puisi sang puteri: jangan putus asa kerana dipenghujung jalan gelap itu, pasti wujudnya cahaya...

21:09 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: google.com

"jaga dirimu, jaga keluargamu...tunduklah jika dirimu bersalah...mengaku dengan jujur kesilapanmu dan perbaikilah...muhasabah segalanya...kerana kau selalu tidak tahu bahawa selepas keegoan yang menggila, selalu sangat terjadi kemusnahan yang besar skalanya...maka, melayulah..."

dalam kau menjalani kehidupan,
adakala kau tidak perlu terlalu berkeras...
perbanyakkan sabar dan tahan sebentar darah mudamu...
kerana adakala tindakan yang kau lakukan ketika marah,
adalah tidak rasional dan bersifat merosakkan...
janganlah kau merosakkan dirimu sendiri...
adakala ia tidak berbaloi...

kau cuma kelihatan tidak waras kepada mereka yang tidak mengetahui asal usul perkara...
dan akhir sekali jika dirimu melanggari adat hukum manusia,
kau akan dinilai dengan negatif di dalam penghakiman dunia manusia...
mereka akan memandang serong dirimu...
dan jika kau gagal untuk bertahan, kau akan rebah...

bukanlah aku sengaja menulis sebegini untuk mematahkan semangatmu...
tetapi anggaplah segala peringatanku ini,
dari seseorang yang sudahpun merasainya...
dan jika boleh aku tidak mahu lagi,
kamu,kamu dan kamu mengambil jalanku lagi...
kecuali jika kau seorang pejuang keadilan yang sejati...
jika itu dirimu, maka teruskanlah...
kerana itu sememangnya takdirmu...

sumber gambar: google.com

"jika boleh, aku mahukan kalian semua sejahtera selalu...tetapi adakala takdir tuhan melangkaui doaku...jika sesuatu yang buruk bakal terjadi nanti, ingatlah selalu pesananku ini...tuhan itu ada...Dia selalu mendengar doa2 mereka yang berharap dan menanti masa yang sesuai untuk memakbulkan doa kalian yang bersimpang siur itu...jangan putus asa kerana dipenghujung jalan gelap itu, pasti wujudnya cahaya...kepada mereka yang tidak mempercayai ini, ketahuilah cahaya tetap ada menunggu kehadiranmu sekalipun kau tidak percaya keberadaannya..."

2 comments:

puisi sang puteri: apakah rasanya diuji berkali2?

22:34 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: google.com

"dahulu aku pernah merasakan aku ini pandai kerana menjadi si baik hati...setelah lama selepas itu, aku mendapat satu pelajaran bahawa menjadi terlalu baik hati adalah satu dosa, dan dipergunakan,diperbodohkan, dan dikambing hitamkan adalah balasannya...maka kini, aku lebih berhati2..."

beberapa hari kebelakangan aku menulis puisi.
tetapi alangkah sedihnya aku rasa ia hanyalah untuk diri sendiri dan bacaan sendiri.
haha.
aku ini sebenarnya banyak yang ingin aku nukilkan...
tentang pengalaman hidup yang tidak seberapa...
tetapi sengaja mahu dicoretkan sebagai kenangan....
tentang kemarahan zaman mudaku...
tentang kesedihan zaman gelapku...
tentang kebodohan zaman gilaku...
tentang semuanya jika boleh...
tetapi untuk kali ini, aku masih lagi kekok.
rasanya itu sahaja.

aku rasa puisi ini benar2 sampah.haha.

sumber gambar: google.com

"apakah rasanya diuji berkali2?paling mengejutkan, hampir tiada rasa..."

0 comments:

puisi sang puteri: adakah kau mampu lihat kuantitinya yg sebenar?

23:04 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: google.com

"cinta itu adalah keesaan...jika tidak kau temui keesaan di dalam cinta, maka ketahuilah itu bukan cinta...itulah nafsu burukmu...nafsu itu akan memaksa dirimu melakukan apa saja dengan terdesak...ia sungguh memalukan...haha...tetapi tidak cinta, cinta itu membentuk ketenangan, keyakinan dan kebahagiaan..."

apa agaknya perasaan disini?
di dalam syurga diri sendiri...
indah...
tenang...
mungkin rasa yang lebih sesuai untuk aku ceritakan ialah...
CINTA...

di dalam syurga ini,
kau tidak sedih...
kerana cinta di dalam sini sangat menenangkan...
ia bukan sesuatu yang perlu dibalas...
ia adalah sesuatu yang sentiasa ada...
ia tetap...
benar,disana tiada kecewa...

adakah kau tahu mengapa cinta dunia adakala mengecewakan?
kerana nafsu.
nafsu untuk memiliki,nafsu untuk menguasai...
dan pelbagai lagi jenis nafsu yang tidak suci dan memudarkan kesucian cinta...

tapi tidak disana...
disana, kau akan tenang...
kerana cinta itu adalah sesuatu yang suci...
adakah kau tahu balasan cinta itu menunjukkan wujudnya dua?
itulah yang mengecewakan....

tapi tidak disini...
disini, cinta itu satu...
dan aku hanyut di dalam keesaan itu...

benar2 hanyut...

adakah kau mahu aku pasangkan lagu syurga?
mari...

https://www.youtube.com/watch?v=cgmhimjsczk

sumber gambar: google.com

"adakah mereka itu berdua?dua?tidak...tidak...tidak...mereka itu satu...adakah kau nampak keesaannya disitu?adakah kau mampu lihat kuantitinya yg sebenar?"

"cinta itu keyakinan..."


2 comments: