Friday, 19 August 2016

puisi Harley Quinn: kau tahu ini tempat apa?

ok kawan2 annur semua...
jom kita main2...
annur nak menjiwai watak harley quinn kejap...
jom kita terjun dalam psikologi beliau! hehe...belajarlah yang positif sahaja...rugi tau jika dibazirkan ilmu mahal sebegini...jom lapangkan hati dan belajar sesuatu yang baik darinya!jom join annur...

123 mula!hahahahaaaa....

sumber gambar: www.youtube.com

"naif bukanlah selamanya dirimu...kau akan selalu terevolusi dari segi apapun demi hidupmu....evolusi adalah satu ilmu kemandirian tahap gila...ia sentiasa memberimu pilihan untuk hanyut di dalam dunia dan terus hilang atau berubah dalam keunikan dirimu dan memperkenalkan dirimu kepada dunia...naif itu cantik...tapi bijak lebih menawan wahai sayangku..."


"sayang...
kau sungguh bodoh...
hahaha...tapi kau comel...
kau sangat naif...kenapa?
adakah kau tahu menjadi naif cuma buat kau diperbodohkan?
bebaskan dirimu...
menjadi seperti orang lain...mereka mereka dan mereka...ahhhh...
bosan
berikan aku kelainan!aku mahu kelainan!
jika epal menjadi pisang...ahhhhhh bosannyaaa....tolonglah...
tunjukkan aku dirimu yang unik itu...
keluarkan keberanian itu...
aku mahu ia...
keluarkan...

sumber gambar: google.com

"adakah kau tahu mereka yang normal dan hidup penuh kebiasaan tiada dalam rekod dunia?mereka termasuk dikalangan yang ramai dan hilang dalam sejarah...jadi kau pilihlah...menjadi unik dan diingati atau menjadi entah sesiapa yang tidak pasti wujud ataupun tidak dalam sejarah...lebih sedih, kewujudanmu nanti akan dikenangkan sebagai mitos sahaja! hahaha...jadilah seseorang yang dibanggakan oleh anak cucumu kelak...paling kurang pun mereka tahu bahawa kau itu pernah wujud...tidaklah mati begitu sahaja...walaupun hidup ini cuma permainan, bermainlah dengan bersungguh2...berdiri dengan bangga sebagai dirimu...dan selendangkuning akan menjadi pakaian kehormatmu..."


kau mahu tahu sesuatu?
dunia ini penuh dengan perspektif.
manusia yang dulunya buat jahat,
akan paling tegar mengajar kau jangan berbuat jahat!
hahaha...
sungguh berpura2 sekali...
kenapa mereka begitu bodoh sekali untuk ambil tahu bahawa menurut ilmu psikologi perbuatan akan lebih berkesan daripada percakapan!
hahaha...
selepas kau berbuat jahat,
selepas itu kau ajar anakmu berbuat baik?
sedang dihadapannya kau masih berbuat jahat?
ahhhh kau sungguh bodoh kawan...
pergilah menangisi kebodohanmu...hahahaaa....
anakmu takkan melihat percakapanmu...
ia langsung tak memberi erti buat jiwa mereka...
percayalah...

sumber gambar: thewrap.com

"jika kau takut dengan kejahatan dan mahukan jalan yang selamat...mari kesini dengari kataku...ambil yang positif sahaja dari mereka...jangan bazirkan setiap sesuatu yang ada dihadapan matamu...mereka semua adalah gurumu...sentiasa rasionalkan pemikiranmu dan jangan sempitkan dengan kebencian...jika hatimu penuh benci, kau akan rugi kerana tidak mampu belajar apapun dari alam...pesanan seorang kesayanganku ketika aku berjumpanya ditepi sebuah tasik...kau mahu ataupun tidak dunia akan selalu menjanjikan kedua2nya baik dan buruk...ia selalu datang dengan pakej...kau kena terima hakikat ini wahai sayangku..."

You don't own me
Don't try to change me in any way
You don't own me
Don't tie me down cause I'd never stay

tiada jalan lain,
perubahan itu bukan bermula dari mereka...
ianya dari dirimu!
wahai si bodoh!


