puisi sang puteri: dia mahu pulang... dia mahu pulang... dia mahu pulang...

15:25 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: rebloggy & Keyword Suggestions

"akan tiba suatu masa kau sudah tiada rasa ketika menceritakan pengalamanmu hadapi kehidupan...ketika itu kau sudah tahu kau sudahpun sembuh...yang tinggal cuma kekuatan yang tersisa di dalam diri..."

suatu malam...
di seberang lebuhraya...
kelihatan seorang perempuan...
dia berlari dan menangis...
setelah keletihan menangis dia duduk di tepi jalan...
melihat kereta yang lalu lalang...
dia tidak tahu mahu tafsirkan bagaimana perasaannya ketika itu...
dia melihat langit malam yang gelap...
tiada bintang...
tiada bulan...
hanya kosong...

dia mahu pulang...
dia mahu pulang...
dia mahu pulang...

tapi dia tidak tahu jalan pulang...

lalu satu kereta berhenti...
di dalamnya ada seorang lelaki...
mungkin saja lelaki itu jujur...
mungkin juga tidak...

kerana ketakutan, perempuan itu sambung berlari...

oleh kerana itu lebuhraya,
lelaki tadi teruskan perjalanan kerana di hon oleh segelintir pemandu lain...

dan perempuan itu berhenti berlari...
kakinya luka...

mungkin saja hatinya lebih sakit berbanding luka di kakinya...

mungkin saja.
siapa yang tahu apa yang dia alami.

semoga tuhan selalu melindungi dirinya...


ps: kisah ini cuma rekaan dari imaginasi penulis sahaja. harap maklum. 

sumber gambar: pinterest

"ketika Tuhan mengetahui bahawa kau itu kuat, maka Dia akan mengujimu dengan ujian yang gila...maka bersabarlah dalam mencari jalan keluar...setiap sesuatu punya kadar dan masanya yang tersendiri...muhasabahla..."

terima kasih kerana sudi membaca! :)



You Might Also Like

0 comments: