Puisi Sang Puteri: jangan kotori tanganmu atas sesuatu yang tidak perlu...

22:44 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: Hakkalyakin Board

"Jangan masuk gelanggang sepanjang masa...adakala kau cuma perlu jadi pemerhati sahaja sehingga menunggu masa yang sesuai untuk muncul..."

Setiap orang punya dunia mereka sendiri...
apabila kita mendengar keluhan mereka,
entah kenapa dunia kita pun turut berubah...
dunia yang indah warna warni tadi bertukar warna suram gelap gelita...

begitulah pengaruhnya...

Ada sesetengah manusia suka mempengaruhi,
kerana mereka merasakan punya kepentingan untuk itu.
Pada mereka sangat2 penting untuk kita mendengar cakap2 mereka.
Seolahnya mereka mahu mengubah dunia kearah yang lebih baik.

Tetapi kita?
apa yang perlu kita lakukan jika ada yang cuba mempengaruhi?

Jika kearah kebaikan,
ikutilah.

Jika sebaliknya,
tinggalkan.

Aku sangat suka ayat ibu angkatku ini.

"Na...masuk telinga kanan, keluar je telinga kiri...pedulikan dia...buat je kerja ana..."

Ayat ini selalu aku keramatkan dalam diri ketika aku perlu bertahan dan tidak mahu melawan kerana hormat.


"Bukan setiap masa kita perlu melawan...adakala kita cuma perlu diam dan melihat dengan tenang sambil menyimpan semua data2 perkara di dalam hati..."

"Adakala karma lebih bijak menyelesaikan segala...jangan kotori tanganmu atas sesuatu yang tidak perlu..."


You Might Also Like

0 comments: