
apa saja melibatkan cermin,
dan inilah dunianya.
adakah kau fikir dunia cermin sekadar cermin solekmu sahaja?
fikirkan semula.

ianya lebih dari itu.
suatu dunia yang sangat luas.
sangat besar.
dan sangat gila.

dan kau ingin tahu bagaimana makhluk asing datang dan menguasai bumi?
menggunakan portal dunia cermin ini.
dan kau juga ingin tahu bagaimana 'kononnya' dewa dewi akan turun ke 'bumi'?
juga melalui terowong dunia cermin ini.

anggap saja aku menipu jika kamu gagal untuk memahami semua ini.

aku seorang yang sangat suka bergurau senda.

sumber gambar: google.com

"ketika mereka tidur...kau sebenarnya sedang leka...dan jika mereka terbangun...aku takuti kau sebenarnya telahpun dijajah dan menjadi banduan di dalam penjara gila mereka...hati2 dengan para pemimpi...mereka sangat gila jika mencipta sesuatu...jika sentuhan gila itu mereka kuasai, kedua dunia tadi akan bertukar posisi...mereka akan buktikan siapa sebenarnya sang pemimpi dan siapa pula sang realist..."

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...