puisi gila sang puteri: dan akulah si unik itu.

23:13 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"jika manusia beranggapan bahawa kebodohan adalah sesuatu yang perlu dicantas, adakala ketika sel otakku mula gagal berhubung dengan baik, aku merasakan bahawa kebodohan adalah sesuatu yang patut dibanggakan...disitu letaknya keunikan dan keaslian diri kita sendiri...haha"

"adakala kecantikan tidak memerlukan kepandaian pun, cukup dengan kebodohan, kau mampu menjadi sesuatu yang cantik dihadapan manusia lain...hehe."


KEBODOHAN.

setiap manusia punya kepandaian.
tapi itu bukan yang aku maksudkan kali ini.
aku maksudkan tentang kebodohan.

apa jenis kebodohan yang kamu ada?
adakah kamu bangga dengannya?

merasa bangga dengan kepandaian sendiri adalah satu keyakinan.
tetapi merasa bangga dengan kebodohan sendiri adalah sesuatu yang unik.

dan akulah si unik itu.

sumber gambar: WallpapersWide.com

"manusia berpendapat dengan menjadi kaya mereka akan gembira...tapi ada manusia yang tidak kaya tetapi mereka gembira...kadang2 aku berpendapat bahawa kita semua orang kaya, cuma berbeza jenisnya saja...haha."



terima kasih kerana sudi membaca! :D



You Might Also Like

0 comments: