puisi sang puteri: janganlah begitu asyik menunggu syurga pabila kamu mati, tetapi...

15:10 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

pinterest
"tatkala manusia mula memenuhkan bumi dengan ideologi2 yang mampu melekakan mereka, meletakkan mereka dalam teka-teki yang tidak berkesudahan, wujud pula manusia yang mula menampilkan kelainan. Mereka membuktikan tuhan bukan sahaja di masjid2 atau surau2...tapi tuhan juga wujud di satu sudut busuk tempat jin bertandang...mahukah kamu percaya hakikat ini?  jika tidak bagaimanakah syaitan itu wujud melalui diriNya? adakah tuhan sakit kerana mengeluarkan makhluk2 yang kononnya tidak bertamadun ini? ahhh cuma satu persoalan kelakar yang meminta buah fikiran para bijaksana, janganlah marahhh...haha."

"tetapi benarkah syaitan itu tidak bertamadun? sebenarnya tamadun itu apa ya? adakala aku rasa mereka itu hebat juga...manusia yang 'kononnya' pandai itu pun mampu mereka perbodohkan! haha."

KEBODOHAN YANG DIANGGAP SEBAGAI SATU KEPANDAIAN

sesuatu yang bodohkah?

bila menangis tapi tidak berairmata?
bila marah tapi tidak memekik?

adakala sinonim tidak selalunya teraplikasi dalam setiap keadaan.

tidak semestinya memandang perlu menggunakan mata.
tidak sememestinya 1+2 = 3.
tidak semestinya.

aku selalu percaya ini.

tatkala manusia merasakan penyelesaian sepatutnya A, aku percaya B.
tatkala manusia seluruhnya bersetuju dengan majoriti, aku melihat kepada minoriti.
tatkala manusia merasakan tuhan itu dipihak mereka, aku selalu saja percaya tuhan itu adil dan tidak mungkin berpihak-pihak seperti ada kepentingan sahaja. adakah tuhan telah dirasuah? aku tidak mahu gaya pemikiran ini. ia sangat bodoh.
haha.

tatkala manusia menggelakkan manusia yang gila, aku melihat teliti kepada manusia yang menuduh itu.
adakah dia ini normal? ke hanya terlebih perasan dalam perasaan saja?
haha.

Pintura y FotografĂ­a ArtĂ­stica
tatkala manusia yang mempercayai tuhan menyebarkan mesej2 kasih sayang.
aku malah merasa kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari manusia yang tidaklah begitu beriya2 dalam ketuhanan pun.
adakala manusia yang tidak begitu berkobar2 dalam mempertahankan, adalah lebih 'guru' daripada guru yang ada.
aku sudah muak.
dengan kepura-puraan kita semua.
persoalan aku: sampai bila?


"maafkanlah diriku kerana sesuka hati saja berkata-kata...aku telah dilatih oleh tuhanku untuk berkata2 apa saja yang Dia mahukan...maafkanlah aku...aku cuma perantaraNya..."

sesuatu yang paling lawak tentang manusia adalah.
bila hari ini dia makan.
esok dia mahu makan.
lusa juga.
dan sampai bila2 sehingga dia mati.

kerana apa?

wujudnya satu sistem kitaran yang sangat hebat di dalam diri mereka.
dengan memegang erat satu prinsip.

123RF.com

APA YANG KITA AMBIL, APA YANG KITA GUNA DAN APA PULA YANG KITA KELUARKAN?


pinterest
"mengapa takut ambil jalan yang berlainan jika kamu teringin jadi yang istimewa? pilihlah ganjil...ia membawa syurga yang digembar-gemburkan sebagai neraka...janganlah begitu asyik menunggu syurga pabila kamu mati, tetapi carilah ia ketika kamu hidup dahulu...janganlah curahkan air di tempayan pabila mendengar dentum-dentam guruh di langit...kerana adakala hari tidak semestinya hujan walaupun kelihatannya begitu..."







terima kasih kerana setia membaca! sebarkan kepada kawan2 jika kamu suka dengan puisi ini ya. :D

You Might Also Like

0 comments: