Puisi ringkas: dunia ini hebat. Manusia semua hebat.

15:15 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Setiap apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada generasi hadapan.

Memikirkan ini.
Aku kerap sakit-sakit kepala.

Begitu berat beban,
Tetapi manusia masih okey2 saja...

Jika sesebuah itu menuju kehancuran.
Untuk pura2 tersenyum pun adakala begitu perit untuk kulakonkan.

Melihat masa berjalan.
Aku terasa mahu tidur sahaja.

Begitu letih berfikir.

Dunia ini hebat.
Manusia semua hebat.

Mungkin aku saja yang terlalu gila berfikir dan penuh emosi mendalami perasaan bumi.

"Wahai bumi...adakah kau masih kuat menanggung semuanya?"

"Jika kau sudah terlalu tua,lahirlah semula jadi yang muda...kesian dirimu...manusia adakala terlalu berpura2 mempedulikanmu..."


You Might Also Like

0 comments: