Thursday, 25 August 2016

puisi sang puteri: mereka tidak hargai kamu kerana kamu tidak pernah menghargai diri sendiri...

sumber gambar: s1.zetaboards.com

"manusia memperlekehkanmu?tidak mengapa sayang...itulah ujian dirimu...mereka didatangkan untuk memberikan dirimu api sebagai satu kuasa untuk kau lebih cepat maju kedepan...jangan berasa sedih atau mula layu...jangan keras kepala, buka mindamu untuk sebuah perubahan baru...jika dunia nyatakan kepadamu itu adalah permainannya...kau perlu lapangkan hati dan terima permainan itu...tunjukkan kepada dunia bahawa kau adalah pemenang...sejak dahulu sehingga kehari ini, kau sentiasa menang walaupun kau jatuh berkali2 kerana mencuba sesuatu untuk maju dan berjaya...jika dunia berikan medan permainannya, panjat sehingga kau menjadi yang tertinggi dan kau pula bina medan permainanmu sendiri dan ketika itu...kau pelawa mereka pula dalam permainanmu...jadikan dunia sepertimana yang kau pernah impikan...semoga selamat sampai aku doakan..."


aku tidak punya masa yang panjang kali ini,
maka aku cuma berkata2 penting sahaja,
kepada semua pembaca selendangkuning...
ambil masa sebentar...
dengari annur...cahayamu...

di dalam hidup ini,
kita akan diuji dengan godaan di kiri dan kanan apabila kita menuju destinasi,
maka wahai semua kesayangan annur disini,
sila fokus.
jika kau sudah menyimpang dari yang sepatutnya,
sila duduk dan ambil masa untuk kembali fokus.
mereka didatangkan untuk mengujimu...
maka sila fokus.
jangan kalah.
teruskan berjalan sehingga kau sampai kedestinasi dan menang.
jika kau lemah,berhenti sebentar kumpul kekuatan baru,
dan mulakan dengan momentum yang lebih hebat.

itu saja pesanan annur kali ini...

sumber gambar: fansshare.com

"adakah manusia lain gagal menghargai dirimu?sayang...sebelum kau sesat di dalam persoalan itu...kau perlu tahu bahawa dunia bergerak mengikut dalamanmu...mereka tidak hargai kamu kerana kamu tidak pernah menghargai diri sendiri...kamu bazirkan potensi diri kamu sendiri...kamu yang meletakkan harga yang terlalu rendah untuk dirimu...kerana itu mereka tidak menghargai dirimu...kerana itu selalu aku katakan, sebelum kau murung fikirkan luaranmu, selidiki dahulu dalamanmu...disitu adalah puncanya...apa saja masalah dunia, penyelesaiannya selalu bermula dari dirimu sendiri...ambil masa untuk ini...kau bukan miskin, kau cuma terlalu lemah untuk ambil tahu bahawa dirimu adalah harta yang paling berharga dan mahal sekali...hargai ia...ianyalah modal yang pertama sekali ketika kau mula lahir didunia ini...dirimu...mulakan perubahan dari situ...selepas kau mampu capai kekuatan itu, terima realitimu dan mula ubah perlahan2...dalam dan luar akan berjalan seiringan jika kau benar dalam caramu...gerakkan keduanya dengan dinamik sehingga kau merdeka...ohhh aku lupa, selamat hari merdeka! hahaha...salam rindu dari annur..."



Penafian: Blog Selendang kuning ini adalah blog yang bersifat santai dan peribadi bertujuan memberi sesuatu yang positif buat anda. Gambar dan video yang diambil dan digunakan adalah dari sumber sendiri, media sosial, forum, group, blog, website serta menggunakan enjin carian yang terpilih. Dan ia digunakan untuk tujuan yang baik untuk manfaat bersama. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan, kemalangan,kerugian dan lain-lain musibah yang menimpa kepada sesiapa yang meniru perbuatan di dalam artikel,gambar,video dan lain-lain di dalam blog ini. Sila gunakan akal yang waras sebelum bertindak. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun pengomen dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat dari komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pengomen/pemilik akaun itu sendiri. Penulis akan cuba menapis sebarang komen yang tidak bersesuaian. Beretikalah ketika memberi sebarang komen. Semua posting di blog adalah untuk bahan bacaan dan tontonan sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Setiap posting juga tidak berniat mempengaruhi sesiapa. Segala artikel dan puisi di dalam blog ini merupakan satu pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti,organisasi, atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca dan menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya adalah di luar tanggungjawab penulis. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Pendapat penulis tidak semestinya kekal.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil sumber dari blog ini, penulis berbesar hati mengizinkan dengan syarat ianya diberi kredit/backlink ke blog ini iaitu : 2selendangkuning.blogspot.com. Sesungguhnya segalanya adalah milik Tuhan dan kita hanya meminjamnya barang seketika. Harap maaf jika terdapat posting yang melanggar kepercayaan pembaca kerana ianya hanyalah pandangan penulis yang tidak semestinya benar, kemungkinan ada kesalahan, kekhilafan, kekeliruan, penipuan dan kesilapan yang tidak diketahui sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Ianya adalah perkongsian dimana kesahihan ataupun tidak, ianya bergantung kepada penilaian pembaca sendiri. Sila lakukan rujukan dari mereka yang lebih arif dalam bidangnya untuk mendapatkan kepastian. Yang baik itu daripada Tuhan dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri penulis sendiri. Terima kasih. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...