Friday, 2 September 2016

puisi sang puteri: inilah jin itu...

sumber gambar: malehealthcentral.com

"kita tidak pernah salah jika berilusi...tetapi yang menjadi kesalahan adalah ia tidak selari dengan realiti...dan ada apa dengan kesalahan?pelanggar peraturan adalah terlalu ramai...haha...sesuatu yang disabitkan dengan kesalahan adalah AKIBAT...melanggar kesalahan adalah sesuatu yang dibanggakan sesetengah manusia...tetapi akibat adalah sesuatu yang dirahsiakan mereka...hahaha..."

kita selalu dimomokkan oleh ilusi kita sendiri,
sebenarnya penipu yang paling besar bukan orang lain,
ia adalah dirimu sendiri,
ia memomokkan bahawa kau itu adalah segala2nya...
dari segi ilmu keyakinan,
ia adalah sesuatu yang hebat,
tetapi ia sangat rapuh...
kehebatannya hanya pada ilusi...
kau boleh membayangkan kau adalah segalanya...
segalanya adalah dirimu...
tetapi secara realiti...?
kau jawablah sendiri...
kau lebih mengetahui tentang ini...

aku selalu memberitahu diriku tentang realiti ini...
selagi aku tidak mampu membawa segala ilusi ini ke realiti,
aku cuma sang pemimpi hanyut...

samaada aku suka atau tidak,
aku perlu berpindah ke realiti...
disini aku kalah...

tetapi aku positif,
sebelum mereka dinobatkan sebagai pemenang,
dahulu mereka adalah orang2 yang pernah merasa sepertiku...

dan kiranya aku masih di lorong yang betul...

menganggap bahawa kekalahan adalah sejenis kemenangan,
cuma ia tidak didendang kerana pada rupanya yang tidak mampu untuk dibanggakan...

bertabahla wahai hati.
masa kau akan tiba jua...

sumber gambar: www.alux.com

"ada saja mereka yang mempersoal bahawa mereka perlukan harta yang melimpah ruah supaya dapat bangun dan terus maju bersaing...sehinggakan terlalu ramai yang menggadaikan segalanya untuk mengejar ilusi itu...ilusi bahawa kau itu diwariskan dengan segala harta kekayaan tok nenek moyang...dengari kataku, harta itu sudahpun berada ditanganmu...kau cuma perlu gunakan ilusimu itu untuk memunculkan ia pada penglihatan kasarmu...adakah ilusi yang aku maksudkan menggunakan jampi serapah kemenyan segala?fikirkan semula...jika itu yang aku maksudkan,sudah tentu aku yang paling tegar mengamalkannya...jin gen itu sudahpun berada dalam dirimu...gunakan ia sebaik mungkin...jangan sia2kan pemberian yang agung ini...."


"inilah jin itu...eh salah...gene...tetapi kedua ini bunyinya seakan2 sama kan?hahahaaaa....si annur ni kadang2 selalu tersalah cakap...kikiki...."

(Penafian: Blog Selendang kuning ini adalah blog yang bersifat santai dan peribadi bertujuan memberi sesuatu yang positif buat anda. Gambar dan video yang diambil dan digunakan adalah dari sumber sendiri, media sosial, forum, group, blog, website serta menggunakan enjin carian yang terpilih. Dan ia digunakan untuk tujuan yang baik untuk manfaat bersama. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan, kemalangan,kerugian dan lain-lain musibah yang menimpa kepada sesiapa yang meniru perbuatan di dalam artikel,gambar,video dan lain-lain di dalam blog ini. Sila gunakan akal yang waras sebelum bertindak. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun pengomen dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat dari komen yang disiarkan adalah menjadi tanggungjawab pengomen/pemilik akaun itu sendiri. Penulis akan cuba menapis sebarang komen yang tidak bersesuaian. Beretikalah ketika memberi sebarang komen. Semua posting di blog adalah untuk bahan bacaan dan tontonan sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Setiap posting juga tidak berniat mempengaruhi sesiapa. Segala artikel dan puisi di dalam blog ini merupakan satu pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti,organisasi, atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca dan menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya adalah di luar tanggungjawab penulis. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Pendapat penulis tidak semestinya kekal.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil sumber dari blog ini, penulis berbesar hati mengizinkan dengan syarat ianya diberi kredit/backlink ke blog ini iaitu : 2selendangkuning.blogspot.com. Sesungguhnya segalanya adalah milik Tuhan dan kita hanya meminjamnya barang seketika. Harap maaf jika terdapat posting yang melanggar kepercayaan pembaca kerana ianya hanyalah pandangan penulis yang tidak semestinya benar, kemungkinan ada kesalahan, kekhilafan, kekeliruan, penipuan dan kesilapan yang tidak diketahui sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Ianya adalah perkongsian dimana kesahihan ataupun tidak, ianya bergantung kepada penilaian pembaca sendiri. Sila lakukan rujukan dari mereka yang lebih arif dalam bidangnya untuk mendapatkan kepastian. Yang baik itu daripada Tuhan dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri penulis sendiri. Terima kasih. ) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...