I don't tell you what to say
I don't tell you what to do
So just let me be myself
That's all I ask of you
I'm young and I love to be young
And I'm free and I love to be free
To live my life the way I want
To say and do whatever I please


sumber gambar: www.buzzwebster.com


"jika kau teliti, syaitan mengajarkan kepadamu kejahatan kerana itu sememangnya tugasnya...dia tidak bersalah...tetapi adalah menjadi satu kesalahan buatmu jika kamu meletakkan dirimu dalam posisi yang sangat mudah diperdayakan...tidak salah kau lahir dengan fitrah kebodohan...tetapi salah jugalah jika kau mati dalam kebodohan...ternyata ia bukan lagi salah tuhan..."

kerana itu aku selalu katakan padamu,
belajar!
jangan malas!
kau dibentangkan dengan satu cerita...
yang kau ambil yang negatif saja...kau dah kenapa?
hello sayang...
dunia ini hitam dan putih!
ngerti???!


diberi tali untukmu teruskan penghidupan...
yang kau ikat diri sendiri,
kau dah kenapa?
ohhh sayang...
bijak itu adakalanya bukan satu bakat,
ianya boleh dipelajari!
faham?

sekarang ini,
kau dah mula bencikan aku kerana berkata2 sebegini?
ohhh sayang...
kau tidak bencikan aku...
aku tahu itu...
cuma mindamu sahaja yang gagal memuat turun semua data2 ku disini...
ahahahahaaaa....

sumber gambar: screenrant.com

"adakala penjahat boleh digunakan kearah kebaikan...kerana itulah aku selalu katakan padamu...ambil yang positif dari mereka...mereka tidak sepenuhnya tidak berguna...mereka boleh digunakan sebagai contoh yang buruk...dan ianya adalah satu budi...tuhan akan membalas kebaikan mereka itu...ahahahaaaa...dan kau?mana posisimu atas dunia ini?gunakan otakmu sayang...jangan kalah..."

sudah aku katakan tadi...
menjadi bodoh tidak salah....
yang salahnya kau menjadi bodoh berkali2!!! 
ahahahaaaa....
perjuangkan dirimu.
sila menjadi pandai.

sumber gambar: melty.com

"jika dirimu pernah melakukan kesalahan dahulu...apa yang kau perlu buat sekarang?teruskan dalam permainan itu?sayang...dirimu sudah terlalu matang untuk sebuah kebodohan zaman muda...kau itu hebat...kerana itu kau disini membaca selendangkuning...kau tahu ini tempat apa?inilah tempat para pendosa berkumpul untuk menaiktaraf kekuatan dan bermuhasabah...berevolusi dengan kekuatan spiritual selendangkuning...wuhuuu!"

ohhh aku terlupa!
evolusi itu memerlukan masa!
ohhhh bagaimana aku boleh terlupa bab ini...
tidak mengapa ambil masamu...
tapi janganlah terlalu lama sayang...
aku ini cepat bosan...


sumber gambar: screenrant.com

"dan aku?ohhhh tak perlu tahu siapa aku...kerana aku cumalah seorang kartun yang kelakar...aku ditugaskan untuk membantu di dalam perjalanan spiritual kalian semua pembacaku...aku takkan lepaskan jiwamu selagi kau belum benar2 hebat...selagi kau belum hebat, jiwa kita akan selalu berhubung...maafkan aku...bencikan aku sayang...kerana aku benar2 sayangkan dirimu...evolusimu adalah tanggungjawabku...berubahlah kepada sesuatu transformer yang berbudi pada dunia...aku menunggumu...sehingga sampai masa tuhanku mengambilku semula dari kalian semua..."


ehem2...cik annur dah kembali...
kikiki.
fuhhh letih menjiwai watak dia ni...
bahaya betul...
isk isk isk...
ampunkanlah patik....
cewah!
haha..apepun korang amik yang positif k?
annur tau semua pembaca selendangkuning bijak menilai baik buruk...
annur sayang korang!


3 comments:

ahmad solihin said...

hahahahaha!!!

ahmad solihin said...

hahahahaha!!!

ibnu Rejab al-jawi said...

terus melangkah dgn yakin,
terus melangkah dgn bijak..

teruskan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...