puisi sang puteri: dimana letaknya abadi pada epal itu?

21:31 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"aku percaya kepada keabadian...benar, aku seorang manusia...sudah tentu aku tidak abadi...tetapi abadinya aku adalah di dalam Dia...rahsia keabadianku ada padaNya...dan ilmu tuhanku itu melebihi segalanya...sedang masa, bukanlah sesuatu yang susah bagiNya..."

ABADI

pernah aku ditanyakan,
tentang buah epal.
dimana letaknya abadi pada epal itu?
aku begitu malas sekali mahu menjawab.
kerana hatiku sakit.

lalu si penyoal menjawabnya sendiri.

letaknya abadi pada epal itu bukan pada epal ini sendiri.
tetapi pada hati kita.

dan aku mencebik luka.

abadinya sesuatu itu bukan pada ia sendiri.
ia abadi dalam hati kita.

akan tiba masa dimana,
segala kisah kita ini diabadi.
pada memori generasi terkemudian...

ia lahir sebagai memori yang mereka tidak tahu.
sebagai satu perasaan yang mereka ragu-ragu...
sebagai satu rasa yang penuh misteri...

sesuatu yang mereka gusar untuk menafsirkan samaada ia benar atau tidak...
sehingga kita dikenali sebagai mitos buat mereka...

sehingga nanti...

dia lah orang yang sama aku tanyakan satu soalan...

bagaimana jika masa itu tiada?
ternyata,jawapan dia cuma menyembunyikan sesuatu rahsia.
gurauan dia begitu bodoh sekali aku rasakan.

lalu aku diamkan sahaja.

sumber gambar: nyachii.wordpress.com

"kau boleh menipu...tapi bukan pada semua orang..."


terima kasih kerana sudi membaca! :D


You Might Also Like

0 comments: