Sunday, 14 August 2016

puisi santai ahad: hidup adalah berkaitan dengan revolusi dari segi apapun...dan kau perlu jelas tentang ini...

sumber gambar: google.com

"letakkan dirimu ditempat yang sepatutnya...di dalam kau merasa hebat, jangan pula kau buli yang lain...kerana kehebatan milik sesiapapun yang sedarkan diri mereka...ia bukan harta persendirian milikmu...jangan pula kau perasan atau terlebih dalam perasaan...mereka yang benar2 hebat tidak membuli, mereka menaikkan antara satu sama lain...kehebatan yang dikongsi akan melahirkan bangsa yang kukuh dari segala segi...dan ia pastinya satu aset yang sangat berharga..."

bagaimana dia mencintai kita...
ianya satu keluhan...
satu kepuasan...
memandu ilusi penuh ke destinasi.
jika ianya satu sementara,
aku mahu rasa itu.
jika ianya satu kekuatan yang memacu aku kedepan.
kerana mungkin cinta bukan selama2nya.
tetapi pemangkin kepada sesuatu yang lebih lain.
siapa tahu.

teruskan berjalan.
dan sayangi para kesayangan...

bahagia bukan didepan,
bahagia bukan dibelakang,
bahagia adalah sekarang.

dalam setiap perjalanan kau,nikmati ia.

kerana bahagia itu sekarang.
jangan jadi si bodoh yang hidup dalam khayalan lepas dan masa depan.
sedang kau belum pasti dapat kebelakang mahupun depan.

siapa tahu masamu yang ada cuma sekarang.
bukan semalam.
bukan juga esok.
cuma harini.

jangan hidup dalam penyesalan.

hargai.
sumber gambar: google.com

"jika perkara terjadi di luar kawalanmu, kau perlu mengambil iktibar dan perbaiki...hidup adalah berkaitan dengan revolusi dari segi apapun...dan kau perlu jelas tentang ini...menjadi diri sendiri bukan bermaksud pintu kepada perubahan itu sudah tertutup..jangan terperangkap dalam permainan kepercayaan...berubah saja jika ia perlu...kau perlu tahu diantara perkara penting dalam silibus ilmu keabadian adalah kemandirian..."

"haiwan begitu pandai dalam ilmu kemandirian...jangan pula kau sebagai manusia lebih bodoh dari mereka...jaga kualitimu..."


1 comment:

ibnu Rejab al-jawi said...

Revolusi Cinta.
Cinta lahir daripada perasaan dari lubuk hati.
Namun cinta bukan perasan...
Cinta adalah perasaan yg sejati.
Senyum selalu buat puteri Jalanan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...