puisi sang puteri: tetapi ingat,memetik kata2 saudara purba...

15:45 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"pada mulanya cuma khayalan...akhirnya jadilah kenyataan...begitulah kronologi pertukaran dua dunia..."

kenapa ek.
bila aku berseorangan banyak sekali aku berfikir tentang perkara dasar.
tapi bila singgah disini untuk meletakkan jejak,
semua yang terkeluar cumalah puisi2 cintan cinton...

ceh.

annur!
tolong rasional sikit!
ini blog falsafah! bukan falsampah!

grrrr.

cik annur, sila bangun.

eh,tapi cinta pun berhak difalsafahkan.
hehe.

janganlah marahhh.

"bukanlah rahsia bila aku adalah seorang pemimpi, dan aku bukanlah satu-satunya didunia ini..."
-Bukan rahasia, Dewa-

sumber gambar: Matthew McHugh Artwork

"di dalam blog ini penuh dengan kata2 kiasan...ambillah jika kamu suka...tetapi ingat,memetik kata2 saudara purba,  ia hanya panduan, dan bukannya ikutan...jangan salah faham tentang ini...hehe...binalah arca kamu sendiri..."






terima kasih kerana sudi membaca! :D

ikuti kata2 hikmah annur disini: https://www.facebook.com/annur

0 comments:

puisi gila sang puteri: apa kau ingat haaaa...

13:28 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"ibu...tiada siapa yang mampu memahami anakmu ini...hatta dia sendiri pun tidak mampu memahami dirinya sendiri...ibu,bertahanlah...biarlah angin bercerita...dan aku sudah terlalu malas melayan kerenahnya...akan tiba masanya putera raja itu datang...hahahaha..."

kejar.
kejar lagi.
lari.
lari lagi.
haha.

maafkan aku.

kau hadir berupa ular di dalam mimpiku.
datang mengejar dan mematuk.
pasti sekali aku akan lari.

apa kau ingat haaaa...
hahaha.

sumber gambar: pinterest

"ramai perempuan begitu teruja bila menceritakan perkara jodoh menjodoh ini,bagaimana mahu bercantik2 jika berjumpa si dia...jika aku jumpa jodohku, wajah pertama yang aku akan tunjukkan adalah sebegini...realistik itu bagus...ia berjaya mematahkan hati...hahaha. ibu, maafkan anakmu ini...otaknya kadang2 lebih kronik dari udang...hahaha"



lagu ni tak menggambarkan annur ek...jangan salah faham. hahaha. ini orang lain. annur lain. uwekkk.

Page fb terbaru annur yang rasanya akan lebih aktif lepas ni...jom like! 


ps: Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil sumber dari blog atau fanpage ini, penulis berbesar hati mengizinkan dengan syarat ianya diberi kredit/backlink ke blog ini iaitu : 2selendangkuning.blogspot.com.Sesungguhnya segalanya adalah milik Tuhan dan kita hanya meminjamnya barang seketika.

terima kasih kerana sudi membaca! :D


0 comments:

puisi misteri sang puteri: digoda setiap hari bukanlah satu keinginanku...

15:33 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: we heart it

"digoda setiap hari bukanlah satu keinginanku...tetapi suara yang memanggil itu sungguh menawan hati...suara siapa itu...bolehku kenal?"


"kau memori terindah tak ku duga kini engkau datang lagi...
andaikan minit bisa terhenti waktu tak berjalan...
maka dari itu dengar lihat...
waktu kita tak banyak...
andai ini kesempatan terakhir kita nikmati...
jangan hadirkan dia...
jangan terlintas di benakmu...
simpan dulu nama dia...
kini hanya ada aku..."

Jangan ajak2 dia, Melly Goeslow


fikiran kita ini unik ya.
wujudnya ia seakan2 komputer...
eh tapi melalui ia pula komputer tercipta...
pelik...
walaupun aku bukan ilmuan yang mampu mengkaji ini semua dengan mendalam,
tapi...
aku adalah insan yang mengkagumi indahnya semua kurniaan ini...

bagi seorang yang suka menikmati keindahan,
arca yang pelik juga mampu aku tenung tanpa kelip,
adakala aku tergelak,
adakala aku menangis.

setelah suatu masa,
aku telah serahkan jiwa ini kepadanya...
sehingga selepas waktu itu aku...
aku...
aku...
tidak seperti aku yang dulu...
juga bukan aku diwaktu hadapanku...

aku hanya menurutnya...
melakonkan watak suruhannya...
dan bertindak seperti aku bukanlah aku...

"To really love a woman
to understand heryou’ve got to know what deep insidehear every thought see every dreamand give her wings when she wants to flyand when you find yourself lying helpless in her armsYou know you really love a woman"-Have u ever really loved a woman,Bryan Adams


sumber gambar: taringa!

"kau wujud di dalam mimpi2...ilusi2...akhirnya kau ku tunggu di realiti...aku mencarimu disejuta wajah...diseribu gambar...diberatus mimpi...cermin ini begitu sukar untukku tafsir...disetiap yang aku jumpai, aku ketahui itu dirimu...tetapi mengapa menyorok disebalik setiap identiti?apa yang kau takuti?adakala alasan dan kemalasan bezanya cuma pada beberapa huruf..."

0 comments:

puisi sedih sang puteri: bagaimana... bagaimana... bagaimana...

19:27 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: hdfondos.eu

"ketika aku bermimpi tentangmu...ia seakan real...sehinggakan bila aku terjaga, aku terfikir mungkinkah tadi itu bukan mimpi?bagaimana jika ia benar?tuhan...begitu keliru diriku sehinggakan kebenaran dan kepalsuan sudah samar sekali untukku bezakan...sayang...jika benar itu dirimu, janganlah bermain mimpi...ia memalukan...seorang lelaki sejati tidak begini...mereka itu berani..."

bagaimana...
bagaimana...
bagaimana...

dia tiada dalam ada...
dia ada dalam tiada...

dia kembali dalam hilang...
dia hilang dalam kembali...

dia realiti dalam ilusi...
dia ilusi dalam realiti...

dia sana dalam sini...
dia sini dalam sana...

dia...
aku...

haha.

tuhan,aku telah gila ke?

hmm.

"pada siapa ku merindu? tak tahu...tak tahu...dengan siapa ku bercanda? tak tahu...tak tahu..."Apa yang ku cari, Endang.

sumber gambar: Day-to-day

"sayang...adakah kau berniat mempermainkanku? bagaimana jika keadaan itu bertukar?adakah kau mahu aku menyeru laila di dalam diriku?mereka yang sedang bercinta pun tidak merasakan cinta itu sendiri...tetapi aku yang tidak bercinta ini, setiap hari merasakan cinta...permainan apakah ini?"


sumber gambar: pinterest

"digelar gila itu sudah biasa buat diriku...tetapi berlagak normal agak kekok untukku lakonkan...haha...bagaimana manusia tafsirkan normal ya?oh! aku tahu...mengikuti para majoriti dan lesap menjadi mereka itu dikira normal kan?rasanya darah keturunanku memang bukan normal seperti tafsiran itu...maafkan kami ya kerana lari dari majoriti...haha...lariiiii..."

"perkenalkan, gila itu gelaran kehormat kami...hahaha.""

sumber gambar: pinterest

"selamat datang ke dalam medan selendangkuning...disini gila dan normal hanyalah terma2 manusia...kita semua disini diluar dari terma2 bosan manusia...kita berjalan di satu ketika yang mana bahasa pun belum lagi wujud...yang ada cuma rasa...mari ikutiku...kita berhubung melalui rasa...satu keadaan dimana seorang bayi sangat mahir...gajet kamu canggih atau kemahiran komunikasi mereka lebih canggih?"

"kamu pasti marah jika aku katakan segala gajet itu dicipta hanya untuk mengurungmu...mana mungkin kan...adakala aku rasakan kemodenan yang dibanggakan itu hanyalah satu kebodohan yang disangkakan kepandaian...satu kebodohan yang dikomersialkan dan diterima ramai, akhirnya secara ilusinya bertukar menjadi kepandaian...dengan cara apa? mencacatkan pemikiran...melumpuhkan naluri insan...semuanya bermula dengan manipulasi terma...jadi apa yang perlu dibuat? relax...buat2 tidak nampak sahaja...kalau rajin melawanlah...jika tidak tidur sahaja...inilah zaman dimana kau melawan atau tidak, sama sahaja...masa diputar2 untuk menipu mereka yang bermain sahaja...jika kau tidak bermain dan buat kerjamu sendiri, masih ada ruang untukmu lalala...kau cuma bermain jika dipanggil sahaja...selebihnya biarkan...sistem dunia sedang berjalan...yang merancang tidak sedar mereka juga sedang dalam perancanganNya..."

Mereka berkata: "Wahai Abu Talib, sesungguhnya anak saudaramu telah mengutuk tuhan-tuhan kita, mengaibkan agama kita, memperbodohkan akal fikiran kita dan menuduh nenek moyang kita selama ini adalah sesat.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4T0H3Duz2 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



memetik satu komen pembaca annur...saudari Nazra...silakan...

"Anonymous nazra sophia said...


salam,sumpah jadi keramat kata menjadi azimat...akan brtemu diruang firasat...yang haq akan mendapat si batil jgn brmimpi sangat...atas kertas itu panduan bkn hanya satu ikutan...jgn tiru jd kn pedoman krn pegalaman suatu bisa insaf kan manusia yg penuh dgn khilafan...jadi boneka buat tontonan untk sesiapa dpt membedakan dimana tulen dimana kepalsuan...ibarat si pelawak menyiksa badan demi si bangang untk hiburan...ketawa sakan memerhatikan pelawak cuba menghiburkan walau tanpa kerelaan...terbahak laa si penonton..ingt diri terasa untung tak seperti sang pelakon...menangis sendirian tanpa disanjung...sang penonton gembira,sang pelawak brduka...seraya brtanya...'bukan ku mau begini sudahnya jd tontonan smua manusia,pernahkah mereka brsuara..bagaimana aku ditempat mereka?? 30 May 2012 at 00:54 "

kepada semua pembaca lama hud2 dan pembaca baru atau lama selendangkuning, hai semua! annur masih kat sini! masih berdiri dan cuba ber'lalala' disini...korang semua pegi mana ha???! hahaha...bosannya annur kat sini...:I




terima kasih kerana sudi membaca! kongsikan dengan kawan2 jika anda suka dengan post ini ya! salam sayang dari annur! :D

0 comments:

puisi happy! : hari ini aku gembira.

22:14 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


"apabila kita lakukan apa yang kita sukai, kebahagiaan itu hanyalah tuhan yang tahu...hehe..."

hari ini aku gembira.

itu saja.

haha.

sumber gambar: pinterest

"lakukan apa saja yang kamu suka, ianya terapi jiwa...haha..."


lagu khas untuk si dia...siapa dia? dia tahu siapa dia...hahahahaaaa...jom layan!

0 comments:

puisi gila sang puteri: jika manusia selalu berfikir cara A...kenapa tidak kau cuba cara B?

15:25 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: photography blogger

"jika kau merasa jalanmu adalah di depan itu...peliknya kau ambil jalan yang bertentangan kerana mahu mencuba sesuatu yang baru...adakah hidup ini dihabisi dengan melakukan sesuatu yang sama sahaja sehingga ajal menjemput?jika jalan yang sama tidak membawamu ke tempat yang kau mahukan...kau berhak bereksperimentasi...."

"jika manusia selalu berfikir cara A...kenapa tidak kau cuba cara B?adakah kau takut dengan ketakutanmu?"


LAKUKAN SESUATU DI LUAR KEBIASAAN.

ketika aku berbuat keputusan yang melanggari diriku sendiri,
aku telan air liur sebentar.
rasa takut, rasa gementar, rasa segala rasa hadir...
haha

ketika aku melakukan sesuatu yang aku yakin ia berjaya 
tetapi ia tidak berjaya.
rasa itu sangat perit.
rasa mahu bunuh diri terjun bangunan pun ada.
haha

tetapi setelah aku membuang rasa gementar dan cuba perkara baru.
aku jadi ragu2 untuk melangkah.
tetapi peliknya semakin aku ragu2 semakin aku tertarik untuk mencuba

dan akhirnya aku tetap mencuba.

airmuka yang cuba aku pertahankan,
telahpun aku lemparkan.

dan aku masih menunggu jawapan.

LEBIH BAIK MENCUBA DAN GAGAL DARI TIDAK MENCUBA LANGSUNG. 

sumber gambar: pinterest

"airmuka adalah satu harta diriku...ketika ia hilang, aku juga turut merasa hilang...tuhan, ambil harta ini, dan tukarkan dengan kenyataan impianku...aku cagarkan ia padaMu..."

terima kasih kerana sudi membaca! :)


0 comments:

puisi sang puteri: dia mahu pulang... dia mahu pulang... dia mahu pulang...

15:25 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: rebloggy & Keyword Suggestions

"akan tiba suatu masa kau sudah tiada rasa ketika menceritakan pengalamanmu hadapi kehidupan...ketika itu kau sudah tahu kau sudahpun sembuh...yang tinggal cuma kekuatan yang tersisa di dalam diri..."

suatu malam...
di seberang lebuhraya...
kelihatan seorang perempuan...
dia berlari dan menangis...
setelah keletihan menangis dia duduk di tepi jalan...
melihat kereta yang lalu lalang...
dia tidak tahu mahu tafsirkan bagaimana perasaannya ketika itu...
dia melihat langit malam yang gelap...
tiada bintang...
tiada bulan...
hanya kosong...

dia mahu pulang...
dia mahu pulang...
dia mahu pulang...

tapi dia tidak tahu jalan pulang...

lalu satu kereta berhenti...
di dalamnya ada seorang lelaki...
mungkin saja lelaki itu jujur...
mungkin juga tidak...

kerana ketakutan, perempuan itu sambung berlari...

oleh kerana itu lebuhraya,
lelaki tadi teruskan perjalanan kerana di hon oleh segelintir pemandu lain...

dan perempuan itu berhenti berlari...
kakinya luka...

mungkin saja hatinya lebih sakit berbanding luka di kakinya...

mungkin saja.
siapa yang tahu apa yang dia alami.

semoga tuhan selalu melindungi dirinya...


ps: kisah ini cuma rekaan dari imaginasi penulis sahaja. harap maklum. 

sumber gambar: pinterest

"ketika Tuhan mengetahui bahawa kau itu kuat, maka Dia akan mengujimu dengan ujian yang gila...maka bersabarlah dalam mencari jalan keluar...setiap sesuatu punya kadar dan masanya yang tersendiri...muhasabahla..."

terima kasih kerana sudi membaca! :)



0 comments:

puisi sewel sang puteri: adakah aku terlalu mengikut budaya barat?

18:00 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: Harper's Bazaar

"adakah aku terlalu mengikut budaya barat? salah! sebenarnya barat yang mengikutiku! hahaha...jiwa aku mereka telah resapi,menjadilah mereka sebegitu...ampunkan patik, tuanku! haha."

dah lama ya annur tak menulis ala2 perempuan melayu terakhir.haha

sebentar.
amik mood dulu.

"empat dara berpakaianlah sedondon...berbaju putih berkainlah biru...pandai mengarang seloka dan pantun...hitam manis hai pandanglah tak jemu..."

adakala bila kita terlalu terbang mencari diri sendiri,
sebenarnya yang asal itu rahsianya...

siapa annur?
beliau seorang perempuan melayu.
tolong jangan persoalkan tahap kemelayuan beliau.

haha.


"melayu itu unik. Dan aku salah seorang yang mewakili keunikan itu. maafkanlahhhh jika anda tidak dapat menerima pernyataan angkuh anggun ini.hahaha."




"rindu dan dendam tidak tertanggung...budi setitik jadi penawar...sungguhpun budi hanya setitik, langit dan bumi ada di dalam..."

0 comments:

puisi sang puteri: ibu...kerana itukah aku dilahirkan didunia ini?

15:24 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"gelap malam...pasti terang...sang mentari...pasti datang...kesesatan perjalanan...rahmat Tuhan...menentukan..."amuk- aku mahu pulang

pernahkah kamu merasa seperti mahu pergi jauh?
mungkin kerana kamu kecewa...
kamu merasa mahu pergi jauh, manusia dihadapanmu sekarang seakan tidak mengertimu?
kamu merasa tidak lagi betah berada ditempatmu kini?
kamu merasa kecewa dengan manusia lain dan sebenarnya kamu kecewa dengan dirimu sendiri?

tuhan,
adakala aku berfikir mahu pergi jauh dari sini.
mengenali orang baru dan lupakan semuanya...

ibu,
jika bukan keranamu,
apapun caranya aku akan pergi jauh dari sini.

"sebuah cerita lama terulang semula,sama tapi tak serupa,watak serupa jalan cerita berbeza,membangkit memori membangkit emosi,sumpah dahulunya kini datang menuntut,janji setia datang menyembah..."


sumber gambar: wootpix

"ketika kita menolak untuk menerima dunia dan kebodohannya, manusia juga perlahan2 membenci...adakala aku berfikir mengapa hati ini begitu keras tidak mahu bersekongkol...jauh disudut hati sana, aku berbicara sendiri...adakah aku dilahirkan untuk menjadi si bodoh yang ikut-ikutan?ibu...kerana itukah aku dilahirkan didunia ini?"

"aku manusia pelakon cerita...dipementasan alam ciptaanNya...bukan sengaja melanggar arahan...kadang terlupa watak dan peranan, aku manusia..."Amuk-aku mahu pulang




"memetik kata2 Pak Maon di hud2: kita mahu arca yang unik dan tersendiri!"

khas untuk semua pembaca selendangkuning, annur bawakan satu komen yang annur rasa sesuai untuk difikirkan dan selari dengan tajuk puisi kita kali ini...jom cekidot! ahahaha...

http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.my/2012/04/apa-itu-kepercayaan-bagi-andajom.html

purba: 2 May 2012 at 00:34

setelah penat meneroka rahsia kalam...arca akn trbentuk tnpa rupa tnpa suara...hnya ukiran yg trukir jauh disanubari insan...kalam seni? Kalam sejati? Atau kalam brtopeng? Nah rasa kan debaran kata2 ukiran ciptaan kita? Rasa? Mgkn dpt..mgkn tidak krn kata yg msih brtopeng keperluan...ya keperluan,sbg insan pnuh kelemahan...brkata pnuh keakuan...sukar sgt megaku kelemahan...paling cekap hidu kekhilafan...tnpa memerhati apa yg dibadan....replika jd rebutan...xda pasti itu keaslian..atau itu brg tiruan...cth-g petaling street bli sepatu adidas harga 30...pkai ori adidas rege 300..siapa nilai yg copy n ori tu? Saya? Atau anda? Bkn keje kita...tp si pemakai yg mampu buat penilaian tnpa prejudis...baru manis...bru bisa memahat arca yg sempurna hanya boleh dinikmati empunya diri...bkn brkata suatu yg xpasti...tanpa bukti....segalanya di jasad sndri..sush2 kaji bulan n matahari...sedangkn bintang brsinar dihati....khas untk para2 marhaen....maaf.

terima kasih kerana sudi membaca!:)

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil sumber dari blog ini, penulis berbesar hati mengizinkan dengan syarat ianya diberi kredit/backlink ke blog ini iaitu : 2selendangkuning.blogspot.com. Sesungguhnya segalanya adalah milik Tuhan dan kita hanya meminjamnya barang seketika. 


sumber gambar: Saatchi Art

Penafian: Harap maaf jika terdapat posting yang melanggar kepercayaan pembaca kerana ianya hanyalah pandangan penulis yang tidak semestinya benar, kemungkinan ada kesalahan, kekhilafan, kekeliruan, penipuan dan kesilapan yang tidak diketahui sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Ianya adalah perkongsian dimana kesahihan ataupun tidak, ianya bergantung kepada penilaian pembaca sendiri. Sila lakukan rujukan dari mereka yang lebih arif dalam bidangnya untuk mendapatkan kepastian. Yang baik itu daripada Tuhan dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri penulis sendiri. Terima kasih.


Mirrors on the ceilling, the pink champaign on iceAnd she said "We are all just prisoners here of our own device"In the masters chambers they're gathered for the feastThey stab it with their steely knifes but they just can't kill the beast

"Good night" said the night man "We are programmed to receiveYou can check out anytime you like, but you can never leave"

0 comments:

puisi sang puteri: tetapi jika kepercayaan itu terhenti...

19:15 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: nenuno creative

"jika ada seorang yang menyentuh inti jantungmu...mereka yang datang kemudian hanya menyentuh kemungkinan..." aadc2

sudah lama aku tidak kesini ya.
cuba menjalani hidup tanpa menitipkan puisi disini.
rasanya.
kosong.
dan bila aku kembali kesini mahu menulis.
rasanya juga kosong!
haha.

"suara seorang kekasih...bagai nyanyian syurgawi...takkan berdusta...walau ketamakan merajai diri yang penuh emosi...jauh didasar hatiku...tetap ku mahu kau sebagai kasihku..." aadc 1

ehem2.
sebentar.
aku cuba menulis.
ahhh tak boleh!

grrr.

amik nafas dulu deh.
jangan marahhh...

"kau memori terindah...tak ku duga kini engkau datang lagi..." aadc2. 


sumber gambar: pinterest

"hidup adalah sesuatu yang misteri jika kita teruskan percaya...percaya...dan percaya lagi...tetapi jika kepercayaan itu terhenti...keajaiban juga akan berhenti mendekati...adakala keajaiban letaknya dihujung tawakal..."

terima kasih kerana sudi membaca! :)




sebuah kenangan lama...berkaitan tentang kepercayaan gak ni...haha...


sumber gambar:Fashion Illustration 

"aku bukan pemegang suci kebenaran, aku juga bukan pembela setia kebenaran tidak juga pejuang megah kebenaran, aku cuma peminat setia kebenaran, indahnya aku puja manisnya aku rindu,pahitnya aku telan kerana aku sedar aku bukan sesiapa berbanding kalian kerana aku disini hanyalah seorang pemuja sedih apa yang kamu semua namakan sebagai kebenaran..." -annur-

0 comments: