Saturday, 24 September 2016

puisi sang puteri: mari kita meriahkan bumi ini dengan keunikan kita.

sumber gambar: www.123rf.com

"hidup terlalu mencabar?jalan saja dengan hati yang gagah...mati itu pasti, hidup saja belum tentu..."

malam tadi aku bermimpi.
dihidangkan dengan pelbagai manisan.
diberikan oleh orang yang aku tidak suka.
terlalu pelbagai.
sehingga sekarang aku masih mengingati dengan jelas mimpi itu...

entah mengapa.

aku gila.
dia gila.
atau mimpi ini yang sebenarnya gila.

jika dia sedang menyeruku,
silakan datang.

tetapi ingat,
jika kau datang berwajah malaikat tapi berhati syaitan,
silakan pergi.
aku tidak mahu mengenalimu.

aku adalah kombinasi malaikat syaitan yang tidak suka berkawan dengan malaikat mahupun syaitan.
aku hanya suka kepada diriku sendiri sahaja.

aku adalah syaitan yang terpinggir.
dan juga malaikat yang terpinggir.
mereka meminggirkanku kerana aku adalah mereka tetapi aku tidak mahu mengikut budaya gampang mereka itu.
aku memilih untuk mengikut kata hatiku sendiri.

oleh itu, setelah sekian lama mengenali dua golongan ini,
aku lebih suka bersendirian.

mereka terlalu membosankan.
sentiasa berfikir bahawa jika kau menjadi malaikat maka kau perlu berbuat baik sentiasa.
oleh kerana pemikiran bodoh sebegini,
aku terus terpinggir setelah melakukan kejahatan.
dan ketika aku sampai ditempat2 syaitan,
mereka meminggirkanku pula kerana aku tidak mahu melakukan kejahatan seperti mereka,
aku pilih berbuat apa saja sesuka hatiku,
maka setelah itu aku dipinggirkan jua.
syukur alhamdulillah ya Allah...haha.

aku telah berjaya memecah dinding2 kebodohan itu dan keluar dengan hati yang lapang.

maka wahai kawan,

jika kau sudah terpinggir daripada dua golongan ini,
kau adalah manusia sepertiku.
aku mencarimu.
maka sila datang dan temui aku.
kita duduk dan bercerita tentang betapa bosannya menjadi malaikat dan syaitan.
menjadi manusia adalah lebih 'cool'.
kita bebas memilih apa saja.
dan kau bebas menjadi diri sendiri,
bersinar dengan caramu yang tersendiri dan unik.

mari kita meriahkan bumi ini dengan keunikan kita. 


sumber gambar: www.coscouture.com

"tetap berjalan jika kau tidak tahu dimana hala tujumu...kerana sesuatu yang baik sedang menunggu dihadapan...jangan biar masalah menyedut keyakinanmu...percaya kata hatimu..."

terima kasih kerana sudi membaca! :)



ps: kepada pembaca baru selendangkuning...mari kesini annur ceritakan serba sedikit tentang penulis...Beliau adalah seorang perempuan melayu yang kelakar...mula bergiat dalam dunia blog sebagai penulis sejak 2011 dengan menggunakan nama pena pada permulaan sebagai nasuha,nurrunnur dan akhirnya memilih nama yang lebih stabil iaitu puteri jalanan tetapi lebih mesra dengan panggilan annur. Beliau minat menulis puisi tentang kehidupan berteraskan falsafah, seni, dan cinta. Terima kasih yang terlalu besar kepada seorang teman lama bernama purba kerana tanpa beliau, tidak ada annur disini.Tanpa beliau juga tidak mungkin annur disini bersama kalian semua. Selendangkuning memberi satu penghormatan besar buatnya. Purba adalah satu legendaris disebalik selendangkuning. (Purba, anda menerima tabik hormat dari annur!haha). Semoga beliau terus bahagia dalam kehidupannya. Di bawah adalah sedikit sedutan komentar yang dikeluarkan oleh beliau, kiranya mengandungi seribu erti. annur petik dari blog lama annur iaitu  


http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.my/2012/03/jangan-kau-gentar-pada-bayang-bayang.html

"purba said... Sejahtera...perlu adaptasi perangi konfrantasi..sedikit antologi menyesuaikan diri..perlu analisis jwpn yg pasti..merendah diri amalan terpuji..itu lambang melayu sejati..bahasa kiasan wajib diketahui supaya tak timbul luka dihati..berkata tepat menuding jari..langkah bijak org brbudi..bkn menilai semau hati..baru mlayu bijak bistari..menarik rambut ditepung ini..begitu sensetif isu ini..mari saudara juga saudari..brgabung fikiran dan jua budi..menyusun langkah kearah yg pasti...nescaya terbela perjuangan suci...kearah tuhan maha abadi...kpda dunia kita berbakti supaya ank cucu tidak diperli kecuaian kita menjaga harmoni...yakin kn diri menawan hati agar tetap sifat trpuji...yg mungkar kita basmi yg zalim kita perangi..dgn pegangan rahsia sejati kalimah shahadah kita pegangi sbg tunjang bangsa ini..rasanya cukup smp disini bangsa di hina jua di injaki..mari mula penyatuan ini..maaf."

Kepada pembaca setia selendangkuning yang sentiasa mengikuti annur disini, setinggi terima kasih annur ucapkan kepada kalian. Tanpa pembaca, siapalah annur. Kalian adalah kekuatan annur. Doakan annur terus kuat untuk mencoretkan sesuatu disini sebagai panduan kecil untuk sesiapa yang sedang mencari. Selamat membaca kepada semua. Silakan menikmati intipati selendangkuning. Anggaplah ia satu hadiah daripada annur. Semoga menjadi pedoman kepada semua. :)


Dhada, annur rindukan kamu.  Untuk waktu yang sebentar, bersama2 kita doakan beliau semoga cepat kembali. Dhada, i miss u so much sis. Please come back. 


Hey soul sister! Bila kita nak rock sama2 balik hah???! Aku tunggu kau. Tazzabar nak tendang kau. haha. 










4 comments:

Anonymous said...

Sometimes I dream of saving the world, saving everyone from the invisible hand; one that brands us with an employee badge; the one that forces us to work for them; the one that controls us every day without us knowing it…
— Mr. Robot

puteri jalanan a.k.a annur said...

bersabarlah...akan tiba masanya nanti...

Biarmisteri Biarmisteri said...

Alhamdulillah

Biarmisteri Biarmisteri said...

Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...