puisi sang puteri: jujurnya, mereka mencuri tumpuanku.

15:29 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

WowKeren.com
"adakala klimaks kehebatan makhluk bernama manusia adalah apabila dia cuba mencabar institusi ketuhanan itu sendiri...aku suka keberanian dan kebodohan itu...ternyata mereka sangat kritis sehingga kesitu sekali...lawan selagi kau boleh, kerana bukankah tuhan yang maha kuat itu tidak kan rasa tercabar sedikitpun kerana Dia adalah tuhan? mengapa para agamawan selalu merasa tergugat soal ini? Sungguh memalukan. Sila jangan takut menguji kesejatian sesuatu itu...kerana sesuatu yang sejati adalah kekal dalam ketenanganNya..."

POTENSI MANUSIA

sesuatu yang gila.
gila untuk diketahui.

potensi makhluk bernama manusia ini adalah gila.

ia seakan2 infiniti!

disebalik kebencian, rasa meluat, menyampah.
rasa mahu muntah.

aku perlahan2 mendalami sifat manusia yang ada padaku.
bagaimana pula aku terpikat pada makhluk ini!
haha.

jujurnya, mereka mencuri tumpuanku.

diceglia.deviantart.com
"berilah manusia masa untuk mengenali tuhannya dengan kebencian...kebengangan...kebodohan...bukankah manusia sejenis makhluk yang terhasil dari cinta? melihat kepada potensi mereka, aku adakala menyangka bahawa pertentangan cumalah bermaksud kasih mesra antara makhluk dan tuhannya, cuma mungkin adab bukanlah sesuatu yang dipentingkan di dalam cerita itu...haha. maafkanlah mereka, jiwa mereka cuma terlalu memberontak, dan nyata sekali kita bukan sekali di dalam situasi mereka...berlapang dada lah dengan perbezaan...jangan ditutup pintu keharmonian itu..."

"jangan mulakan pergaduhan, beri serangan balas jika ianya perlu sahaja."


paper4pc.com
"sesuatu yang sangat menarik tentang manusia adalah potensi. Mereka lebih gila daripada iblis. Lebih ganas dari jerung. Lebih bijak dari komputer. Lebih baik dari malaikat. Malah adakala lebih bodoh dari segala2nya. haha. Tapi mungkinkah mereka mampu menjadi lebih elegan dari dewa dewi?Melihat perkembangan potensi mereka, aku sukar sekali mampu mengagak! haha. "









ps: melalui satu lagu, mereka mentafsirkan ia menggunakan banyak cara...adakah mereka semua bersalah jika meneroka melalui minat dan bakat yang diberi? bukankah kamu yang sedang membaca ini juga punya potensi? mengapa simpan? keluarkan. Ekspresikan. Kamu akan lebih tenang. percayalah.



terima kasih kerana sudi membaca! sebarkan kepada kawan2 jika anda suka dengan dengan puisi ini ya! salam sayang dari annur..hehe ;D

You Might Also Like

0 comments: