Saturday, 17 September 2016

puisi sang puteri: belajar kenali dan fahami satu persatu impianmu dan mula bergerak kearahnya.

sumber gambar: www.shutterstock.com

"putus asa memang selalu menganggu...tetapi keinginan terhadap sebuah impian adalah satu kekuatan."

"belajar kenali dan fahami satu persatu impianmu dan mula bergerak kearahnya."

ambil masa.
jika kau rasa serabut kusut musut,
ambil masa.
ambil masa untuk dirimu.
jangan rendahkan dirimu,
kau sebenarnya berguna.
seorang manusia yang berguna.
kau cuma tersekat dalam sistem yang menzombikan manusia,
kau cuma perlu masa untuk belajar tentang teknik asimilasi,
iaitu penyesuaian diri dengan keadaan,
belajar.
belajar tentang setempat.
gerakkan deriamu secekapnya,
peka.
jangan lalai sekalipun kau sedang bermain2,bergurau2 atau melawak.
fokus dalam santai.
jika kau tidak tahu, sila diam.
diam dan belajar.
jika tidak tahu,
sila bertanya.
jika mereka yang kau tanyakan itu tidak tahu,
sila cari yang lain dan teruskan pencarian.
jika malas tunggulah jika tuhan berkenan memberitahu.
jika berlaku ribut.
kau jangan pula menjadi manusia yang kelam kabut.
tenang.
fokus pada penyelesaian.
bertindak terus kearah penyelesaian.
jangan buang masa dengan mencari salah siapa.
adakala manusia bukan sengaja berbuat salah,
mereka cuma tersilap.
maafkan mereka dan bantu mereka fokus pada halatuju.
kau boleh marah dan rosakkan emosi mereka,
ia boleh memuaskan nafsu amarah kau.
sehingga kau rasa lebih raja daripada raja.
tetapi dalam jangkamasa yang panjang ia kurang bijak.
dan pemimpin yang kurang bijak itu tidak dapat bertahan lama.
kau cuma mencipta gunting dalam lipatan.
tindakan kau yang sesuka meledak amarah itu akan membentuk watak khianat itu.
dan tindakan geram kau itu hari ini akan mencoret kejatuhanmu esok.
maka hati2 wahai kawan.
takdir itu benar.
tetapi usaha itu perlu.


"jika bersendirian dan memerhati itu satu keperluan untuk sebuah jiwa tenang, maka lakukannya."





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...