puisi gila sang puteri: jika manusia selalu berfikir cara A...kenapa tidak kau cuba cara B?

15:25 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: photography blogger

"jika kau merasa jalanmu adalah di depan itu...peliknya kau ambil jalan yang bertentangan kerana mahu mencuba sesuatu yang baru...adakah hidup ini dihabisi dengan melakukan sesuatu yang sama sahaja sehingga ajal menjemput?jika jalan yang sama tidak membawamu ke tempat yang kau mahukan...kau berhak bereksperimentasi...."

"jika manusia selalu berfikir cara A...kenapa tidak kau cuba cara B?adakah kau takut dengan ketakutanmu?"


LAKUKAN SESUATU DI LUAR KEBIASAAN.

ketika aku berbuat keputusan yang melanggari diriku sendiri,
aku telan air liur sebentar.
rasa takut, rasa gementar, rasa segala rasa hadir...
haha

ketika aku melakukan sesuatu yang aku yakin ia berjaya 
tetapi ia tidak berjaya.
rasa itu sangat perit.
rasa mahu bunuh diri terjun bangunan pun ada.
haha

tetapi setelah aku membuang rasa gementar dan cuba perkara baru.
aku jadi ragu2 untuk melangkah.
tetapi peliknya semakin aku ragu2 semakin aku tertarik untuk mencuba

dan akhirnya aku tetap mencuba.

airmuka yang cuba aku pertahankan,
telahpun aku lemparkan.

dan aku masih menunggu jawapan.

LEBIH BAIK MENCUBA DAN GAGAL DARI TIDAK MENCUBA LANGSUNG. 

sumber gambar: pinterest

"airmuka adalah satu harta diriku...ketika ia hilang, aku juga turut merasa hilang...tuhan, ambil harta ini, dan tukarkan dengan kenyataan impianku...aku cagarkan ia padaMu..."

terima kasih kerana sudi membaca! :)


You Might Also Like

0 comments: