Puisi Sang Puteri: Atas namaNya jualah aku kesini,dan aku yakin kau jua begitu.

00:46 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: Izismile.com

"kelembutan hati yang pernah membunuhku suatu masa dulu, kini telah membantuku untuk terus merangkak dan bangun dari kamar peraduanku...ternyata,rasa lemah adalah satu kekuatan jika itu adalah yang paling tersisa sekali..."

"kerana kepercayaan kepada Tuhanlah,aku masih bertahan disini. Jika kepercayaan ini kau katakan candu, janganlah terkejut jika aku katakan dalam diam, kau juga menyedut candu yang sama walaupun kamu berkeras menafikan. Atas namaNya jualah aku kesini,dan aku yakin kau jua begitu."

Entah berapa lama aku kehilangan ilham.
Bukan aku malas,
Menahan perasaan ini bukanlah sesuatu yang aku sukai,
Terlalu bersungguh-sungguh aku mahu mematikan perasaan ini,
Semakin aku berkeras dengan memenuhi masaku dengan mengejar dunia,
Aku semakin hanyut.
Hanyut dengan kerinduan ini.
Ternyata malam2 yang ku alami ibarat angin2 yang menyeru2 kamu…

sumber gambar: pinterest

"semakin jauh menuju matahari, semakin aku hilang arah tujuku..."Amuk,matahari

Ditempat yang sama.
Dimasa yang setara,
Luka ini kembali berdarah.
Ternyata selama ini luka ini belum benar2 sembuh.
Aku telan semua kesakitan ini.
Dan aku keluarkan pedihnya melalui senyuman.

Dan sayang…
Ia bukanlah sesuatu yang mudah jika kau mahu tahu…

 "awak tak berilusi, saya memang selalu ada disisi awak..."

sumber gambar: Shutterstock


 "ketika aku tidak mampu menerima segala apa yang terjadi, aku bertongkat untuk berdiri atas nama tuhanku...rasa kecewa membuat kakiku lemah tak berdaya...hanyalah rasa tanggungjawab menahan diriku dari jatuh kelantai bumi..."

0 comments:

Teruskan tersenyum.

23:53 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Sentiasa tersenyum.
Itulah satu hakikat yang aku selalu tegakkan di dalam diri.
Biar apapun dugaan,teruskan tersenyum.
Biarkan sekalipun kau keseorangan di sebuah tempat asing dan kau tidak tahu apa nasibmu nanti,
Teruskan tersenyum.
Walaupun kau keseorangan.

Senyuman akan membawa jiwamu terbang ke arah Tuhan Yang Maha Tinggi.
Disitu jiwamu berehat disampingNya.
Tiada kesakitan.
Tiada kepedihan.
Cuma ketenangan.

Hidup cuma permainan.
Hidup cuma mimpi.

Tiada yang kekal.
SelainNya.

Berehat di dalam Dia.
Itulah kepulangan yang dirindu.




0 comments:

Puisi Sang Puteri: aku pun tidak faham.

16:09 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Bagaimana mahu ubah dunia,
Jika tidak mampu ubah diri sendiri?

Bagaimana mahu bantu orang lain,
Jika masih gagal bantu diri sendiri?

Mahu revolusikan dunia,
Tetapi gagal revolusikan diri sendiri?

Aku pun tidak faham.

Lihat kuman seberang laut.
Tapi gagal lihat gajah depan mata.

Jika membenci dunia,apakata ubah diri sendiri dahulu.
Selepas itu,bantu dunia juga berubah menurut kemahuanmu.

Revolusi banyak sekali bermula dari diri sendiri.
Satu revolusi diri yang hebat bakal membawa sejuta lagi revolusi diri yang hebat.

Aku sentiasa percaya tentang ini.

Poyo pulak si annur kali ni ek...haha


0 comments:

Puisi Sang Puteri: Jika keliru...

23:19 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Jika keliru mahu bagaimana,fikir satu sahaja.

BERJASALAH.

cari jalan ke arah itu.

Mereka yang berselendangkuning memang suka membuat jasa.

Hidupnya mereka adalah untuk berjasa.






0 comments:

Puisi Sang Puteri: jangan kotori tanganmu atas sesuatu yang tidak perlu...

22:44 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: Hakkalyakin Board

"Jangan masuk gelanggang sepanjang masa...adakala kau cuma perlu jadi pemerhati sahaja sehingga menunggu masa yang sesuai untuk muncul..."

Setiap orang punya dunia mereka sendiri...
apabila kita mendengar keluhan mereka,
entah kenapa dunia kita pun turut berubah...
dunia yang indah warna warni tadi bertukar warna suram gelap gelita...

begitulah pengaruhnya...

Ada sesetengah manusia suka mempengaruhi,
kerana mereka merasakan punya kepentingan untuk itu.
Pada mereka sangat2 penting untuk kita mendengar cakap2 mereka.
Seolahnya mereka mahu mengubah dunia kearah yang lebih baik.

Tetapi kita?
apa yang perlu kita lakukan jika ada yang cuba mempengaruhi?

Jika kearah kebaikan,
ikutilah.

Jika sebaliknya,
tinggalkan.

Aku sangat suka ayat ibu angkatku ini.

"Na...masuk telinga kanan, keluar je telinga kiri...pedulikan dia...buat je kerja ana..."

Ayat ini selalu aku keramatkan dalam diri ketika aku perlu bertahan dan tidak mahu melawan kerana hormat.


"Bukan setiap masa kita perlu melawan...adakala kita cuma perlu diam dan melihat dengan tenang sambil menyimpan semua data2 perkara di dalam hati..."

"Adakala karma lebih bijak menyelesaikan segala...jangan kotori tanganmu atas sesuatu yang tidak perlu..."


0 comments:

Puisi kecewa: rahmat Tuhan akan selalu mengiringi...

19:14 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Selepas jatuh.
Naik semula.

Manusia menghampakan.
Jika letih,ambil masa berehat.
Tenangkan fikiran.

Tetapi,

Jangan putus asa.

Rahmat tuhan akan selalu mengiringi.


0 comments:

Puisi bz: semenjak dari hari itu,aku kerap termenung...

00:58 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

Sibuk.
Sibuk.
Sibuk.

Pernah sekali aku ditanyakan soalan.
Soalan yang membuat aku tersedak hampir mati.

"Sebenarnya annur sibuk sampai begini,mahu lupakan siapa?"

Semenjak dari hari itu.
Aku kerap termenung.

Bukan termenung apa.

Aku cuma terlupa.
Aku sebenarnya mahu lupakan siapa?

Benar2 kesibukan mampu buat kita terlupa.

Maafkan aku sayang.
Mungkin kau wujud.
Mungkin juga kau tidak wujud.

Akan tetapi dikau selalu menyapa di dalam mimpi2 malam hari.

Hadirmu dalam ilusi.
Realitimu dalam hati.
Semoga cinta kita kekal abadi.
Biarpun tidak ku tahu siapa dirimu sebenarnya di dunia ini.

Nukilan bz sang puteri.
Buat sang pemilik hati.
Susuk misteri dalam dunia ini.


2 comments:

puisi sang puteri: semoga semua baik-baik sahaja...

21:59 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


"mungkin saja ketika aku sudah tidak lagi kental menyuarakan...kuasa itu sudah diturunkan kepada yang lain...mungkin saja ketika ini aku disuruh berehat...semoga semua baik-baik sahaja...aku sentiasa berada di dalam barisan yang mendoakan..."

jika boleh aku mahu menulis menggunakan hati...
sama seperti dahulu di hud2...
aku rindukan perbincangan2 sebegitu...
akan tetapi masa telah menelan semuanya...

aku tidak boleh kesana lagi...
tidak lagi diberi izin oleh Yang Esa untuk gila sebegitu...
tidak lagi diberi izin oleh Yang Esa untuk menggila seperti yang lama...

mulutku sudah ditutup.
bicaraku semakin kaku jika ditanya berkenaan itu...


"bila aku cuba bersuara dan irama itu tidak menjadi aku tahu ada yang tidak mengizinkan..."



0 comments:

puisi sang puteri: kemana perginya menghilang semangat pendekar puteri itu...

21:13 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: www.wallpapersxl.com


                                   "penangguhan ini semakin lama semakin memedihkan..."

sayang...
aku tidak tahu mahu menulis apa...
kaku benar rasanya sekarang ini...
fikiranku buntu.
segalanya kaku.
dunia yang berputar seakan-akan tidak bermakna dihadapanku...
entah mengapa...
kemana perginya menghilang semangat pendekar puteri itu...

egois ini semakin lama semakin memvirus di dalam diriku...

samaada aku memilih yang terbaik ataupun aku mengelak dari memilih...
persoalan yang tidak mampu aku selesaikan sehinga kini...

demi orang lain, entah mengapa aku gadaikan takdir hidupku sendiri...
semoga tuhan menakdirkan sesuatu yang baik dihadapan nanti...

setiap hari, begitulah harapku...

sumber gambar: Greek Mythology Pantheon

"sama ada aku terlalu kuat berfikir atau saja ini adalah urusan lama yang semakin memberat di hatiku dan sudah tidak dapat diselindungkan lagi..."


0 comments:

puisi sang puteri: sesumpah! tunggu annur!

21:29 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: JapaneseClass.jp


"manusia mengejekku kerana terlalu kuat berilusi...aku pula ketawa setiap hari disebalik rimbunan kekayaan alam semulajadi kerana realiti itu aku...bila aku kedunia realiti,pasti mereka pula sedang berilusi! haha..."


sudah lama aku tidak bermisteri (wujudkah perkataan ini?haha. jika tidak wujud maka aku wujudkan, semudah itu.)

aku bukan tidak mahu bermisteri,
tetapi ramai benar rakan realiti menasihatkan jangan terlalu misteri,
nanti ramai pula menuduh bukan2,
aduhai...bosannya...
mereka pakai baju warna itu,
entah darimana datangnya peraturan,
aku juga kena memakai baju yang sama.

aku dilahirkan di bandar diraja,
adakah aku kena mengikut peraturan bosan ini?
eh,ada kaitan ke bandar kelahiran dengan peraturan?
hehe.
saja gurau.

sebelah sana manusia bergaduh kerana agama.
sebelah sana pula manusia berebut harta,
sebelah sana juga mereka kemaruk cinta,
sebelah sana ada pula gilakan hiburan semata.
wujud pula sebelah sana gilakan ilmu segala.

ahhhh bosan.

setiap hari aku berjalan di taman bunga.
bermain bersama2 sesumpah,
mengejar ayam,
mengejutkan kucing,
terbang bersama rama-rama,
mengusik siput,
menggeletek cacing,
menakutkan ikan.

aku hampir terlupa perihal dunia.

mereka semua terlalu buat aku ketawa.

ohhh bulan. 
aku rindu dia!

sejenak aku tersedar dari lamunan panjang,
dan.....

"nak katak tiga ringgit!"
aku menggegarkan pagar itu sambil ketawa.
hampir roboh kedai ini aku gegarkan. 
tak mengapa,jika roboh pun apa salahnya.
kasihan katak yang comel sebegini dijual beli.
tamaknya manusia...
kiki.

beginilah aku setiap hari.
seorang puteri yang perasan dirinya seorang puteri.

apelah si annur ni kan. 




"aku bukan puteri diraja itu...aku puteri pada sifat...istanaku? disini. atas langit terawang2 bagaikan kayangan...sudah puas aku berlari, alam selalu memanggilku pulang ke pangkuan mereka...sesumpah! tunggu annur! jangan lari!!!!"






Oh tak pernah ku dugaHidup ini menjadiberubahCahaya gemerlap di siniSinari setiap langkahku
Oh semenjak denganmuSemua gundah menjadiberubahKeyakinan semua tentangcintaKembali tumbuh di hatiOh... ku bahagia
Ada engkau lelakikuDi hatiku hanya ada kamusayangDi mimpi malam ku adakamu sayangSemua ini hanyalah untukmusayangSemua lagu terciptaHanyalah untukmu ohasmara
Oh lelaki idamanMemang kamu tak adayang lainSemua gambaran idolaSegalanya ada padamu

0 comments:

Puisi pagi sang puteri: sampai bila?

10:37 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


"Sampai bila mengikut telunjuk manusia lain dan mengabaikan naluri hati sendiri?"


JANGAN HIDUP DALAM IMPIAN ORANG LAIN

inilah apa yang aku rasai kini.
Cuba untuk sedar dan hidup dalam impian sendiri.
Setiap hari masih lagi bergelumang dengan semangat api dalam diri sendiri...
Sekejap ia panas membakar,
Sekejap ia sejuk membeku,
Sekejap ia hangat menenangkan...

hidup adalah satu perjuangan yang berterusan.
Inilah ayat keramat yang aku pegang belasan tahun semenjak aku kecil.
Dengan ayat ini jugalah aku tabahkan diri untuk bangun setiap kali terjatuh.
Dengan ayat ini jugalah aku kuatkan kaki untuk melangkah menuju destinasi yang pasti...
Adakala aku seperti si bodoh...
Tidak tahu bagaimana jalannya...
Keliru arah jalannya...
Tetapi untuk setiap saat aku cuma membayangkan aku sudah pun sampai kesitu...
Dengan harapan itu,
Aku gagahkan diri untuk melangkah walau apapun terjadi,
Aku hidupkan api dalam diri sendiri...

Itulah caranya.


Terima kasih kerana membaca! Salam sayang dari annur...

0 comments:

Puisi ringkas: dunia ini hebat. Manusia semua hebat.

15:15 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Setiap apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada generasi hadapan.

Memikirkan ini.
Aku kerap sakit-sakit kepala.

Begitu berat beban,
Tetapi manusia masih okey2 saja...

Jika sesebuah itu menuju kehancuran.
Untuk pura2 tersenyum pun adakala begitu perit untuk kulakonkan.

Melihat masa berjalan.
Aku terasa mahu tidur sahaja.

Begitu letih berfikir.

Dunia ini hebat.
Manusia semua hebat.

Mungkin aku saja yang terlalu gila berfikir dan penuh emosi mendalami perasaan bumi.

"Wahai bumi...adakah kau masih kuat menanggung semuanya?"

"Jika kau sudah terlalu tua,lahirlah semula jadi yang muda...kesian dirimu...manusia adakala terlalu berpura2 mempedulikanmu..."


0 comments:

Puisi pagi sang puteri: berevolusilah...

08:15 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

" berevolusi adalah cara bijak hidup di dunia ini...jangan biarkan masa memakan dirimu..."

Dunia terus berputar.
Masa terus berjalan.
Manusia terus berubah.

Apa yang perlu dilakukan jika kecewa?

Aku tidak mahu larut di dalamnya.

Fokus pada solusi.
Jalan terus menuju destinasi mimpi.


"Jangan sedarkan aku...biar ku anggap kau ada...meski hanya mimpi..."

0 comments:

Puisi pagi sang puteri: ketika bersedih...

12:18 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


"Manusia akan berkata2,mereka tidak henti mengusik...malah ketika kau terjatuh mahupun berjaya...maka adalah lebih baik jika kau jadikan mereka ilusi,cita-cita mu itu satu realiti."

Ketika bersedih.
Tegas aku nekadkan pada diri sendiri.

JALAN TERUS.


0 comments:

Puisi tenang: cukuplah,tiada tangisan lagi...

22:37 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


"Menjaga hati semua orang adalah satu kegilaan."

Emosiku tidak berapa stabil kebelakangan ini.
Mencuba untuk tenang.
Mencuba untuk tenang.
Mencuba untuk tenang.

Mengapa kesedihan mesti disimpan.
Mengapa.
Entah mengapa.

Pernah suatu masa dahulu aku menangis teruk.
Sangat2 teruk.
Sehinggakan setelah keletihan menangis.
Aku nekadkan.

Cukuplah.
Tiada tangisan lagi.
Apapun terjadi selepas itu hadap dengan jiwa besi.

Sehingga kehari ini.
Payah juga untuk aku menangis.
Menangis yang benar2 sedih.

Tapi sedihnya.
Rupanya untuk tidak menangis dan menahan kepedihan sendiri ternyata lebih perit.





0 comments:

Bukan puisi: Pertama kali menulis disini menggunakan...

09:07 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Ilham itu masih belum datang.
Tetapi aku berasa gembira.
Kerana baru pertama kali cuba membuka ruangan ini melalui telefon bimbit!

Haha.

Kasihan annur.
Orang sudah ke bulan.
Dia masih lagi kekal buta teknologi.

Bertabahla wahai annur.

Silalah berubah ya.

Dengan adanya pengetahuan ini diharapkan cik annur selalu menulis puisi baru ya.

Hehe.


0 comments:

Surat cinta dia ke dia : andai suratku ini diceritakan semula...aku harapkan...

20:04 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

es.pinterest.com
"matinya saya...biarlah dalam dakapan awak..."
Sayang...

andai wujudnya seorang lelaki dan perempuan sahaja di dunia ini,
dan yang tinggal hanya mereka, 
itulah aku dan dirimu...

andai kisah cinta diadili dan diabadi,
itulah kisah aku dan dirimu...

andai terkumpul sejuta wanita diperjalanan hidupku,
hanya dirimu yang kukuh aku cintai...

kerana hanya dikau yang mampu memberikanku,
akan erti cinta sejati...
hanya dirimu yang mampu membawaku terbang ke Inderaloka...
sebuah negara cinta yang mana rajanya aku dan dikau permaisurinya...

Sayang...
andai suatu masa nanti kisah kita kembali diingati,
aku cuma relakan kisah cintaku ditulis hanya bersamamu...

andai suratku ini diceritakan semula...
aku harapkan ia penuh dengan cintaku padamu...

cinta yang tiada bermula...
tiada pula akhirnya...

di dalam selamanya itu hanya kita berdua...

itu sumpahku.

ku tulis semua ini melalui memori yang masih kemas tersimpan sebagai satu kenangan abadi...

Gossip e TV
"mengapa kisah kita begini...tidak pula nyata tidak juga mimpi...semuanya seakan2..."

ps: hanya sebuah kisah dongengan dahulu kala. tiada kaitan dengan mana2 manusia...haha.

INI IKLAN:

klik sini untuk lihat produk:

PRODUK KERJASAMA SELENDANG KUNING.



Terima kasih kerana membaca! :D


0 comments:

pembetulan posisi.

20:18 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Zastavki.com
9/3/2017


Pembetulan posisi.

Pembetulan posisi.

Pembetulan posisi.


Selendang kuning ini sedang dalam proses pembetulan posisi.

maka, semua ini akan mengambil masa seketika.

harap maklum.

ps: tuan puteri sedang tidur. jangan kacau dia. :P




0 comments:

puisi sang puteri: akhirnya...semua tamat disini...maafkan aku...

22:15 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments


pinterest
"aku rasa aku perlu mati disini...di dunia maya ini...supaya aku mampu hidup di realiti..."

tarikh yang begitu cantik sekali.
28/2/2017

hari ini semua aku rasakan sudah tamat.

mengapalah aku terlalu bodoh untuk mengetahui.

FOKUS ANNUR.
FOKUS.

JIKA AKU FOKUS.
SEMUA INI AKU AKAN HAPUSKAN.


creoflick.net
"adakala memusnahkan adalah keputusan yang paling tepat sekali jika semuanya hanya sampah..."


google

"benar katanya aku ini terlalu naif..."



8 comments:

puisi sang puteri: ketiga2 mereka kelihatan diperbodohi oleh karma sendiri...

22:13 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


google
"pengembaraan terjauh itu bukanlah kemanapun, melainkan ke dalam diri sendiri."

sumber quote: https://membualsampailemas.wordpress.com/category/pewayangan/

google

Welcome To Jogja
google

google





sekali lagi.
entah berapa sekali lagi.
aku benar2 keletihan.

youtube
dia menyesal kerana dia terlambat.
dia pula menyesali takdir dirinya...
yang satu pula masih dalam rahsia ilahi...

ketiga2 mereka kelihatan diperbodohi oleh karma sendiri...
mungkin ini karma...
mungkin juga takdir...
mungkin hanya satu penceritaan meminta pengajaran...

atau mungkin juga bukan apa-apa...
sekadar cetusan pergerakan arah masyarakat...

STRKNG.com
Pinterest

Pinterest

"Namun Shinta paham, suaminya sejatinya adalah seorang raja meski tanpa kerajaan, ada batas-batas prinsip yang dipegangnya untuk menunjukkan wibawa." sumber : https://memoarasa.wordpress.com/2014/05/01/akhir-kisah-rahwana-shinta-dan-rama/



https://memoarasa.wordpress.com/2014/05/01/akhir-kisah-rahwana-shinta-dan-rama/



0 comments:

puisi gila sang puteri: mereka kata agama itu candu...aku setuju dengan pernyataan ini hanya jika...

13:54 puteri jalanan a.k.a annur 1 Comments

Etsy
"keaslian akan menggugat kepalsuan walaupun keaslian hanya duduk berdiam dan menikmati suasana....janganlah menggelabah, kerana palsu tetap palsu, asli akan tetap dengan keasliannya...nampak sama tapi takkan sekali2 serupa...maafkanlah..."

FOKUS ITU GILA

fokus itu gila.
ia mampu memecah kebangangan.
membunuh kebodohan.
membawa pergi kebengapan.

www.artstation.com


cahaya yang difokuskan mampu membakar.
fokus itu apa?

kumpulan sepenuh perhatian mengarah ke satu titik.

dan selalunya fokus datang melalui minat.

minat jika bercampur dengan fokus selalunya menghasilkan sesuatu yang sangat hebat.

mereka kata agama itu candu...aku setuju dengan pernyataan ini hanya jika mereka setuju pegangan mereka juga candu...maka marilah kita sama2 bercandu-canduan...haha.

terlalu ramai manusia yang marah jika senjata mereka dihalakan kepada diri mereka sendiri kan?

jika mahu menjual produk sendiri pun, janganlah sampai memburuk-burukkan yang lain...didiklah pelanggan dengan ilmu...bukannya kebangangan mahupun keobsesan yang melampau...

produk apa ini? pada mereka yang suka berteori, pegangan dan pernyataan adalah satu produk. Dan mereka akan berusaha keras menjual pemikiran mereka dengan apa juga cara yang mereka rasa benar.

maafkanlah kerana aku terlalu gemar bercakap tentang diriku sendiri.

AliExpress.com

"setiap sesuatu punya kadar dan masanya tersendiri...sampai masa akan jatuh juga para kepalsuan...marilah sama-sama kita menunggu sehingga daging mereput menjadi tengkorak..."


No matter what they say, now, I’m in loveI do it my own way ‘cause I’m in love


terima kasih kerana membaca! sebarkan jika anda suka dengan puisi2 di blog ini ya. salam sayang dari annur!  :D

temui annur di media sosial mukabuku :

1 comments:

puisi sang puteri: janganlah begitu asyik menunggu syurga pabila kamu mati, tetapi...

15:10 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

pinterest
"tatkala manusia mula memenuhkan bumi dengan ideologi2 yang mampu melekakan mereka, meletakkan mereka dalam teka-teki yang tidak berkesudahan, wujud pula manusia yang mula menampilkan kelainan. Mereka membuktikan tuhan bukan sahaja di masjid2 atau surau2...tapi tuhan juga wujud di satu sudut busuk tempat jin bertandang...mahukah kamu percaya hakikat ini?  jika tidak bagaimanakah syaitan itu wujud melalui diriNya? adakah tuhan sakit kerana mengeluarkan makhluk2 yang kononnya tidak bertamadun ini? ahhh cuma satu persoalan kelakar yang meminta buah fikiran para bijaksana, janganlah marahhh...haha."

"tetapi benarkah syaitan itu tidak bertamadun? sebenarnya tamadun itu apa ya? adakala aku rasa mereka itu hebat juga...manusia yang 'kononnya' pandai itu pun mampu mereka perbodohkan! haha."

KEBODOHAN YANG DIANGGAP SEBAGAI SATU KEPANDAIAN

sesuatu yang bodohkah?

bila menangis tapi tidak berairmata?
bila marah tapi tidak memekik?

adakala sinonim tidak selalunya teraplikasi dalam setiap keadaan.

tidak semestinya memandang perlu menggunakan mata.
tidak sememestinya 1+2 = 3.
tidak semestinya.

aku selalu percaya ini.

tatkala manusia merasakan penyelesaian sepatutnya A, aku percaya B.
tatkala manusia seluruhnya bersetuju dengan majoriti, aku melihat kepada minoriti.
tatkala manusia merasakan tuhan itu dipihak mereka, aku selalu saja percaya tuhan itu adil dan tidak mungkin berpihak-pihak seperti ada kepentingan sahaja. adakah tuhan telah dirasuah? aku tidak mahu gaya pemikiran ini. ia sangat bodoh.
haha.

tatkala manusia menggelakkan manusia yang gila, aku melihat teliti kepada manusia yang menuduh itu.
adakah dia ini normal? ke hanya terlebih perasan dalam perasaan saja?
haha.

Pintura y FotografĂ­a ArtĂ­stica
tatkala manusia yang mempercayai tuhan menyebarkan mesej2 kasih sayang.
aku malah merasa kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari manusia yang tidaklah begitu beriya2 dalam ketuhanan pun.
adakala manusia yang tidak begitu berkobar2 dalam mempertahankan, adalah lebih 'guru' daripada guru yang ada.
aku sudah muak.
dengan kepura-puraan kita semua.
persoalan aku: sampai bila?


"maafkanlah diriku kerana sesuka hati saja berkata-kata...aku telah dilatih oleh tuhanku untuk berkata2 apa saja yang Dia mahukan...maafkanlah aku...aku cuma perantaraNya..."

sesuatu yang paling lawak tentang manusia adalah.
bila hari ini dia makan.
esok dia mahu makan.
lusa juga.
dan sampai bila2 sehingga dia mati.

kerana apa?

wujudnya satu sistem kitaran yang sangat hebat di dalam diri mereka.
dengan memegang erat satu prinsip.

123RF.com

APA YANG KITA AMBIL, APA YANG KITA GUNA DAN APA PULA YANG KITA KELUARKAN?


pinterest
"mengapa takut ambil jalan yang berlainan jika kamu teringin jadi yang istimewa? pilihlah ganjil...ia membawa syurga yang digembar-gemburkan sebagai neraka...janganlah begitu asyik menunggu syurga pabila kamu mati, tetapi carilah ia ketika kamu hidup dahulu...janganlah curahkan air di tempayan pabila mendengar dentum-dentam guruh di langit...kerana adakala hari tidak semestinya hujan walaupun kelihatannya begitu..."







terima kasih kerana setia membaca! sebarkan kepada kawan2 jika kamu suka dengan puisi ini ya. :D

0 comments:

puisi sang puteri: jujurnya, mereka mencuri tumpuanku.

15:29 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

WowKeren.com
"adakala klimaks kehebatan makhluk bernama manusia adalah apabila dia cuba mencabar institusi ketuhanan itu sendiri...aku suka keberanian dan kebodohan itu...ternyata mereka sangat kritis sehingga kesitu sekali...lawan selagi kau boleh, kerana bukankah tuhan yang maha kuat itu tidak kan rasa tercabar sedikitpun kerana Dia adalah tuhan? mengapa para agamawan selalu merasa tergugat soal ini? Sungguh memalukan. Sila jangan takut menguji kesejatian sesuatu itu...kerana sesuatu yang sejati adalah kekal dalam ketenanganNya..."

POTENSI MANUSIA

sesuatu yang gila.
gila untuk diketahui.

potensi makhluk bernama manusia ini adalah gila.

ia seakan2 infiniti!

disebalik kebencian, rasa meluat, menyampah.
rasa mahu muntah.

aku perlahan2 mendalami sifat manusia yang ada padaku.
bagaimana pula aku terpikat pada makhluk ini!
haha.

jujurnya, mereka mencuri tumpuanku.

diceglia.deviantart.com
"berilah manusia masa untuk mengenali tuhannya dengan kebencian...kebengangan...kebodohan...bukankah manusia sejenis makhluk yang terhasil dari cinta? melihat kepada potensi mereka, aku adakala menyangka bahawa pertentangan cumalah bermaksud kasih mesra antara makhluk dan tuhannya, cuma mungkin adab bukanlah sesuatu yang dipentingkan di dalam cerita itu...haha. maafkanlah mereka, jiwa mereka cuma terlalu memberontak, dan nyata sekali kita bukan sekali di dalam situasi mereka...berlapang dada lah dengan perbezaan...jangan ditutup pintu keharmonian itu..."

"jangan mulakan pergaduhan, beri serangan balas jika ianya perlu sahaja."


paper4pc.com
"sesuatu yang sangat menarik tentang manusia adalah potensi. Mereka lebih gila daripada iblis. Lebih ganas dari jerung. Lebih bijak dari komputer. Lebih baik dari malaikat. Malah adakala lebih bodoh dari segala2nya. haha. Tapi mungkinkah mereka mampu menjadi lebih elegan dari dewa dewi?Melihat perkembangan potensi mereka, aku sukar sekali mampu mengagak! haha. "









ps: melalui satu lagu, mereka mentafsirkan ia menggunakan banyak cara...adakah mereka semua bersalah jika meneroka melalui minat dan bakat yang diberi? bukankah kamu yang sedang membaca ini juga punya potensi? mengapa simpan? keluarkan. Ekspresikan. Kamu akan lebih tenang. percayalah.



terima kasih kerana sudi membaca! sebarkan kepada kawan2 jika anda suka dengan dengan puisi ini ya! salam sayang dari annur..hehe ;D

0 comments: