Monday, 3 October 2016

puisi sang puteri: tanpa kau sedar... kau telahpun tua...

sumber gambar:www.ourvanity.com 

"semalam kau kecil...hari ini kau dewasa...esok kau sudahpun tua...apa yang tertinggal?cumalah kenangan tentang semalam,semangat hari ini dan harapan tentang esok...jangan lupa tinggalkan erti didalam setiapnya..."

untuk sekejapan ini aku mahu duduk sebentar,
duduk dan menulis...
berkarya tentang hati...
apa ya...
pernah tak kau merasakan sepertiku?
kau terbang...dan kau tidak tahu kemana hala tujumu...
tapi kau cari sesuatu...
kau tidak tahu dia dimana...
kau cuma berjalan menurut kata hatimu...
kompasmu cuma nalurimu...
diwaktu dan ketika kau tidak tahu apapun...
kau cuma mahu jumpa dia...

begitu kosong fikiran dan jiwamu...
kau cuma fikirkan dia...

kau mahu selesaikan segalanya...
jiwamu berkobar2...
kau rasa itu cuma waktu yang sebentar...

dan waktu pun berlalu...

pencarian demi pencarian telahpun buntu...

tanpa kau sedar...
kau telahpun tua...
rambutmu juga semakin memutih...

haha.

sedih bukan?

tolonglah jangan lakukan kebodohan seperti ini.
ia benar2 susah untuk dimaafkan.

haha.

sumber gambar: favim.com

"tiada apapun masalah jika tiada manusia yang bangga denganmu...aku cuma mahu tahu sesuatu saja...adakah kau bangga dan redha dengan pencapaian dirimu sehingga kini?jika kau mati keesokan harinya, adakah kau sudah bersedia?"




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...