puisi gila: hoi annur! kau dah kenapa???!!!

15:38 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

 sumber gambar: www.pcgamesn.com

"fasa kehidupan adalah berbeza2 bagi setiap manusia...ia seakan sama tetapi jarang sekali serupa...maka enjoy dalam setiap apa yang kau lakukan...kerana mungkin esok kau sudahpun mati dari merasai semua itu...kawanku bertanya, hidup ini takkanlah sampai bila2 begini?aku katakan ya,kenapa gusar?enjoy dalam setiap apa jua yang kau lakukan...rahsia kehidupan bukan di akhir, ia ada ketika kehidupan itu berlangsung...jangan menjadi manusia yang rugi...hargai apa saja di hadapan matamu...bahagia bukan semalam,bukan esok,ianya hari ini."

rasa yang kosong...
annur tak tahu mahu menukilkan apa untuk hari ini...
malas...
                                                                              

tiada harapan...
cuma mahukan rehat...
jika boleh untuk selama2nya...

hoi annur!
kau dah kenapa???!!!

haha.

sumber gambar: Pinterest

"mesin yang kental bekerja juga boleh rosak, inikan pula manusia...hey manusia! bila letih berehatlah! kau dah kenapa???hehe. hello sayang...jika kau tiada pun, dunia masih kekal berjalanlaaaa...."




0 comments:

puisi mengarut: kenapa annur. kenapa???

22:50 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: www.walldevil.com

"terbakar di dalam persoalan diri sendiri, rasanya seperti ini...tiada jawapan, hanya terbakar sendiri..."

kenapa manusia suka melihat orang lain?
kenapa tidak melihat dirinya sendiri?
kenapa manusia begini?
kenapa manusia!
kenapa?

hehe.

kenapalah si annur ni tak habis2 bertanya soalan2 bingung seperti ini.

kenapa bila kita berbuat kebaikan, orang suka.
dan kenapa pula bila kita lakukan kejahatan, orang tak suka.

kenapa?

kenapa si annur ni tak habis2 tanya kenapa...

kenapa annur.
kenapa???

TANYA SAMA ITU HUD HUD. :P

terima kasih kerana sudi membaca! :)



"mengapa bila manusia mula mendekati, kita jadi seperti ini? mengapa rasa takut itu menjadikan kita sangat berjaga2?kenapa?adakah mereka benar2 mahu menyakiti atau kita yang tidak berani melawan ketakutan sendiri?"







3 comments:

puisi sang puteri: adakah kau gembira dilabel gila?

20:14 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments




"terlalu banyak khayalan2...terlalu banyak bersendiri...adakah kau gembira dilabel gila?"

jauh benar dia pergi...
entah kemana hala tujunya...
dihalau saudara sendiri...
dianiaya sedemikian rupa...
tidak dia sangka,
menjadi baik juga beginilah jadinya...
hatinya merajuk...
jiwanya luka...

terbuang kerana harta dunia...

dia masih teringat kata2 saudaranya yang ketawa memperbodohkan dirinya...

"harta adalah segala2nya...mereka yang pandai akan menang...dan yang bodoh akan tersingkir..."


sumber gambar: www.pinterest.com

"adakala misteri kehidupan ini terlalu mengelirukan...terutama apabila hidup dan mati jadi permainan..."

ps: cerita dan puisi ini hanyalah rekaan semata2 dari imaginasi penulis...

terima kasih kerana sudi membaca! :)



0 comments:

puisi sang puteri: tanpa kau sedar... kau telahpun tua...

19:06 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar:www.ourvanity.com 

"semalam kau kecil...hari ini kau dewasa...esok kau sudahpun tua...apa yang tertinggal?cumalah kenangan tentang semalam,semangat hari ini dan harapan tentang esok...jangan lupa tinggalkan erti didalam setiapnya..."

untuk sekejapan ini aku mahu duduk sebentar,
duduk dan menulis...
berkarya tentang hati...
apa ya...
pernah tak kau merasakan sepertiku?
kau terbang...dan kau tidak tahu kemana hala tujumu...
tapi kau cari sesuatu...
kau tidak tahu dia dimana...
kau cuma berjalan menurut kata hatimu...
kompasmu cuma nalurimu...
diwaktu dan ketika kau tidak tahu apapun...
kau cuma mahu jumpa dia...

begitu kosong fikiran dan jiwamu...
kau cuma fikirkan dia...

kau mahu selesaikan segalanya...
jiwamu berkobar2...
kau rasa itu cuma waktu yang sebentar...

dan waktu pun berlalu...

pencarian demi pencarian telahpun buntu...

tanpa kau sedar...
kau telahpun tua...
rambutmu juga semakin memutih...

haha.

sedih bukan?

tolonglah jangan lakukan kebodohan seperti ini.
ia benar2 susah untuk dimaafkan.

haha.

sumber gambar: favim.com

"tiada apapun masalah jika tiada manusia yang bangga denganmu...aku cuma mahu tahu sesuatu saja...adakah kau bangga dan redha dengan pencapaian dirimu sehingga kini?jika kau mati keesokan harinya, adakah kau sudah bersedia?"




0 comments: